networkedblogs

Wednesday, 2 October 2013

Nak Demo pasai Harga rokok naik? Baca dulu Musibat


Rokok Dunhill 20 batang ini kini berharga RM 12.00 bermula petang semalam, apapun kenaikan ini masih rendah berbanding dengan negara jiran.

Kenaikan harga rokok masih belum cukup untuk menghalang perokok mengurangkan tabiat merokok.

Mengikut seorang perokok tegar, beliau berharap kementerian kesihatan  dan KPDNKK dapat membuat peraturan baru tentang penjualan rokok, hari ini rokok masih mudah dibeli kerana pekedai masih mempamerkan rokok di belakang kaunter juruwang. Begitu juga sekiranya kita pergi ke pasaraya. Rokok akan diletakkan berhampiran kaunter pembayaran dan mudah dilihat oleh kanak-kanak dan perokok.

Di Thailand, Singapore dan negara-negara lain rokok langsung tidak dipamerkan. Begitu juga dengan iklan rokok yang masih banyak tergantung atau ditampalkan di dinding kedai makan.

Menurut perokok tegar ini, kanak-kanak yang selalu dibawa untuk makan di restoran atau kedai makan akan terdedah kepada iklan rokok yang cukup cantik dan mereka lah yang akan menjadi pelanggan baru kepada gejala penagihan rokok.

Budaya merokok di negara kita sukar dibendung, terutama kepada penduduk kampung, kanak-kanak seawal 7 atau 8 tahun sudah mula menghisap rokok daun dan menjadi amalan jika ke kebun atau ke hutan sebagai penghalau nyamuk.

Di bandar pula, kanak-kanak terdedah kepada budaya rokok seawal usia bayi lagi. Ini berlaku apabila seorang ayah atau ibu menghisap rokok dalam kereta atau dalam rumah, ini termasuk juga apabila si ayah mendokong atau menimang anak kecil sambil menghisap rokok. Oleh yang demikian kanak-kanak atau bayi tersebut bolehlah dikategorikan sebagai perokok pasif. Malah asap rokok yang memasuki rongga hidung anak tersebut lebih bahaya daripada asap rokok yang dihembuskan dari rongga hidung dan mulut perokok tersebut. Ini kerana asap yang dihasilkan daripada rokok mengandungi 4 ribu bahan kimia yang merbahaya setelah pembakaran berlaku dan ia seolah-olah racun pembunuh secara perlahan-lahan.

Ramai kaki pancing meninggal dunia dalam usia muda kerana terlalu kuat merokok dan kekurangan kandungan air di dalam badan, selain kaki pancing, mereka yang terdedah kepada kematian mengejut akibat rokok ialah perokok yang terlibat dalam kerjaya bidang tertentu yang menyebabkan mereka banyak menghabiskan  masa terkurung dalam bilik sehingga lewat malam. Untuk terus celik dan mengelakkan mengantuk maka rokok akan menjadi teman setia.

Terdapat juga perokok yang cuba berhenti merokok dan beralih kepada e-rokok tetapi menghadapi masalah lain pula, e-rokok mempunyai kandungan kandungan gula yang tinggi dan pengihasap e-rokok menghadapi masalah kandungan gula berlebihan dalam darah dan menyebabkan mereka kembali kepada rokok semula, jadi usaha untuk berhenti rokok menemui kegagalan.

Usaha untuk berhenti merokok sememangnya boleh dilakukan. Pertamanya ialah pasang niat untuk tidak merokok walaupun dihulurkan rokok free oleh rakan-rakan, kedua ialah membaca tentang artikel rokok, kaji bahaya yang terdapat dalam setiap batang rokok dan nilai semula kesan asap rokok kepada anak yang masih dalam perut isteri, kesan asap rokok kepada anak-anak dan cucu cicik kita.

Kesan kepada  wang yang terbakar hangus setiap hari. Memanglah ramai yang terpengaruh dengan istilah GAYA DAN KEUNGGULAN sehingga sanggup berbelanja besar untuk membeli jam, perfume jenama rokok tersebut, malah satu ketika dahulu kanak-kanak suka akan tag line tersebut.

Hari ini boleh dikatakan ok sikit sebab iklan rokok sudah diharamkan di televisyen, pawagam dan radio, begitu juga di papan iklan di stadium bola dan trek lumba di Sepang.  Masih segar dalam ingatan iaitu lumba motogp di trek batu 3 Shah Alam,  jenama Mallboro terpampang di merata-rata, tak cukup dengan iklan, gadis-gadis seksi diperagakan dengan jenama dan warna tema rokok untuk mempromosi produk mereka, begitu juga di stadium bola, malah dalam pameran atau autoshow di  Changkat Pavillion pun ada gadis seksi memaksi hot pant mempromosikan rokok mereka.

Satu ketika dahulu seorang rakan buat program "kempen sungai kita" dan paling menarik perhatian apabila pihak penganjur program mengundang syarikat rokok untuk memeriahkan program, apa lagi anak-anak muda, dapat jamu mata, dapat rokok free, sapa tak mau!

Itulah serba sedikit tentang tajuk sensitif tentang kenaikan harga rokok. Kenaikan harga rokok hanya memberi kesan jangka pendek dan amalan merokok sukar dikikis di kalangan masyarakat orang Malaysia kerana strategi syarikat rokok yang semakin hebat untuk mencari pelanggan baru.

Setiap tahun syarikat rokok akan melaburkan wang yang banyak untuk mencari idea bagaimana untuk menjadikan bayi yang lahir hari ini contohnya hari ini Rabu  3 Oktober 2013 akan menjadi pelanggan mereka 15 tahun akan datang.

Oleh itu, ibubapa, datuk nenek, cubalah berfikir sejenak perkara ini, masyarakat kita sudah beratus tahun menjadi mangsa syarikat rokok yang rata-ratanya berasal dari yahudi dan mereka telah menetapkan sebahagian peratus keuntungan rokok akan di salurkan ke Israel untuk pembangunan negara tersebut termasuk membeli senjata untuk membunuh kita yang menjadi pelanggan mereka.

Sekian.


No comments:

Post a Comment