networkedblogs

Monday, 30 September 2013

Halau Melayu Keluar Pulau Pinang lagi!


Majlis Pendekar Malaysia (MPM) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan bagi menangani isu penempatan sebanyak 300 keluarga yang bakal dirobohkan di Kampung Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini.

Presidennya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, campur tangan itu perlu bagi menangkis sikap sesetengah pihak yang cuba membebankan rakyat demi mengaut keuntungan sendiri.
Selain itu, katanya, tindakan berkenaan juga mampu mengekalkan orang Melayu di kawasan tersebut supaya tidak lenyap ditelan pembangunan.

"Saya bukan ahli politik tapi saya dipanggil orang kampung ini untuk membela nasib mereka yang kini dalam dilema, malah mereka yang tinggal di sini bukan sahaja orang Melayu, tetapi ada keluarga India dan Cina.

"Ada antara mereka yang tinggal di sini hampir 100 tahun dan diarah keluar dalam tempoh 90 hari bermula 21 Ogos lalu dengan wang pampasan sebanyak RM20,000. Mana ada rumah dengan nilai yang mereka tawarkan di negeri ini?" katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng harus memainkan peranan dalam isu itu supaya rakyat yang memberi mandat kepada beliau mentadbir negeri ini tidak ditindas.

"Saya akan berjumpa dengan Guan Eng untuk membincangkan isu ini selain membawa penduduk kampung terlibat berjumpa Perdana Menteri dalam tempoh terdekat supaya mereka mendapat penyelesaian sepatutnya," katanya.

Terdahulu hampir 300 orang di Kampung Permatang Damar Laut mengadakan bantahan aman terhadap pemaju yang ingin meroboh kawasan penempatan mereka bagi membina sebuah gudang menyimpan barang.

Rata-rata mereka yang terdiri daripada golongan nelayan dan buruh meluahkan rasa tidak puas hati dengan kadar pampasan yang ditawarkan memandang mereka sudah lama menetap di kawasan itu.

Saturday, 28 September 2013

Mula Sedar-Koyak Kad keAhlian Dap


Sehari sebelum DAP mengadakan kongres khas untuk melantik semula pimpinan tertingginya, seorang pemimpin Melayu parti itu mengoyakkan kad keahlian, kerana menyifatkan DAP rasis. 

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Ishak mengesahkan ura-ura beliau akan keluar daripada parti itu pada sidang media di Pulau Pinang sebentar tadi. 

Beliau menuduh parti itu memperalatkan orang Melayu untuk agenda politik sempit dengan berselindung di sebalik istilah 'berbilang kaum.' 

Rahmad menyelar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pemimpin ala-Hitler yang memimpin parti itu secara kuku besi bersama bapanya Kit Siang. 

"Parti DAP bukanlah tempat orang Melayu berlindung, tetapi sebaliknya dipergunakan secara senyap dan halus untuk memuaskan hawa nafsu pemimpin mereka. 

"Malah penggunaan istilah amar makhruf nahi mungkar hanyalah diperdagangkan oleh Lim Guan Eng dengan niat untuk mendapatkan sokongan orang Melayu," kata beliau. 

Rahmad berharap perwakilan DAP akan memilih barisan pemimpin yang berwibawa esok demi membela perjuangan pelbagai kaum parti itu. 

Beliau kemudian mengoyak kad keahliannya. 

Semalam, Rahmad memberitahu Antarapos bahawa beliau amat kecewa melihat DAP semakin bongkak dan meminggirkan ahli Melayunya. 

"Selepas PRU13, kita tengok DAP di Pulau Pinang terutamanya melampau tidak dapat menjaga ahli Melayu dalam parti yang bilangannya berapa kerat sahaja,” katanya. 

“Jadi macam mana nak jaga orang Melayu di Pulau Pinang kalau macam itu?’ tambah Rahmad. 

"(Perjuangan) pelbagai kaum hanya di mulut … tapi mana dia pemimpin Melayu daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh DAP di Pulau Pinang," katanya. 

"Bukan tidak ada pemimpin Melayu yang layak tetapi mereka lebih gemar kepada (calon yang) ada kena mengena dengan keluarga Lim Guan Eng," ujarnya. 

Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari adalah satu-satunya Ahli Parlimen Melayu daripada DAP di Pulau Pinang sungguhpun status Zairil sebagai anak Melayu dipertikaikan oleh pelbagai pihak di dalam dan luar parti itu. 

Pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Disember lalu, semua lapan calon Melayu tewas dalam pemilihan parti, sekali gus menempelak cubaan Guan Eng untuk memaparkan DAP sebagai parti pelbagai kaum. 

Beberapa minggu selepas itu, Guan Eng mendakwa berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dan Zairil kemudian diisytiharkan sebagai memenangi kerusi CEC. 

Susulan itu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan mengiktiraf CEC DAP dan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula yang akan diadakan esok di Petaling Jaya. 

Bagaimanapun pemilihan semula itu turut dibelit kontroversi apabila ROS mendedahkan bahawa DAP melanggar pelembagaannya kerana tidak memberikan notis 10 minggu kepada ahlinya mengenai pemilihan itu. 

Rahmad menjangkakan lebih ramai ahli DAP yang bakal meninggalkan parti rasis itu dalam masa terdekat ini. 

Beliau menyertai DAP pada bulan Jun tahun lalu.

Hidung Tumbuh di Dahi


Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.



Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.

Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian. 



Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian. Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. – Agensi

Wednesday, 25 September 2013

Calon Majlis Tertinggi di SABOTAJ dari DALAM! Wtf!

    

Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO No.60Tun Faisal Ismail Aziz tiba-tiba hilang dari senarai pencalonan selepas pengumuman oleh Sekretariat Jawatankuasa Pemilihan UMNO petang tadi. Lihat senarai di blogAPA (klik!)

Alasan yang dikemukakan kerana Tun Faisal tidak pernah menjadi AJK Bahagian. Adakah pihak Sekretariat Pemilihan terlalu bahalol tidak mengetahui calon ini adalah salah seorang EXCO Pemuda UMNO yang mendapat endorsement dari Ketua Pemuda sendiri, YB Khairy Jamaluddin [LIHAT VIDEO INI -KLIK!]


Mana yang lebih penting oleh UMNO antara seorang AJK Bahagian atau EXCO Pemuda?? Terdapat ribuan AJK Bahagian di Malaysia tapi berapa kerat yang menonjol memperkasakan UMNO?? Keputusan Sekretariat Pemilihan seolah-olah memperkecilkan jawatan Exco Pemuda.

20 orang AJK untuk 191 bahagian UMNO seluruh Malaysia = lebih 3,000 orang boleh bertanding jawatan MT selepas ini jika mengikut teori dan syarat lapuk oleh Sekretariat Pemilihan, tanpa perlu ENDORSEMENT atau membuktikan apa-apa kredibiliti & jasabakti dalam perjuangan UMNO!

Diharap DS Najib Razak dan YB KJ yang diberikan laporan setiap bulan berkenaan strategi dan gerak-kerja parti yang diusahakan oleh Tun Faisal Ismail Aziz sepanjang perjuangan menghadapi PRU13 lalu mengambil perhatian serius berkaitan isu ini dan mencari jalan penyelesaian paling bijaksana.

Ada individu dalam Sekretariat Pemilihan yang dikenali terlalu bias & prejudis terhadap Tun Faisal sedangkan beliau sendiri bertanding Ketua Bahagian di Melaka... Nantikan senarai penuh 7 Oktober nanti dengan keputusan yang mendamaikan hati semua pihak, atau kita sama-sama saksikan PETAKA SIBER 800 skala ritcher akan berlaku... AstalavistaRaop!!

-1Peluru-

Tuesday, 24 September 2013

HAPUS SILAT HAPUS MELAYU-Lim Guan Eng

  

SETELAH MENGHARAMKAN BIRO TATA NEGARA(BTN) DI PULAU PINANG YANG DISIFATKAN OLEH TOKONG SEBAGAI BERSIFAT PERKAUMAN,HARI INI TOKONG BERHASRAT NAK HARAMKAN SILAT DI PULAU PINANG KERANA SILAT INI MEMBUATKAN ORANG MELAYU ANGKUH DAN KEJADIAN PEMUDA UMNO MENJULANG KERIS DIANGGAP KETARA PERKAUMAN.

