Saturday, 30 March 2013

Malang Pulau Pinang



Setelah hampir lima tahun DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di negeri Pulau Mutiara itu di lihat semakin bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, di tambah dengan keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Menurut analisis terkini kedudukan Pulau Pinang pada ketika ini telah merosot jatuh ke tangga ke-6 apabila gagal mengekalkan jumlah kemasukan pelabur yang hilang hampir dari separuh.

Lebih membimbangkan negeri tersebut dikatakan bakal menghadapi masalah pengganguran yang serius menjelang 2-3 tahun lagi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama bagi tahun 2012, ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke-6, manakala jumlah pelaburan domestik dan luar menjunam ke tangga 7.

Malah sebelum ini, negeri tersebut dilaporkan telah mengalami penurunan hampir 73 peratus dalam jumlah pelaburan keseluruhan dari RM 9.11 bilion pada 2011 kepada hanya RM 2.47 bilion tahun lalu. Sedar atau tidak, kerajaan Guan Eng juga telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut yang membuktikan kegagalan mereka dalam mengurus tadbir.

Kerajaan pimpinan Guan Eng juga menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bosch Solar Energy Malaysia Sdn. Bhd. (Bosch Solar) dikatakan telah membatalkan rancangan membina kemudahan solar bernilai RM2.2 bilion di negeri itu.

Ia membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan DAP itu, yang dilihat dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Malah pendekatan Guan Eng yang cuba menyembunyi fakta dan gemar dengan berdiam diri daripada menjawab segala persoalan mengenai perkembangan ekonomi negeri dikatakan antara punca kepada permasalahan ini.

Ini kerana secara tidak langsung telah menyebabkan para pelabur meragui dan was-was dengan ketelusan kerajaan negeri yang kononnya mempraktikkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT).

Malah sebelum ini ramai yang telah terpedaya dengan kenyataan Guan Eng yang kononnya telah berjaya mengurangkan beban hutang negeri sedangkan pada hakikatnya ia dilakukan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber

No comments:

Post a Comment