Monday, 27 May 2013

KE LAUT-Himpunan 505 blackout 'Pesta Rakyat'


Himpunan 505 blackout berlangsung semalam di Padang amcorp mall Petaling jaya berjaya menarik 40k penyokong tegar PR hadir dihimpunan tersebut.Lebih mesra dengan 'Pesta Rakyat' oleh chegubard menjadi salah seorang penganjur juga merupakan pengacara pada himpunan itu.Dikatakan lagi sebanyak 60 NGO terlibat dalam aktiviti himpunan itu.

Pada acara bermula pada pukul 5petang kehadiran sangat hambar mujur setelah pengumuman pemimpin-pemimpin tertinggi akan hadir pada sebelah malam penyokong mereka mula datang memberikan sokongan.Pesta itu berlangsung kira-kira 7jam dari 5petang hingga 12tengah malam.Pada waktu bermula dianggarkan hanya seramai 1000 yang datang untuk memberikan sokongan.Apabila 1 pengumuman lengkap yang dibuat oleh chegubard dengan menjanjikan kedatangan Adam adli untuk bersama didalam program tersebut orang ramai datang memberikan sokongan dan mahu mendengar pengalaman katanya Adam adli ini diseksa semasa tempoh penahanannya dilokap tempoh hari.Ternyata mereka dibohongi apabila dikatakan Adam adli tidak dapat hadir kerana ibunya sakit dan apabila dihubungi kenyataan chegubard itu Pembohong.


Pengumuman Rafizi akan bersama bagi menunjukkan bukti SPR menipu dengan menggunakan slideshow juga diantara pengumuman menarik yang bakal dihidangkan kepada yang hadir dan ini sangat menarik pada sebelah waktu malam himpunan itu.Dari semasa ke semasa penyokong mereka mula memenuhi setiap ruang padang di amcorp mall ini.Tetapi hingga ke akhir himpunan tiada sedikit pun bukti yang sahih dipertontonkan dengan jelas bukti penyelewengan yang di war war kan pada awal perhimpunan malah slideshow juga tiada.Hanya ejekan yang dihidangkan dengan menyatakan kewujudan penyelewengan SPR adalah alat Barisan Nasional.Undi Popular Adalah tajuk utama disini dengan menyatakan 51% menyebelahi PR dan hanya 47% mewakili Barisan Nasional.Sebelum ini tiada tentangan dari PR mengenai Sistem Undi Popular harus dilaksanakan.PR bersetuju dengan sistem yang diguna pakai sebelum ini iaitu 'Bilangan Kerusi' lebih relevan untuk mengurus sesebuah negara.Baru sekarang PR menyuarakan undi popular lebih layak diguna pakai oleh negara negara republik.Ini laungan baru sebelum ini sehari sebelum Pru13 tidak dilaungankan walau sehari sebelum.


Pada akhir ucapan oleh Anwar Ibrahim beliau mengumumkan 1 demotrasi jalanan akan dianjurkan di dataran merdeka dengan 1 syarat iaitu buat laporan Polis terhadap SPR mengenai dakwat kekal yang tidak kekal dakwa Anwar Ibrahim.Selepas program berakhir semua bersurai dengan aman dan kami sempat berbual dengan Amk,Samm dan beberapa blogger PR mengenai laporan polis yang bakal dibuat terhadap SPR itu berkenaan dakwat kekal.Persoalannya adakah semua orang yang mengundi pada 5mei itu mendapati dakwat yang dicalit itu tidak kekal atau luntur? Kebanyakkan mereka berpendapat tidak semua hanya segelintir tetapi mereka menyarankan agar setiap penyokong PR agar melakukan juga apa yang disarankan oleh Anwar Ibrahim dan Chegubard bagi memastikan himpunan seterusnya dapat diadakan.

Isu Politik terlalu banyak disini himpunan ini menyimpang jauh dari tujuan asal.Kesalahan yang didakwa tidak jelas dimata rakyat yang hadir.Dalam perhimpunan terlalu banyak kutipan derma pada sebelah malam sebanyak 2 kali dan pada sebelah siang derma tabung telah dibuat.Jumlah derma pun tidak jelas diistiharkan.Sebanyak 41k kutipan berjaya dibuat tetapi masih belum habis mengira kata chegubard.Hingga hari ini Jumlah keseluruhan kutipan semalam tidak dijelaskan keseluruhannya.





Ramai pengamal media sosial alternatif dari PR tidak bersetuju dengan himpunan malam ini dan mereka melabelkan himpunan ini tiada hala tuju dan propaganda semata.Segalanya tidak jelas.Hasut ke arah propaganda fitnah dan mengajar para penyokong membuat fitnah dengan mendesak rakyat supaya membuat laporan polis terhadap SPR.Ini komen salah seorang blogger Pakatan Rakyat dan komennya dibawah



Pada waktu berlangsungnya himpunan ini ramai yang mendapat pesanan ringkas dalam bahasa chinese yang tidak diketahui apa maksudnya.Ada sesiapa boleh translate?

FAKTA : CHEGUBARD MEMPUNYAI BAKAT SELAIN DARI MEMBUAT PROPAGANDA atau PROVOKASI MURAHAN IAITU MENJADI SEORANG DJ ATAU PENGACARA MAJLIS.DENGAN HARAPAN CHEGUBARD AKAN MENJADI DJ YANG BERJAYA KELAK.HIDUP DJ

No comments:

Post a Comment