BELIAU JUGA MENEGASKAN KAUM CINA DAN INDIA AKAN RASA SELAMAT JIKA SILAT DIHARAMKAN DAN MEREKA LEBIH PENTINGKAN PENDIDIKAN DARIPADA AKTIVITI YANG MEMBUANG MASA.

"JATUHKAN KETUANAN MELAYU UMNO DEMI PERPADUAN RAKYAT"!!!!

DENGAN KENYATAAN BIADAP SEPERTI INI,JELAS SIAPA YANG CUBA MENAIKKAN SENTIMEN PERKAUMAN DI MALAYSIA KHUSUSNYA PULAU PINANG???SAYA NAK TANYA TOKONG TU;

-BERAPA RAMAI ORANG YANG DAH MATI MANGSA KORBAN KERIS DAN SILAT??

APA MOTIF TOKONG NAK HARAMKAN SILAT,ADAKAH KERANA TAKUT PADA SOKONGAN PADU PERSATUAN SILAT TERHADAP KERAJAAN??

ADAKAH KERANA PERSATUAN SILAT PERNAH BERIKRAR MENJADI BENTENG PERTAHANAN ANDAI NEGARA DICEROBOHI???

Tampil perinci sebab utama PAS mahu keluar PAKATAN HARAM

     

Akhirnya Dewan Ulamak PAS tampil memperincikan asas-asas yang mendorong kepada tercetus resolusi yang mendesak semakan keatas Tahaluf Siyasi PAS bersama PKR dan DAP, yang disepakati melalui Multaqa' Ulama' Se-Malaysia anjuran sayap ulamak parti berkenaan, yang diperturunkan seperti berikut:-

1. Perundingan kerusi dalam kalangan parti komponen PR yang tidak memberi lebih nilai kepada pengukuhan kedudukan dan pengaruh PAS dalam PR.

2. Terdapat ahli PAS yang menukar keahlian dan bertanding atas tiket PKR.

3. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang tidak memberi tsiqah dan wala' kepada kepimpinan jamaah bahkan lebih mematuhi keputusan dan arahan orang luar PAS.

4. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang keluar dari skop fikrah Islam dan ada juga yang berbaur fahaman pluralisme dan liberalisme.

5. Kemerosotan sokongan dan undi Melayu terhadap PAS berbanding PRU12 yang merupakan era sebelum wujudnya PR.Kita sendiri dapat melihat bahawa pencerahan 5 perkara di atas tentunya melalui pengalaman yang telah pun dilalui dan dialami oleh PAS sendiri pada PRU13 yang lalu.Perkara yang dibangkitkan juga adalah mudah difahami dan tidak berkias, serta diketahui ditujukan kepada pihak yang mana.Malah Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Muhammad Ismi Mat Taib menegaskan bahawa perkara-perkara yang dinyatakan bukanlah dilontar secara semborono oleh perwakilan multaqa' sehingga ia diangkat sebagai resolusi.

Terdapat beberapa 'problem statements' dan 'trigger factors' yang melatari perbahasan seputar isu tahalluf siyasi di multaqa' berkenaan, lapor Harakah Daily. Dengan penjelasan berkenaan, adalah sukar untuk menafikan kewujudan rasa bimbang terhadap penularan anasir-anasir yang tidak Islamik dalam PAS dan anasir ini adalah ibarat anai-anai yang boleh meruntuhkan parti yang membawa imej Islam berkenaan.Tidak mustahil juga ada lagi perkara-perkara yang lebih sensitif dan tidak didedahkan kepada umum, yang dibisikkan oleh Dewan Ulamak kepada TG Hadi Awang dalam menyelamatkan PAS. 

Thursday, 19 September 2013

Biadap Cina Dap-Melayu Bodoh!

  

Bila kata Cina Dap ni Biadap adalah Macai PR backup.Bila kita hargai perjuang negara ada Macai PR kata Chin Peng Hero dia lah hero sebenar.Bila kita bercakap pasal sejarah sanggah mereka Sejarah kita diputar belit.

