Saturday, 6 April 2013

IKUTI SECARA LANGSUNG MANIFESTO BN DISINI

 


IKUTI SECARA LANGSUNG DISINI : LIVE

Kelantan Untung jika pilih BN-Manifesto BN


Pembangkang hari ini mengumumkan 14 tawaran dalam Cabang Kesejahteraan Rakyat yang juga merupakan sebahagian dari Manifesto Rakyat yang bakal digunakan mereka untuk menipu rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Tipulah sebab banyak sangat dia punya pusing, nak umum Manifesto, umum manifesto sajalah, apa yang nak bercabang-cabang semua? Bukan kita cerita nak tanam pokok, tapi janji kepada rakyat, manifesto!!

Betul biol punya Pakatan. Itupun ada orang percaya, pelik.

Lagipun dalam sejarah dunia pun, inilah kali pertama Manifesto diumumkan mengikut cabang. Mana punya contoh Anwar ceduk pun penulis tak tahulah, Israel ke?

 

Sebab itu jangan hairan kenapa dalam 14 tawaran ini, majoriti besar daripadanya sudah di dengar lama sebelum ia diumumkan di hadapan tak sampai 1,000 orang di Pusat Konvensyen Shah Alam yang boleh memuat lebih 5,000 orang.

Antaranya, minyak murah tol percuma, pendidikan percuma, perubatan percuma, nak buat rumah mampu milik, hapus PTPTN, hapus AES dan sebagainya yang orang dah tau. Semuanya yang hanya berbunyi popular dan cepat glamer. Boleh tak boleh buat belakang kira, sebab itu dinamakan ‘tawaran’, bukan janji!!

Kalau dah Manifesto bukan janji, apa yang boleh jamin perkara tersebut akan dilaksanakan? Itu akal nak kelentonglah tu, nanti rakyat saman, boleh pusing, "Bila yang kami janji? Kami hanya menawarkan".

Satu perkara lagi, kenapa Pakatan harami ini memilih untuk mengulang benda sama yang dah diketahui orang pun penulis tidak tahu. Bukan semua 14 perkara ini dah lama sebut ke? Gebang gebung nak dedah semua (rujuk kenyataan Rafizi), tapi rupanya dedah satu, itupun cerita lama jugak.

Kita dah lama dedah kenapa setiap satu dari 14 tawaran yang diumumkan hari ini mustahil nak dilaksanakan. So, kerja senang, tak payah nak ulas satu persatu dari 14 tawaran ni, buang masa.

Mungkin pembangkang taknak dedah semua, takut BN ambil dan laksanakan terus. Eh, elok kan macam itu, at least kita buat, bukan setakat bercakap. Lagipun apa nak takut BN ceduk pulak, awak, awak punya hal, BN, BN punya hal.

Lagipun janganlah pembangkang serius sangat, macamlah rakyat nak percaya tawaran-tawaran kosong tu. Pakatan Rakyat yang buat tawaran itu bukan ada kredebiliti pun, tak didaftarkan, siapa nak percaya dengan ‘tawaran’ mereka? Manifesto 2008 pun banyak tak laksana lagi.

Kecuali satu (air percuma), itupun tak menyeluruh (tak semua dapat).

Apa pun, rakyat janganlah memperjudikan nasib negara ini ditangan puak-puak yang pandai main tawar-tawar ni ya. Judi tu sendiri benda tak elok, tuhan marah. Lebih baik memilih kerajaan yang sudah tentu akan melaksanakan semua janji-janjinya. Bukti pun dah banyak, siapa pandai buat janji, dan siapa pula yang hanya pandai tawar janji

Panas Manifesto BN bakal sapu Manifesto Pakatan


Malam ini sudah pasti menjadi tumpuan rakyat jelata seantero Malaysia. Sebab Apa #PBR cakap sebegitu. Ini kerana seluruh rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. Malam ini malam untuk rakyat semua......

Jam 8 malam ini bertempat di Stadium tertutup Bukit Jalil Barisan Nasional akan mengumumkan MANIFESTO "Janji Ditepati" khas buat seluruh rakyat Malaysia. Pengumuman yang akan memberikan banyak manfaat dan faedah buat rakyat Malaysia dan yang paling penting adalah "Janji DItepati" yang Barisan Nasional tunaikan.

Pembangkang menjanjikan bermacam macam pekara pada PRU 13 ini, mereka memang pandai berjanji tetapi untuk melaksanakan janji tersebut pastinya tidak akan berlaku. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negeri Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang yang berada dibawah pentadbiran mereka selama sepenggal ini. Janji yang ditabur 2008 sampai ke hari ini tidak ditunaikan.

Apa sekalipun #PBR harapkan malam ini kita akan dapat sama sama mendengar apa yang akan di JANJIKAN oleh YAB Perdana Menteri Malaysia khas buat seluruh rakyat Malaysia.

Kepada yang tidak dapat hari ke Stadium Tertutup Bukit Jalil malam ini diharapkan dapat mengikutinya melalui RTM 1 yang akan membawa secara langsung ucapan YAB Perdana Menteri malam ini.

