networkedblogs

Thursday, 24 October 2013

Seluar wanita dikunci kekasih elak curang

Mexico - Kesetiaan dalam perhubungan memang penting tak terkecuali bagi lelaki
asal Mexico ini . Dia mengunci seluar kekasihnya dengan mangga bagi menjamin
kesetiaan seksual atau menjaga alat sulit si kekasih.


Ironisnya , hal ini sudah dilakukan lelaki itu selama bertahun -tahun. Pihak
berkuasa berkata wanita yang berusia 25 tahun itu akhirnya berani buka mulut
kerana dia tidak boleh buang air kecil selama beberapa jam disertai rasa sakit
yang tak tertahankan.

Dilaporkan WTKR , pasangan ini hidup di desa miskin di negara bahagian Teluk
Mexico , Veracrus , demikian dilapor Inquisitr , Jumaat ( 11/10/2013 ) .
Wanita ini mengatakan kepada polis bahawa kekasihnya memaksa dia memakai
mangga yang bertindak sebagai tali pinggang kesucian selama bertahun -tahun.
Mangga ini membuatnya sukar membuka seluar dan bahkan dia takut untuk
memotong mangga tersebut .

Selepas polis menangkap kekasih wanita itu yang berusia 40 tahun, si lelaki lantas
memberikan kunci mangga tersebut . Selepas berjaya dibuka, anehnya wanita
yang tidak disebutkan namanya ini tidak ingin mendakwa kekasihnya.
" Suspek masih ditahan atas tuduhan pelanggaran namun dilepaskan beberapa
jam kemudian," kata Araceli Gonzales, Pengarah Eksekutif Equifonia , kumpulan
pembela hak -hak perempuan.
" Keesokan harinya si lelaki menandatangani perjanjian bahawa dia tidak akan
menggunakan mangga lagi atau melakukan penyiksaan lain terhadap si wanita ,"
lanjut Gonzales

Pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa tidak ada yang boleh mereka
lakukan kerana si wanita tidak mahu mendakwa lelaki tersebut . Namun menurut
Gonzales ada akibat yang berbahaya jika membiarkan lelaki itu bebas berkeliaran.
"Wanita itu adalah mangsa kejahatan selama 12 tahun dan tidak ada masyarakat
atau pemerintah yang melakukan tindakan. Pengendalian kes ini tidak mengikuti
undang-undang, tidak ada yang bertindak melawan agresor ," kata Gonzales .

No comments:

Post a Comment