Mukhriz Mahathir Pecah Tradisi

                            

Menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober depan.

Beliau menyertai pertandingan itu yang disertai lima calon lain- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam.

Beliau membuat pengumuman itu di kediaman rasmi di Seri Mentaloon di sini petang ini.

Beliau yang tewas dalam pertandingan Ketua Pemuda pada tahun 2009 di tangan Khairy Jamaluddin menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Umjo.

Ini adalah kali pertama seorang calon Naib Presiden bertanding tanpa memegang sebarang jawatan dalam ahli majlis tertinggi terlebih dahulu.

Bagaimanapun, sebagai Menteri besar yang dilantik pada 6 Mei lalu, beliau secara automatik berada dalam majlis tertinggi Umno.

Fakta : Ini adalah kali pertama seorang calon Naib Presiden bertanding tanpa memegang sebarang jawatan dalam ahli majlis tertinggi terlebih dahulu


Patutlah semalam jumpa PM dan TPM minta restu masuk gelanggang.Apapun semoga berjaya.

Sejarah Pas permulaan dari UMNO


PAS Di Bawah Kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan (Ogos 1951 – Sept. 1953)

Sebelum memimpin PAS, Ahmad Fuad seorang guru agama (Ustaz) yang berasal dari Terengganu. Beliau lepasan Maahad Ihya AssyariffGunung Semanggol dan menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO.

Dan di waktu itu, beliau adalah merupakan Pengerusi Badan Agama UMNO. Tulisan beliau dalam Suara UMNO yang bertajuk “Ulama Malaya Belum Bersatu & Belum Mempunyai Organisasi” telah menarik perhatian umum.

Atas inisiatif beliau, akhirnya pada 15hb Ogos 1951, satu persidangan alim ulama telah berjaya di adakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan tuntutan tersebut serta merangka perlembagaannya. Seterusnya pada 24hb. November 1951, Muktamar Ulama Kali Ke-3 telah di adakan di Seberang Prai (Bangunan UMNO Bagan) dan persidangan ini telah berjaya menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya dan seterusnya ditukarkan kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) atas persetujuan ramai.

Menjelang persidangan tersebut, UMNO sedang bergolak - menghadapi krisis kepimpinan dan perpecahan mengenai isu kewarganegaraan dan penyertaan orang bukan Melayu di dalam UMNO yang dicadangkan oleh Datuk Onn Jaafar. Datuk Onn telah mengambil jalan dengan keluar daripada UMNO apabila gagasan yang dicadangkannya itu telah ditolak oleh UMNO. Tuan Haji Ahmad Fuad yang berasal daripada Terengganu telah dicalonkan sebagai Yang Dipertua Agung UMNO bagi menentang Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Sungguh pun kecenderungan masyarakat pada masa itu ada bersama-sama Islam, namun kepimpinan UMNO dapat kepada Tunku Abdul Rahman. 

Penubuhan PAS – yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Fuad  telah mendapat sokongan daripada rakyat khasnya masyarakat Melayu ketika itu. Majalah Qalam yang diterbitkan di Singapura ketika itu telah menyuarakan harapan agar PAS dapat mempertahankan hak dan kemuliaan agama sama ada dalam perkara siasah/politik mahupun hal ehwal umum.

A.Samad Said dalam satu tulisannya pernah menyebut bahawa penubuhan PAS (yang diilhamkan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad) pada tahun 1951 adalah agak menarik. Pertama kata A.Samad Said, PAS berjaya ditubuhkan walaupun suasana negara ketika itu sedang dilanda pergolakan dan gelora darurat Dan kedua, penubuhan PAS ketika itu telah direstui sendiri oleh UMNO.

Akhbar-akhbar terkemuka ketika itu juga turut mengalu-alukan penubuhan PAS. Walaupun berlaku perdebatan mengenai baik buruknya golongan ulama menubuhkan sebuah parti politik Islam daripada hanya sekadar menubuhkan sebuah pertubuhan yang terkhusus kepada golongan ulama sahaja, namun fikiran umum ketika itu lebih cenderung mendorong ulama menubuhkan sebuah parti Islam yang bercorak politik dalam mengisi kekosongan untuk menuntut kemerdekaan negara.