Manifesto terbaik untuk rakyat Malaysia dari Kerajaan Barisan Nasional

Bukan Isu Baru Tapi Masih Tak Sedar



Isu Melayu di Penang terpinggir dan tertekan bukan isu baru, tetapi sejak pembangkang memerintah terutama selepas 2010, keadaan semakin getir dan kritikal. Perkara itu bukan menghairankan kerana sejak memerintah, jelas mereka tidak senang dengan agenda Melayu dan Bumiputera. Ketua Menteri sendiri hendak hapuskan kewujudan dan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan melancarkan pertuduhan berunsur perkauman. Mereka hendak perkenalkan meritokrasi, sedangkan itu cuma kosmetik politik. Itu alat paling ampuh DAP membenam atau menguburkan agenda Melayu yang selama itu dipertahankan.

Isu Melayu di Penang berpindah ke tempat lain disebabkan tekanan bermula dengan kos kehidupan termasuk berkait soal kos beli rumah, cukup ketara. Selama empat tahun memerintah, DAP dengan sokongan PKR dan PAS yang kononnya mempertahankan agenda Melayu, ternyata gagal. Mereka tuduh BN/UMNO gagal bantu Melayu sebenarnya itu hanyalah konfranstasi DAP yang dilakukan tujuan untuk mengalih dan menghasut perhatian melayu ketika itu, tetapi kenapa pakatan pembangkang tidak buktikan semua itu ketika berkuasa. Malah EXCO PKR pun menjadi lebih DAP daripada orang DAP, semata-mata nak ambil hati Lim Guan Eng supaya mereka kelihatan tidak terlalu Melayu dan Bumiputera, nak tampil diri sebagai pendukung semua bangsa tapi hakikatnya pemusnah bangsa!!. Akhirnya, tiada satupun projek perumahan untuk golongan 'marhaen', berpendapatan rendah dan miskin.

DAP berusaha hapuskan diskaun lima peratus kuota Bumiputera membeli rumah. Golongan pelampau berusaha secara licik memastikan Melayu dan Bumiputera tidak mampu memiliki rumah, aset, tanah di negeri atau kawasan strategik dengan menggunakan pelbagai helah alasan perniagaan. Agenda di belakangnya cukup jelas. Lebih 18,000 orang Melayu di Penang berpindah keluar dan demografi berpindah, Melayu hilang majoriti. Sebab itu apabila menang dalam pilihan raya lalu,L.G.E terus mahu memegang portfolio EXCO Tanah yang biasanya dipegang Timbalan Ketua Menteri atau EXCO Melayu.L.G.E membentuk Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan segala hal ehwal berkaitan wakaf tidak terletak di bawah jabatan agama dan beliau mempunyai kuasa mutlak. Pegangan aset Bumiputera dan ekuiti tanah semakin tertekan dan perkara itu bukan lagi rahsia terutama sejak 2010. Pemindahan Melayu ke Seberang Prai, Kulim atau tempat lain disebabkan kos rumah dan tanah melambung tinggi. Bagaimana mereka nak hidup. Contoh di Balik Pulau sendiri, kos rumah baru sehingga RM500,000, bagaimana mereka nak hidup dan memiliki rumah. Balik Pulau kawasan tradisional nelayan, macam mana mereka nak beli rumah. Adakah kita sedar atau terkilan dengan episod ini yang memperlihatkan gerakan strategik dan licik DAP melalui pelbagai cara untuk 'menghalau' orang Melayu secara senyap-senyap tanpa disedari umum??

Permatang Pauh-Yess!!! Anwar is Back!!!



Alhamdulilah Anwar kembali ke Permatang Pauh.Rakyat Permatang Pauh menunggu kepulangan semula beliau disitu.Ini berita gembira rakyat yang mahu melihat Anwar jatuh ditempat sendiri.Anwar pernah berkata mungkin beliau akan bertanding di Selangor dan Perak ini sangat sedih bagi orang permatang pauh kerana mereka sudah tidak sabar mahu melihat Anwar jatuh disitu.Hj Nordin merupakan ahli PAS dikawasan permatang pauh berkata kepada kami ''Anwar punya pasal habis pecah belah''.Beliau berpendapat jika Anwar tidak bertanding di Permatang Pauh Ahli Pkr sendiri akan memberi undi kepada BN tanda protes kepada penghijrahan Anwar ke tempat lain.Malah calon yang bakal diletak oleh BN juga boleh mendapatkan undi dari PAS.

Calon BN juga tidak kurang hebatnya dari Anwar setakat anaknya Nurul Nuha semestinya PKR akan kalah teruk di Permatang Pauh.Maruah Anwar akan tercalar teruk propaganda Anwar yang mahu menuduh SPR tidak telus jika berlaku di Permatang Pauh mungkin tidak dapat diterima akal.Pada mulanya Anwar yakin bahawa Permatang Pauh adalah tempat selesa sekiranya beliau meletakkan tongkol kayu sebagai wakil PKR sudah tentu akan menang,Tetapi penyokong kuat beliau di Permatang Pauh menasihatkannya jangan terlalu yakin kerana BN meletakkan calon yang mampu mengugat PKR di Permatang Pauh.Faktor calon adalah penyebab Anwar kembali ke Permatang Pauh walau Permatang Pauh bakal menjadi Kubur karier Politik beliau terutamanya di Ceruk Tok Kun