Friday 15 November 2013

600,000 hilang timpat tinggal,Bantuan kemanusiaan Malaysia dipuji. #TyphoonHaiyan

TACLOBAN (Filipina): Gabenor Leyte, Dominic L. Petilla memuji usaha pasukan dari Malaysia yang diketuai Datuk Abdul Azeez  Abdul Rahim mengutuskan bantuan kemanusiaan dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas inisiatif berkenaan.


Menyifatkan ia sebagai bantuan yang besar daripada Kerajaan Malaysia, beliau amat berterima kasih kepada Malaysia yang menghulurkan bantuan awal. “Pertamanya, saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia kerana menghantar satu pasukan, ia satu tugas yang besar kini, namun ia bantuan yang sangat diperlukan dari Malaysia,” katanya kepada media.

Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia diketuai Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang dalam misi bantuan kemanusiaan di Filipina adalah suatu inisiatif yang wajar dipuji, langsung mengharumkan nama negara yang sering menghulurkan bantuan dan kebajikan serantau.

Wilayah Leyte, yang mempunyai 40 bandar, adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas oleh Taufan Haiyan, Jumaat lepas.Sehingga kini, kira-kira 1,700 mayat mangsa telah ditemui. Dalam usaha ke arah pemulihan, Petilla berkata beliau tidak pasti sama ada ia akan dijalankan awal ekoran kerosakan yang dialami adalah amat besar.

Angka korban akibat Taufan Haiyan yang melanda Filipina Jumaat lalu meningkat kepada 2,275 mangsa.Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, jumlah mangsa berkenaan adalah setakat petang ini. Seramai 3,655 lagi mangsa dilaporkan cedera, manakala 80 yang lain masih hilang. Taufan terkuat di dunia yang melanda pesisir pantai timur negara itu memusnahkan beribu bangunan dan kira-kira 600,000 dilaporkan hilang tempat tinggal.


Sementara itu, selain bantuan kemanusiaan seperti makanan,kelengkapan medik dan bantuan perubatan akan tiba secepat mungkin bagi merawat penduduk yang memerlukan.Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga meluahkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa negara jiran itu.

No comments:

Post a Comment