Selepas mood Pilihanraya ke 13 sudah tamat siapa juara siapa kalah umum sudah ketahui.Ini bukan soal perjuangan mood Pru13 lagi ini soal tentera maya Pakatan Rakyat yang semakin hari bermain "Play safe" yang sudah mula menunjukkan pemberontakkan kepada parti yang pernah dibela sebelum ini.Seperti di kedah sekarang musim "kalih" sudah makin meluas oleh blogger dan facebooker dengan tanpa segan silu mengangkat dan juga mempersetujui apa saja perancangan atau keputusan yang dibawa dari kepimpinan Barisan Nasional.
Seperti gambar diatas ini salah 1 contoh facebooker dan blogger mereka yang melenting dengan 1 isu kecil yang ntah apa apa.Mereka mula mencari pasal.Mungkin sudah tidak dibayar atau peruntukkan sudah tidak ada untuk mereka.Sejak keputusan Pru13 telah berpihak kepada BN.Selepas ini tidak hairan isu "insaf" kerana menyangka PR adalah parti yang benar benar memperjuangkan nasib rakyat adalah tidak benar akan selalu dimainkan oleh mereka.Tidak hairan juga jika beribu testimoni dari mereka akan keluarkan melalui laman facebook/blog mereka tentang menyedarkan pembaca mereka terhadap "kita perlu menyokong kepimpinan Najib razak dan juga menolak kepimpinan yang dibawa oleh kepimpinan Pakatan Rakyat" testemoni ini boleh berlaku dari mereka.Jangan terkejut apabila laman mereka akan menghentam Anwar Ibrahim dengan bersungguh sungguh kerana dengan 1 niat "Aku cari makan"
No comments:
Post a Comment