Tuesday, 9 April 2013
Petanda Dato Mansor Othman Bakal Rebah
Semalam sempat berborak dengan Anak muda yang menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat mereka masih tidak berpuashati dengan Calon Nibong Tebal iaitu Dato Mansor Othman Berulang-ulang menyatakan perkara yang sama contoh Dato Mansor bukan seorang pejuang di mata Anak Muda,Beliau tidak turun padang mengambil tahu permasalahan rakyat tempatan,Perkauman sering mengutuk belakang pemimpin PR yang lain.Tidak pernah menyertai Demo dan sebagainya.Mereka SAMM sudah tentu mahukan CheguBard itu tugas mereka melakukan provokasi apabila ditugaskan.Ada yang berpendapat CheguBard bukanlah calon yang sesuai bagi melawan Dato Zainal Abidin Osman yang pengaruhnya besar di Nibong Tebal.Dato Mansor ibarat al-quran buruk itu status beliau dimata mereka.Malah mereka berpendapat itu tujuan Anwar untuk mematikan karier politik Dato Mansor disitu berikutan suasana di Nibong Tebal sudah ramai penyokong PKR sudah beralih ke BARISAN NASIONAL.
Hutang budi dan Pelbagai andaian dan spekulasi terhadap Dato Mansor ini.Pada masa yang sama kami bersantai di kedai mamak Naseer di Taman pekaka sesi umpatan Dato Mansor tidak berhenti disitu sambil mengetawakan papan tanda Dato Mansor yang telah rebah ke bumi di selekoh simpang taman pekaka ini bahawa mereka meluat lihat wajah Dato Mansor ia sebagai petanda masyarakat di Nibong Tebal tetap tidak mahukan beliau.Apabila ditanya bagaimana papan tanda itu boleh jatuh? Mereka hanya senyum nakal dan menafikan sambil ketawa.Apakah protes ini sudah ke tahap serius hingga mereka tidak lagi mampu menyembunyikan perasaan benci mereka terhadap Dato Mansor Othaman selaku Calon untuk Nibong Tebal ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment