Tuesday, 19 March 2013

Lim Kit Siang-Parlimen Gelang Patah



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan Bernama telah mengumumkan penasihat DAP Lim Kit Siang akan bertanding di kawasan parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya ke-13.

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam ucapannya pada Perhimpunan Pakatan Rakyat di Taman Sutera di Johor Bharu, Isnin.

“Jika Lim Kit Siang mahu menjadikan Gelang Patah sebagai “base” untuk kita memenangi pilihan raya dan menawan Putrajaya, saya bagi sokongan,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata hasrat DAP mahu bertanding 15 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) membuktikan sikap dominasi parti itu ke atas PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

“Setiap pemimpin parti dalam pakatan pembangkang membuat kenyataan sendiri, tidak seperti Barisan Nasional (BN) hanya seorang sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu keputusan yang dibuat,” katanya.

Mengenai hasrat Kit Siang yang ingin bertanding di Johor, Razali berkata DAP memberi tumpuan di Johor, Sarawak dan Sabah kerana BN menguasai lebih banyak kerusi di ketiga-tiga negeri itu.

Beliau berkata DAP tahu pakatan pembangkang perlu memenangi lebih kerusi Parlimen pada PRU-13 untuk memenuhi impiannya untuk menawan Putrajaya kerana itu memberi tumpuan pada negeri yang dikuasai BN


No comments:

Post a Comment