Monday, 28 October 2013
#PRKSgLimau : FITNAH DATANG LAGI.PAS PANAS PUNGGUNG
Saturday, 26 October 2013
#PRKSgLimau PANAS!!Keghairahan Abby Abadi memfitnah UMNO dibalas kecelakaan. @tun_faisal @apterkini @drnovandri @ matkilaupenang @abby_abadi112
Abby Abadi hari ini ditimpa kecelakaan apabila keretanya rosak di Jalan Sungai Dedap menghala ke Yan.
Friday, 25 October 2013
PEGAWAI BANK MATI DITEMBAK:SYARIKAT KESELAMATAN DITAMATKAN LESEN SERTA MERTA
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membatalkan lesen operasi syarikat keselamatan yang bertanggungjawab untuk mengambil pengawal yang menembak mati seorang pegawai bank dalam satu kejadian rompakan di Selangor pada Rabu.
Thursday, 24 October 2013
Seluar wanita dikunci kekasih elak curang
asal Mexico ini . Dia mengunci seluar kekasihnya dengan mangga bagi menjamin
kesetiaan seksual atau menjaga alat sulit si kekasih.
Wednesday, 23 October 2013
Pemuda dan Quran menakluki puncak Everest
Indahnya..
Pemuda bersama Quran berjaya menawan Puncak Everest!
Hebat imanNya..
Allahuakbar
Tuesday, 22 October 2013
INDIVIDU PAS SELEWENG DUIT LEBUHRAYA RAKYAT?
"Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.
"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu... " - Dato Husam Musa
Akibat mengelak kanak-kanak melintas,Juruteknik terhumban ke dalam sungai
Wan Mohd Azri Wan Mansor, 25, dikatakan dalam perjalanan dari Jitra ke Kubang Sepat untuk melawat tapak Mada di sana pada pukul 9.45 pagi dengan menaiki sebuah Pajero yang dipandu seorang kontraktor, Adnan Ahmad, 44. Bagaimanapun, ketika melalui jalan itu, seorang kanak-kanak lima tahun cuba melintas jalan, menyebabkan kenderaan itu mengelak lalu terhumban ke dalam sungai.
PAS juga pertaruhkan guru untuk calon PRK Sungai Limau
Monday, 21 October 2013
PRK Sungai Limau :Bekas guru Sekolah Agama Rakyat sah Calon BN
Thursday, 17 October 2013
Pakatan Rakyat menunjukkan semangat kebangsatan.
Kurang ajar!!! Itulah komen pertama aku setelah melihat cara penyerang bolasepak kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) meraikan gol penyamaan yang dijaringkannya dalam perlawanan menentang Bahrain malam tadi.
Dalam keghairahan meraikan jaringan tersebut, Mat Yo menunjukkan baju dalamnya yang tertulis perkataan "Allah Always With Me" - seolah-olah mempersendakan penganut agama Kristian yang masih berduka kerana dilarang dari menggunakan kalimah Allah dalam satu keputusan paling kontroversi oleh Mahkamah Rayuan Isnin lepas.
Tindakan bodoh seumpama itu tidak boleh dimaafkan sama sekali dan Pakatan Rakyat mahu supaya pemain berkenaan disingkirkan dari pasukan kebangsaan. Jelas disitu, dia tidak layak mewakili negara kerana mewakili pendirian yang hanya dijuarai oleh UMNO dan anjing suruhannya seperti PERKASA. Bukan pendirian rakyat secara keseluruhan.
Lebih mengaibkan lagi, tindakan itu juga dilakukan di bumi Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat seperti yang kita semua tahu, menyokong penuh agama Kristian dalam soal menggunakan kalimah Allah ini dan membantah keras keputusan Mahkamah yang disifatkan sebagai zalim-sumber
Tuesday, 15 October 2013
Balu dan waris pejuang negara terbela!@ matkilaupenang @drnovandri @AzeezPutera
Monday, 7 October 2013
TMJ akan letak jawatan!
Saturday, 5 October 2013
wartawan malaysiakini merasai 'kiamat' @zahid_hamidi @muaamarghadafi
Durasi Sepanjang 1 minit 05 saat ni pastinya menjadi titik hitam dalam sejarah hidup wartawan malaysiakini yang mendapat teguran daripada Dato' Seri Zahid Hamidi semasa sidang media.
Teguran yang keras itu membuatkan wartawan itu 'berubah wajah' menjadi merah padam.
Hehe..ini makan dia...
Apa kau rasa?enak?
Untuk media PR..siapa nak lagi?haha
Salute untuk Dato' Seri Zahid
Friday, 4 October 2013
HOT-PAS ENGGAN DI MACAI OLEH DAP
Menurut laporan Bernama yang disiarkan diMalaysiakini, Ketua Pembangkang Goh Leong San (DAP-Duyong) mengetuai empat Adun DAP yang lain iaitu Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh), Lim Jak Wong (DAP-Bachang), Chin Choong Seong (DAP-Kesidang) dan Tey Kok Kiew (DAP-Bandar Hilir) keluar dewan, sebagai protes terhadap keputusan keputusan Speaker DUN Datuk Othman Muhamad mengarahkan Lai Keun Ban (DAP-Kota Laksamana) keluar dewan.
Thursday, 3 October 2013
PRK Sungai Limau Sudah umum tarikh
Bardtantuya Jadi Gila Obama tak jadi datang -Trick Google dah habis
Wednesday, 2 October 2013
JKM salur Wang kepada Mayat dalam Kubur-Sah UMNO salah
Nak Demo pasai Harga rokok naik? Baca dulu Musibat
Kenaikan harga rokok masih belum cukup untuk menghalang perokok mengurangkan tabiat merokok.