Di bawah kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad, PAS telah mula berkembang. Terdapat beberapa cawangan PAS yang berjaya ditubuhkan – antaranya termasuklah cawangan pertama, iaitu Butterworth pada 9hb. Mac 1952, Kuala Kangsar (10hb. April 1952), Perlis (2hb. Mei 1952), Kerian (6hb. Julai 1952) dan Kuala Lumpur – Selangor (13hb. Julai 1952). Sehingga Disember 1952 sahaja, PAS telah berjaya menubuhkan 16 buah cawangan di seluruh Malaya dan Singapura. 

Cawangan pertama PAS di kawasan Pantai Timur juga telah ditubuhkan di zaman kepimpinan beliau. Allahyarham Ustaz Amaluddin Darus dan Ahmad Yatim telah berjaya menubuhkan cawangan PAS di Pasir Mas pada 23hb. Julai 1953.

Pada 4hb. Januari 1953, PAS telah mengadakan satu persidangan di Kepala Batas, Seberang Perai bagi membincang dan  menetapkan arah tuju perjuangan politiknya. 

Pada 26hb. Ogos 1953, Muktamar Agung PAS Kali Ke-2 telah diadakan di Madrasatul Ulum, Bagan Datuk, Perak. Dalam muktamar tersebut, Tuan Haji Ahmad Fuad sekali lagi telah diberi mandat oleh lebih 600 ahli untuk terus memimpin PAS. 

Di bawah kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad juga,  PAS telah dijemput untuk menghadiri dua persidangan yang dianggap penting pada negara ketika itu, iaitu persidangan yang dikenali sebagai National Conference yang ditaja oleh Datuk Onn Jaafar  bersama tujuh orang Menteri Besar dan National Convention yang ditaja oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj (UMNO – MCA).

Tujuan persidangan ini diadakan ialah untuk menyelaraskan usaha bagi mencapai kemerdekaan negara serta mencari satu formula dalam menyelesaikan beberapa perkara berbangkit seperti status kerakyatan, hak untuk mengundi dan sebagainya.

Ekoran daripada itu, satu Mesyuarat Agung Khas PAS telah diadakan di Tanah Liat, Bukit Mertajam pada 23hb. September 1953 bagi menentukan sikap PAS dalam menghadapi kehendak-kehendak Ahli Jawatankuasa Agung pada masa itu yang berbeza-beza di antara yang menyokong National Convention dengan yang menyokong National Conference.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, PAS telah menerima saranan yang dikemukakan oleh PAS Pasir Mas menerusi wakilnya Amaluddin Darus. Cadangan PAS Pasir Mas itu ialah mengambil sikap menyokong National Convention,  tetapi tidak terikat kepadanya sekiranya langkah-langkah National Convention itu pada pendapat PAS akan merugikan bangsa Melayu amnya dan umat Islam khasnya. PAS telah menolak gagasan yang ditaja oleh Datuk Onn itu kerana pada pandangan PAS ia mengiktiraf kerakyatan dan persamaan hak bagi seluruh kaum yang ada di negara ini pada waktu itu.

Dengan itu, PAS bertegas tidak akan menyertai persidangan National Conference yang ditaja oleh Datuk Onn, tetapi akan menghadiri dan menyatakan pendapat di dalam persidangan National Convention yang ditaja oleh UMNO-MCA (Tunku Abdul Rahman).

Mesyuarat Agung Khas pada 23hb. September 1953 itu juga telah bersetuju untuk membebaskan PAS daripada dipengaruhi oleh mana-mana unsur/pihak – mengekalkan PAS sebagai sebuah organisasi yang bebas dan berdikari. Dengan itu, undang-undang tubuh PAS telah dicadangkan supaya dipinda bagi menentukan tidak ada orang yang menjadi anggota parti politik lain dibolehkan untuk dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Agung PAS atau pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan PAS.

