Laporan Polis telah dibuat sebentar tadi terhadap kenyataan pelampau iaitu terhadap pemilik laman blog/facebook dan twitter yang menghina Agong baru baru ini.Laporan dibuat di IPD jawi Pulau Pinang yang diwakili oleh Pemuda umno bahagian Nibong Tebal dan Pergerakkan Belia 4B.Sebagai rakyat Malaysia kita memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah kumpulan yang berunsur penghinaan terhadap institusi raja,berbaur hasutan dan fitnah jahat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Dalam aduan ini dimaklumkan laporan Polis ini dibuat terhadap Pemilik laman Facebook Wan Azizan,laman blog Blog Serius yang menggunakan nama Effi Obefiend dan juga SITT_ALWUZARA3 yang menggunakan medium facebook dan twitter yang telah mengeluarkan kata kata kesat bagi tujuan penghinaan kepada Duli yang diPertuan Agong.
Pihak umno nibong tebal sentiasa menghormati kebebasan untuk menulis tentang apa sahaja asalkan tidak salahguna.
No comments:
Post a Comment