Monday 28 October 2013

#PRKSgLimau : FITNAH DATANG LAGI.PAS PANAS PUNGGUNG





Tidak cukup menggunakan masthead akhbar tabloid Sinar Harian, Pas dilihat semakin terdesak dengan melakukan teknik pertindihan gambar (superimpose) pada salah satu risalah edaran parti itu semalam.

Gambar itu memaparkan  calon mereka, Mohd. Azam Abd. Samat bersama Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Utara, Mohd. Idros Ali mengunjungi pejabat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika menjadi Menteri Besar.

Risalah itu dikatakan dikeluarkan oleh jentera Pas Sungai Limau bagi membuktikan Mohd. Azam mempunyai hubungan baik dengan Azizan yang menjadi bahan kempen sepanjang pilihan raya kecil kali ini.

Gambar orang disebelahnya itu sebenarnya ialah Timbalan Pengarang Sinar Harian, Muhammad Mat Yakim yang berkunjung ke pejabat Menteri Besar Kedah pada tahun lalu untuk sesi temubual.

“Ketika itu Ustaz Azizan dalam keadaan sihat. Kami menemu bual Ustaz Azizan untuk ruangan bicara pemimpin dalam akhbar Sinar Harian,” katanya.

Mohd. Idros yakin gambar itu telah diubah dengan teknik superimpose di mana kepala Muhammad Mat Yakim di dalam gambar dibuang dan diletakkan dengan kepala calon, Mohd Azam.

 “Saya sudah menghantar maklumat ini ke ibu pejabat di Shah Alam, Selangor. Saya menunggu arahan daripada majikan. Jika mereka minta saya buat laporan polis, saya akan buat untuk membersihkan nama baik kami,” katanya.

Mohd. Idros juga kecewa kecewa dengan sikap Pas yang dianggap terdesak dalam kempennya untuk mengekalkan DUN Sungai Limau.

Semua jurugambar boleh mengesan kesan pertindihan pada gambar jelas kelihatan pada struktur badan, muka dan bahasa badan objek yang tidak sekata pada gambar Mohd. Azam

No comments:

Post a Comment