Semasa di bawah kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, PAS masih berada pada tahap lemah dan kekurangan dari segenap segi. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan adalah merupakan rakan dan penyokong kuat kepada Datuk Onn Jaafar. Krisis UMNO-IMP (Independence of Malaya Party) sedikit sebanyak telah menjejaskan kepimpinan beliau di dalam PAS. Percubaan beliau untuk membawa PAS bekerjasama dengan IMP telah ditolak oleh ahlinya - menyebabkan kepimpinan beliau telah mula dipersoalkan dan dengan demikian juga telah memberi kesan terhadap perjuangan politik PAS.

PAS ketika itu juga telah diibaratkan seakan-akan ‘pucuk ru atau daun lalang’ yang sedia rebah ke mana sahaja angin bertiup.

 Ekoran kegagalan beliau membawa PAS untuk bersama-sama dengan IMP pimpinan Datuk Onn Jaafar, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan telah meninggalkan perjuangan politik PAS secara rasmi pada 26hb. September 1953 - seterusnya beliau menyertai IMP dan Parti Negara apabila IMP dibubarkan.

Wednesday, 18 September 2013

UMNO bakal mati sakit tua jika Pemilihan tidak memilih yang layak membawanya. @tunfaisal @AzwanBro


1. Saya berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua, dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.

2. Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

3. Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya. Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya Perdana Menteri. Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan, dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.

4. Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam MajlisTertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

5. Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka. Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah. UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.

6. Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanahair tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.

7. Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati. Ramai yang membongkok disekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.

8. Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin ynag sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.

9. Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambilkira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain. Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput.

10. Malangnya ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200/- pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.

11. Kata pepatah Inggeris “Money is the root of all evil” (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun.
12. Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah Negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin Negara ini.

13. Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan Kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah PRU

14. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik.

15. Justeru itu kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua. Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanahair dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka. Tun Mahathir.



Calon Mantap bagi meremajakan UMNO semula.

Jelajah Bantah TPPA sangat GAGAL memalukan.


Jelajah Bantah TPPA gagal memalukan.Jelajah bantah yang diketuai oleh Bardtantuya langsung tidak dapat menarik perhatian penyokong mereka.Sebab apa? Mereka sudah mual dengan taktik bardtantuya yang hanya mahu menarik perhatian Anwar supaya dia kelihatan bekerja keras.Apa yang lebih melucukan segala perilaku mogok bantah itu ditiru idea dari negara luar.Senangkan cuma perlu Google.Sungguh ketandusan Imam SAMMdoll ini.


Berapa kerat yang datang menyokong itu pun termasuk urusetia yg datang sekali untuk jelajah Bantah ini.Kutipan derma pasti wajib sangat mual dengan kerakusan Chegubard atau Bardtantuya mengasak duit derma yang dianggap sebagai gajinya.


Tengok la siapa yang berada disitu semuanya bermasalah.Kononnya pejuang anggapnya.Macam monyet dah.Banyak faktor risiko gagal untuk jelajah Bantah ini diantara sebab lain iaitu Mantan Perdana Menteri iaitu Mahathir Mohammad telah mengeluarkan kenyataan beliau tidak menyokong TPPA dilaksanakan.


KUALA LUMPUR 28 Ogos - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memorandum yang mengandungi kira-kira 70 garis merah atau kepentingan tidak boleh ditolak ansur itu adalah hasil persidangan meja bulat TPPA bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berakhir semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd. Nizam Mahshar berkata, pihaknya tetap bertegas bahawa TPPA bakal menggugat ekonomi, kesejahteraan sosial, kedaulatan negara selain memberi impak besar kepada sektor-sektor utama antaranya industri kecil dan sederhana, peluang-peluang perolehan, harta intelek dan pertanian.

''Setelah mengadakan persidangan meja bulat TPPA bersama Tun Dr. Mahathir dua hari lalu, MTEM bersama-sama Badan Bertindak Bantah TPPA sebulat suara membantah perjanjian itu dan menyaran kepada kerajaan untuk tidak menandatangani TPPA.

