Friday 4 October 2013

HOT-PAS ENGGAN DI MACAI OLEH DAP


Adun PAS Bukit Baru tidak menuruti langkah yang dibuat oleh Adun-Adun DAP yang bertindak keluar dari Sidang DUN Melaka, semalam.

Menurut laporan Bernama yang disiarkan diMalaysiakini, Ketua Pembangkang Goh Leong San (DAP-Duyong)  mengetuai empat Adun DAP yang lain iaitu Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh), Lim Jak Wong (DAP-Bachang), Chin Choong Seong (DAP-Kesidang) dan Tey Kok Kiew (DAP-Bandar Hilir) keluar dewan, sebagai protes terhadap keputusan keputusan Speaker DUN Datuk Othman Muhamad mengarahkan Lai Keun Ban (DAP-Kota Laksamana) keluar dewan.

Lai telah diarahkan keluar ekoran tercetusnya suasana hangat ekoran isu Jonker Walk yang dibangkitkan olehnya.

Namun wakil PAS dalam DUN, Dr Md Khalid Kassim tidak menuruti Adun-Adun DAP keluar dewan, malah menjelaskan bahawa keputusannya untuk tidak berganjak dari tempat duduknya di dalam dewan tidak berkait dengan kesepakatan politik antara dua parti itu, sebaliknya beliau berpendapat semua anggota dewan perlu memahami dan mematuhi peraturan ketika berada di dalam dewan.

No comments:

Post a Comment