Wednesday, 18 September 2013
UMNO bakal mati sakit tua jika Pemilihan tidak memilih yang layak membawanya. @tunfaisal @AzwanBro
Jelajah Bantah TPPA sangat GAGAL memalukan.
Memorandum yang mengandungi kira-kira 70 garis merah atau kepentingan tidak boleh ditolak ansur itu adalah hasil persidangan meja bulat TPPA bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berakhir semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd. Nizam Mahshar berkata, pihaknya tetap bertegas bahawa TPPA bakal menggugat ekonomi, kesejahteraan sosial, kedaulatan negara selain memberi impak besar kepada sektor-sektor utama antaranya industri kecil dan sederhana, peluang-peluang perolehan, harta intelek dan pertanian.
''Setelah mengadakan persidangan meja bulat TPPA bersama Tun Dr. Mahathir dua hari lalu, MTEM bersama-sama Badan Bertindak Bantah TPPA sebulat suara membantah perjanjian itu dan menyaran kepada kerajaan untuk tidak menandatangani TPPA.
''Sekiranya pada 2007 dahulu kerajaan menolak perjanjian itu kerana ada 58 garis merah yang diputuskan Kabinet, saya amat berharap perkara tersebut masih dipertahankan hari ini,'' katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan TPPA kepada Najib pada majlis Sepetang di Aidilfitri 2013 bersama Perdana Menteri anjuran MTEM di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh; Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ahli Pemegang Amanah MTEM, Rizal Faris Mohidden Abd. Kader.
Dalam pada itu, Mohd. Nizam berkata, antara kebimbangan utama MTEM terhadap pelaksanaan TTPA ialah dalam bahagian pelaburan.
''Perjanjian itu memberi kelebihan dan kepentingan kepada syarikat asing berbanding syarikat tempatan serta tidak membenarkan polisi afirmatif sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB).
''Dalam perjanjian itu juga akan ada bahagian Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) yang membabitkan kedaulatan negara kerana syarikat asing boleh membawa kerajaan Malaysia ke mahkamah negara asing sekiranya terma perjanjian tidak dipatuhi,'' katanya.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, MTEM berharap dapat terlibat secara langsung dalam jawatankuasa yang membuat analisis kos-faedah (CBA) terhadap perjanjian tersebut.
P/S: Bodoh tahap apa chegubard ni.Idea lain please.
Tuesday, 17 September 2013
DAP sahkan SPR telus
Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming dalam temu bual bersama portal Free Malaysia Today dilaporkan berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh atau pun insiden gangguan bekalan elektrik sebagaimana didakwa.
Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) iaitu tidak wujud pengundi hantu warga Bangladesh atau insiden gangguan bekalan elektrik dan mengakui Parlimen Serdang juga bebas daripada dakwaan sedemikian.
Bagaimanapun beliau memberitahu, DAP belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.
"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebagaimana dipetik dari Free Malaysia Today, hari ini.
Sementara itu, seorang pemimpin Pas yang enggan namanya disiarkan memberitahu portal yang sama bahawa berlaku penipuan pada pilihan raya umum lalu, tetapi bukan dalam bentuk pengundi hantu warga asing atau pun kejadian gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi.
"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik. Mereka menipu menggunakan kaedah lain seperti daftar pemilih yang tidak bersih," katanya sambil enggan mengulas lanjut kepada Free Malaysia Today.
Sebelum ini, Pemantau menjelaskan tiada sebarang bukti berlaku penyelewengan pilihan raya seperti insiden gangguan bekalan elektrik atau kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh di 87 kerusi Parlimen yang dipantau badan tersebut sebagaimana didakwa pembangkang.
Kenyataan itu selari dengan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa beberapa keping gambar 'gangguan bekalan elektrik' yang kononnya berlaku semasa pengiraan undi sebenarnya dirakam sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi bertujuan melemparkan fitnah.
Malah, pada 27 Mei lalu, seorang lagi wakil rakyat DAP, Lee Chin Chen yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, menafikan berlakunya insiden gangguan bekalan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Ahmad Shah, Bentong.
Beliau dilaporkan sebagai berkata: "Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak pukul 8.30 malam sampai awal pagi, mana ada gangguan bekalan elektrik pun?
"Ramai orang ada di sana...
Wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan," kata Chin Chen.