''Sekiranya pada 2007 dahulu kerajaan menolak perjanjian itu kerana ada 58 garis merah yang diputuskan Kabinet, saya amat berharap perkara tersebut masih dipertahankan hari ini,'' katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan TPPA kepada Najib pada majlis Sepetang di Aidilfitri 2013 bersama Perdana Menteri anjuran MTEM di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh; Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ahli Pemegang Amanah MTEM, Rizal Faris Mohidden Abd. Kader.

Dalam pada itu, Mohd. Nizam berkata, antara kebimbangan utama MTEM terhadap pelaksanaan TTPA ialah dalam bahagian pelaburan.

''Perjanjian itu memberi kelebihan dan kepentingan kepada syarikat asing berbanding syarikat tempatan serta tidak membenarkan polisi afirmatif sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB).

''Dalam perjanjian itu juga akan ada bahagian Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) yang membabitkan kedaulatan negara kerana syarikat asing boleh membawa kerajaan Malaysia ke mahkamah negara asing sekiranya terma perjanjian tidak dipatuhi,'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, MTEM berharap dapat terlibat secara langsung dalam jawatankuasa yang membuat analisis kos-faedah (CBA) terhadap perjanjian tersebut.


P/S: Bodoh tahap apa chegubard ni.Idea lain please.




Tuesday, 17 September 2013

DAP sahkan SPR telus


Tembelang penipuan pembangkang kononnya wujud pengundi hantu Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum lalu terbongkar apabila perkara itu diakui sendiri tidak benar oleh pemimpin DAP dan Pas.

Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming dalam temu bual bersama portal Free Malaysia Today dilaporkan berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh atau pun insiden gangguan bekalan elektrik sebagaimana didakwa.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) iaitu tidak wujud pengundi hantu warga Bangladesh atau insiden gangguan bekalan elektrik dan mengakui Parlimen Serdang juga bebas daripada dakwaan sedemikian.

Bagaimanapun beliau memberitahu, DAP belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebagaimana dipetik dari Free Malaysia Today, hari ini.

Sementara itu, seorang pemimpin Pas yang enggan namanya disiarkan memberitahu portal yang sama bahawa berlaku penipuan pada pilihan raya umum lalu, tetapi bukan dalam bentuk pengundi hantu warga asing atau pun kejadian gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi.

"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik. Mereka menipu menggunakan kaedah lain seperti daftar pemilih yang tidak bersih," katanya sambil enggan mengulas lanjut kepada Free Malaysia Today.

Sebelum ini, Pemantau menjelaskan tiada sebarang bukti berlaku penyelewengan pilihan raya seperti insiden gangguan bekalan elektrik atau kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh di 87 kerusi Parlimen yang dipantau badan tersebut sebagaimana didakwa pembangkang.

Kenyataan itu selari dengan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa beberapa keping gambar 'gangguan bekalan elektrik' yang kononnya berlaku semasa pengiraan undi sebenarnya dirakam sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi bertujuan melemparkan fitnah.

Malah, pada 27 Mei lalu, seorang lagi wakil rakyat DAP, Lee Chin Chen yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, menafikan berlakunya insiden gangguan bekalan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Ahmad Shah, Bentong.

Beliau dilaporkan sebagai berkata: "Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak pukul 8.30 malam sampai awal pagi, mana ada gangguan bekalan elektrik pun?
"Ramai orang ada di sana...

Wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan," kata Chin Chen.

Agen Murtad Mujahid Rawa dihalau Penganjur di Majlis dialog Kristian


Majlis dialog antara Islam dan Kristian anjuran Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa di sebuah restoran di Jalan Kampung Benggali di sini malam tadi kecoh apabila pemiliknya menghalau penganjur dan para peserta program berkenaan.

Pemilik premis makanan itu yang merupakan seorang wanita mendakwa dirinya ditipu kerana tidak dimaklumkan tujuan sebenar orang ramai berkumpul di situ.

Dialog tersebut pada mulanya dijadual berlangsung di sebuah gereja yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ tetapi diubah lokasi pada saat-saat akhir oleh penganjur bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


Ketika Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan isterinya, Datin Zuraida Husin tiba pada kira-kira pukul 9 malam, wanita berkenaan dilihat meninggikan suara dan meminta penganjur mengosongkan tempat berkenaan menyebabkan beberapa peserta berang dan menyifatkan tindakannya sebagai biadap.

