networkedblogs

Thursday, 3 October 2013

PRK Sungai Limau Sudah umum tarikh



Barisan Nasional (BN)Kedah kini bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dan akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding bagi kerusi DUN itu, pada 21 Okt.Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathirberkata pihaknya sememangnya telah mula membuatpersiapan sejak dari awal dan jentera parti juga sudahbersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.



"Untuk tujuan itu (PRK) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun ke Kedah dan melawat DUN Sungai Limau pada 8 Okt ini, antara lain bertujuan untuk berbincang dengan pihak kami (BN negeri) mengenai persiapaan menghadapi PRK ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Jabatan-jabatan Agama Islam Kedah di sini Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belummemutuskan dan sedang berusaha untuk menyenaraipendekkan nama calon yang akan bertanding.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengumumkan tarikh PRK DUN Sungai Limau pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Okt ini.Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Mengenai tarikh penamaan calon yang hampir dengan pemilihan Umno, Mukhriz berkata perkara itu harus diterima kerana ia telah ditetapkan SPR."Kalau dah diputuskan, kita terpaksa menerimanyawalaupun dari segi masa contohnya untuk saya sendiri, berkempen pun akan jadi sedikit tersekat."Tetapi tak apa, tugas dan tanggungjawab lebih kepada PRK ini.

No comments:

Post a Comment