Monday, 30 September 2013

Halau Melayu Keluar Pulau Pinang lagi!


Majlis Pendekar Malaysia (MPM) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan bagi menangani isu penempatan sebanyak 300 keluarga yang bakal dirobohkan di Kampung Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini.

Presidennya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, campur tangan itu perlu bagi menangkis sikap sesetengah pihak yang cuba membebankan rakyat demi mengaut keuntungan sendiri.
Selain itu, katanya, tindakan berkenaan juga mampu mengekalkan orang Melayu di kawasan tersebut supaya tidak lenyap ditelan pembangunan.

"Saya bukan ahli politik tapi saya dipanggil orang kampung ini untuk membela nasib mereka yang kini dalam dilema, malah mereka yang tinggal di sini bukan sahaja orang Melayu, tetapi ada keluarga India dan Cina.

"Ada antara mereka yang tinggal di sini hampir 100 tahun dan diarah keluar dalam tempoh 90 hari bermula 21 Ogos lalu dengan wang pampasan sebanyak RM20,000. Mana ada rumah dengan nilai yang mereka tawarkan di negeri ini?" katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng harus memainkan peranan dalam isu itu supaya rakyat yang memberi mandat kepada beliau mentadbir negeri ini tidak ditindas.

"Saya akan berjumpa dengan Guan Eng untuk membincangkan isu ini selain membawa penduduk kampung terlibat berjumpa Perdana Menteri dalam tempoh terdekat supaya mereka mendapat penyelesaian sepatutnya," katanya.

Terdahulu hampir 300 orang di Kampung Permatang Damar Laut mengadakan bantahan aman terhadap pemaju yang ingin meroboh kawasan penempatan mereka bagi membina sebuah gudang menyimpan barang.

Rata-rata mereka yang terdiri daripada golongan nelayan dan buruh meluahkan rasa tidak puas hati dengan kadar pampasan yang ditawarkan memandang mereka sudah lama menetap di kawasan itu.

Saturday, 28 September 2013

Mula Sedar-Koyak Kad keAhlian Dap


Sehari sebelum DAP mengadakan kongres khas untuk melantik semula pimpinan tertingginya, seorang pemimpin Melayu parti itu mengoyakkan kad keahlian, kerana menyifatkan DAP rasis. 

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Ishak mengesahkan ura-ura beliau akan keluar daripada parti itu pada sidang media di Pulau Pinang sebentar tadi. 

Beliau menuduh parti itu memperalatkan orang Melayu untuk agenda politik sempit dengan berselindung di sebalik istilah 'berbilang kaum.' 

Rahmad menyelar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pemimpin ala-Hitler yang memimpin parti itu secara kuku besi bersama bapanya Kit Siang. 

"Parti DAP bukanlah tempat orang Melayu berlindung, tetapi sebaliknya dipergunakan secara senyap dan halus untuk memuaskan hawa nafsu pemimpin mereka. 

"Malah penggunaan istilah amar makhruf nahi mungkar hanyalah diperdagangkan oleh Lim Guan Eng dengan niat untuk mendapatkan sokongan orang Melayu," kata beliau. 

Rahmad berharap perwakilan DAP akan memilih barisan pemimpin yang berwibawa esok demi membela perjuangan pelbagai kaum parti itu. 

Beliau kemudian mengoyak kad keahliannya. 

Semalam, Rahmad memberitahu Antarapos bahawa beliau amat kecewa melihat DAP semakin bongkak dan meminggirkan ahli Melayunya. 

"Selepas PRU13, kita tengok DAP di Pulau Pinang terutamanya melampau tidak dapat menjaga ahli Melayu dalam parti yang bilangannya berapa kerat sahaja,” katanya. 

“Jadi macam mana nak jaga orang Melayu di Pulau Pinang kalau macam itu?’ tambah Rahmad. 

