Tuesday 22 October 2013

PAS juga pertaruhkan guru untuk calon PRK Sungai Limau

Ketua Pemuda Pas Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, menjadi pertaruhan PAS untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.



Beliau adalah calon parti itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang di pekan Sungai Limau, di sini sebentar tadi.

Azam sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang guru. Mohd Azam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada suatu ketika dulu.

Azam  akan berhadapan dengan calon dari Barisan Nasional(BN) yang juga hebat latar belakangnya pada 4 November ini, Azam bakal berhadapan calon BN yang merupakan seorang pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bekas guru di Sekolah Agama Rakyat,Ahmad Sohaimi Lazim.Calon BN


Apapun,kita tunggu dan lihat..kedua-dua calon ini memang mempunyai aura yang hebat.

No comments:

Post a Comment