Monday 21 October 2013

PRK Sungai Limau :Bekas guru Sekolah Agama Rakyat sah Calon BN



Bekas Pensyarah Kanan Jabatan Kemasyarakatan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sg. Limau. 

Nama Dr. Sohaimi, 52, diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengumuman Calon BN yang diadakan di Bilik Gerakan BN PRK Sg. Limau hari ini. 

Selain bekas pensyarah, Dr. Sohaimi juga merupakan bekas guru Sekolah Agama Rakyat, Pondok Pak Ya yang terletak di dalam DUN Sg. Limau ini. Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan kepimpinan BN yang lain





No comments:

Post a Comment