Keadaan itu memaksa penganjur kembali ke lokasi asal penganjuran iaitu Gereja St. Mark.

Di luar gereja pula, kira-kira 40 anggota polis dilihat berkawal bagi mengawal keselamatan.

Sebelum ini, majlis berkenaan mendapat bantahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini yang membuat laporan polis kerana bimbang ada pihak tertentu menggunakan dialog tersebut untuk agenda politik sehingga sanggup menggadaikan maruah Islam. 

Saturday, 14 September 2013

Sungguh Rasis Najib Razak selepas PRU13 @APterkini


Najib razak sudah mula sedar dan menunjukkan sikap keberanian membela kaum bumiputera secara terang terangan.Parti Dap mula melancarkan serangan bantah di media mereka terhadap pengumuman Najib razak di uitm sebentar tadi.Majlis Memperkasakan Ekonomi Bumiputera dianggap paling berani sejak kepimpinan beliau menjadi Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan langkah dan strategi baharu memperkasakan ekonomi Bumiputera, serta penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikannya sendiri bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera, sebagai peneraju utama strategi berkenaan.

Langkah-langkah yang diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu termasuk :-

1.    Kerajaan akan memperbanyak program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua kepada golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran.

2.    Program latihan semula dipergiat menerusi peruntukan tambahan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan.

3.    Bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara akan ditambah menerusi pendekatan latihan dua syif.

4.    Program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluas untuk menambah bilangan penerima manfaat bagi mengatasi masalah kebolehpasaran.

5.    Agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluas Program Pendidikan Lepasan Ijazah terutama dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.

6.    Program Peneraju Profesional diperluas bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera yang mendapat pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah terutama dalam bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.

7.    Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan suntikan 10 bilion unit saham.

8.    Ekuinas mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera bagi membimbing syarikat Bumiputera di senarai di Bursa Malaysia.

9.    Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemas untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat bagi mengoptimumkan nilai aset bukan kewangan seperti hartanah.

10.    Pelaburan Hartanah Bhd, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad akan diperkukuh bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutama di lokasi strategik di seluruh negara.

11.    Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta Syarikat Perumahan Negara Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara.

12.    UDA Corporation akan diperkukuh untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.

13.    GLC dan GLIC terlibat dalam perniagaan hartanah diarahkan untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutama perumahan, rumah kedai dan premis komersial.

14.    Peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh.

15.    Tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun.

16.    Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia disasarkan meningkat kepada 500,00 daripada 350,000 orang pada 2015.

17.    Dana tambahan sejumlah RM700 juta diberi kepada TEKUN Nasional.

18.    Bilangan usahawan TEKUN Nasional disasarkan meningkat kepada 370,000 tahun 2015 daripada 270,000 sekarang.

19.    Semua Kementerian dan GLC diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor juga berasaskan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera supaya mereka berdaya maju dan mampan.

20.    Jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank.

21.    Lonjakkan program Pembangunan Vendor (VDP) oleh Petronas bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas, Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

22.    Ketua Pegawai Eksekutif di GLC akan menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang diluluskan kepada vendor. Ini wajib dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.

23.    Bagi menangani isu rantaian perbekalan, kerajaan melalui GLC dan GLIC akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian. GLC dan GLIC akan mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.

24.    Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan mengenal pasti perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera.

25.    Dasar 'Carve-out' akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC. Empat projek yang dikenal pasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.

26.    Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB) diperkenal untuk membantu syarikat permulaan dengan peruntukan dana sebanyak RM100 juta dalam tempoh tiga tahun. SUPERB akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada entrepreneur baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

27.    Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) akan diwujudkan di semua kementerian dan bertanggungjawab merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.

28.    Peningkatan pengambilan pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020 termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.

29.    Penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk 'Matching Fund' nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan disalurkan secara berperingkat.

30.    TERAJU diletakkan langsung di bawah Perdana Menteri, dengan diketuai Menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf Menteri

31.    Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Skim Permulaan Entrepreneur Baharu Bumiputera (SUPERB) akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU.

-sumber PBrebel-