Mengikut seorang perokok tegar, beliau berharap kementerian kesihatan dan KPDNKK dapat membuat peraturan baru tentang penjualan rokok, hari ini rokok masih mudah dibeli kerana pekedai masih mempamerkan rokok di belakang kaunter juruwang. Begitu juga sekiranya kita pergi ke pasaraya. Rokok akan diletakkan berhampiran kaunter pembayaran dan mudah dilihat oleh kanak-kanak dan perokok.
Di Thailand, Singapore dan negara-negara lain rokok langsung tidak dipamerkan. Begitu juga dengan iklan rokok yang masih banyak tergantung atau ditampalkan di dinding kedai makan.
Menurut perokok tegar ini, kanak-kanak yang selalu dibawa untuk makan di restoran atau kedai makan akan terdedah kepada iklan rokok yang cukup cantik dan mereka lah yang akan menjadi pelanggan baru kepada gejala penagihan rokok.
Budaya merokok di negara kita sukar dibendung, terutama kepada penduduk kampung, kanak-kanak seawal 7 atau 8 tahun sudah mula menghisap rokok daun dan menjadi amalan jika ke kebun atau ke hutan sebagai penghalau nyamuk.
Di bandar pula, kanak-kanak terdedah kepada budaya rokok seawal usia bayi lagi. Ini berlaku apabila seorang ayah atau ibu menghisap rokok dalam kereta atau dalam rumah, ini termasuk juga apabila si ayah mendokong atau menimang anak kecil sambil menghisap rokok. Oleh yang demikian kanak-kanak atau bayi tersebut bolehlah dikategorikan sebagai perokok pasif. Malah asap rokok yang memasuki rongga hidung anak tersebut lebih bahaya daripada asap rokok yang dihembuskan dari rongga hidung dan mulut perokok tersebut. Ini kerana asap yang dihasilkan daripada rokok mengandungi 4 ribu bahan kimia yang merbahaya setelah pembakaran berlaku dan ia seolah-olah racun pembunuh secara perlahan-lahan.
Ramai kaki pancing meninggal dunia dalam usia muda kerana terlalu kuat merokok dan kekurangan kandungan air di dalam badan, selain kaki pancing, mereka yang terdedah kepada kematian mengejut akibat rokok ialah perokok yang terlibat dalam kerjaya bidang tertentu yang menyebabkan mereka banyak menghabiskan masa terkurung dalam bilik sehingga lewat malam. Untuk terus celik dan mengelakkan mengantuk maka rokok akan menjadi teman setia.
Terdapat juga perokok yang cuba berhenti merokok dan beralih kepada e-rokok tetapi menghadapi masalah lain pula, e-rokok mempunyai kandungan kandungan gula yang tinggi dan pengihasap e-rokok menghadapi masalah kandungan gula berlebihan dalam darah dan menyebabkan mereka kembali kepada rokok semula, jadi usaha untuk berhenti rokok menemui kegagalan.
Usaha untuk berhenti merokok sememangnya boleh dilakukan. Pertamanya ialah pasang niat untuk tidak merokok walaupun dihulurkan rokok free oleh rakan-rakan, kedua ialah membaca tentang artikel rokok, kaji bahaya yang terdapat dalam setiap batang rokok dan nilai semula kesan asap rokok kepada anak yang masih dalam perut isteri, kesan asap rokok kepada anak-anak dan cucu cicik kita.
Kesan kepada wang yang terbakar hangus setiap hari. Memanglah ramai yang terpengaruh dengan istilah GAYA DAN KEUNGGULAN sehingga sanggup berbelanja besar untuk membeli jam, perfume jenama rokok tersebut, malah satu ketika dahulu kanak-kanak suka akan tag line tersebut.
Hari ini boleh dikatakan ok sikit sebab iklan rokok sudah diharamkan di televisyen, pawagam dan radio, begitu juga di papan iklan di stadium bola dan trek lumba di Sepang. Masih segar dalam ingatan iaitu lumba motogp di trek batu 3 Shah Alam, jenama Mallboro terpampang di merata-rata, tak cukup dengan iklan, gadis-gadis seksi diperagakan dengan jenama dan warna tema rokok untuk mempromosi produk mereka, begitu juga di stadium bola, malah dalam pameran atau autoshow di Changkat Pavillion pun ada gadis seksi memaksi hot pant mempromosikan rokok mereka.
Satu ketika dahulu seorang rakan buat program "kempen sungai kita" dan paling menarik perhatian apabila pihak penganjur program mengundang syarikat rokok untuk memeriahkan program, apa lagi anak-anak muda, dapat jamu mata, dapat rokok free, sapa tak mau!
Itulah serba sedikit tentang tajuk sensitif tentang kenaikan harga rokok. Kenaikan harga rokok hanya memberi kesan jangka pendek dan amalan merokok sukar dikikis di kalangan masyarakat orang Malaysia kerana strategi syarikat rokok yang semakin hebat untuk mencari pelanggan baru.
Setiap tahun syarikat rokok akan melaburkan wang yang banyak untuk mencari idea bagaimana untuk menjadikan bayi yang lahir hari ini contohnya hari ini Rabu 3 Oktober 2013 akan menjadi pelanggan mereka 15 tahun akan datang.
Oleh itu, ibubapa, datuk nenek, cubalah berfikir sejenak perkara ini, masyarakat kita sudah beratus tahun menjadi mangsa syarikat rokok yang rata-ratanya berasal dari yahudi dan mereka telah menetapkan sebahagian peratus keuntungan rokok akan di salurkan ke Israel untuk pembangunan negara tersebut termasuk membeli senjata untuk membunuh kita yang menjadi pelanggan mereka.
Sekian.