"(Perjuangan) pelbagai kaum hanya di mulut … tapi mana dia pemimpin Melayu daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh DAP di Pulau Pinang," katanya. 

"Bukan tidak ada pemimpin Melayu yang layak tetapi mereka lebih gemar kepada (calon yang) ada kena mengena dengan keluarga Lim Guan Eng," ujarnya. 

Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari adalah satu-satunya Ahli Parlimen Melayu daripada DAP di Pulau Pinang sungguhpun status Zairil sebagai anak Melayu dipertikaikan oleh pelbagai pihak di dalam dan luar parti itu. 

Pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Disember lalu, semua lapan calon Melayu tewas dalam pemilihan parti, sekali gus menempelak cubaan Guan Eng untuk memaparkan DAP sebagai parti pelbagai kaum. 

Beberapa minggu selepas itu, Guan Eng mendakwa berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dan Zairil kemudian diisytiharkan sebagai memenangi kerusi CEC. 

Susulan itu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan mengiktiraf CEC DAP dan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula yang akan diadakan esok di Petaling Jaya. 

Bagaimanapun pemilihan semula itu turut dibelit kontroversi apabila ROS mendedahkan bahawa DAP melanggar pelembagaannya kerana tidak memberikan notis 10 minggu kepada ahlinya mengenai pemilihan itu. 

Rahmad menjangkakan lebih ramai ahli DAP yang bakal meninggalkan parti rasis itu dalam masa terdekat ini. 

Beliau menyertai DAP pada bulan Jun tahun lalu.

Hidung Tumbuh di Dahi


Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.



Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.

Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian. 



Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian. Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. – Agensi

Wednesday, 25 September 2013

Calon Majlis Tertinggi di SABOTAJ dari DALAM! Wtf!

    

Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO No.60, Tun Faisal Ismail Aziz tiba-tiba hilang dari senarai pencalonan selepas pengumuman oleh Sekretariat Jawatankuasa Pemilihan UMNO petang tadi. Lihat senarai di blogAPA (klik!)

Alasan yang dikemukakan kerana Tun Faisal tidak pernah menjadi AJK Bahagian. Adakah pihak Sekretariat Pemilihan terlalu bahalol tidak mengetahui calon ini adalah salah seorang EXCO Pemuda UMNO yang mendapat endorsement dari Ketua Pemuda sendiri, YB Khairy Jamaluddin [LIHAT VIDEO INI -KLIK!]


Mana yang lebih penting oleh UMNO antara seorang AJK Bahagian atau EXCO Pemuda?? Terdapat ribuan AJK Bahagian di Malaysia tapi berapa kerat yang menonjol memperkasakan UMNO?? Keputusan Sekretariat Pemilihan seolah-olah memperkecilkan jawatan Exco Pemuda.

20 orang AJK untuk 191 bahagian UMNO seluruh Malaysia = lebih 3,000 orang boleh bertanding jawatan MT selepas ini jika mengikut teori dan syarat lapuk oleh Sekretariat Pemilihan, tanpa perlu ENDORSEMENT atau membuktikan apa-apa kredibiliti & jasabakti dalam perjuangan UMNO!

Diharap DS Najib Razak dan YB KJ yang diberikan laporan setiap bulan berkenaan strategi dan gerak-kerja parti yang diusahakan oleh Tun Faisal Ismail Aziz sepanjang perjuangan menghadapi PRU13 lalu mengambil perhatian serius berkaitan isu ini dan mencari jalan penyelesaian paling bijaksana.

Ada individu dalam Sekretariat Pemilihan yang dikenali terlalu bias & prejudis terhadap Tun Faisal sedangkan beliau sendiri bertanding Ketua Bahagian di Melaka... Nantikan senarai penuh 7 Oktober nanti dengan keputusan yang mendamaikan hati semua pihak, atau kita sama-sama saksikan PETAKA SIBER 800 skala ritcher akan berlaku... AstalavistaRaop!!

-1Peluru-