Wednesday 11 September 2013

Musnah hidup angkara Cicak Tokek


Sejenis cicak yang dipanggil Tokek (Tockay Gecko) telah menyebabkan segelintir orang merasa taksub sehingga melakukan apa saja untuk mendapatkan reptilia tersebut.

Baru-baru ini, agensi berita Bernama melaporkan bahawa, seorang pemuda dipercayai dibunuh kerana cicak tokek bernilai RM 1 Juta.


Cicak tokek bernilai jutaan ringgit yang kononnya mampu membuatkan pemiliknya bergelar jutawan sekelip mata menjadi punca kematian seorang pemuda yang dibunuh sebelum mayatnya cuba ditenggelamkan ke dasar lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya

Pemuda yang ditemui mati di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di sebuah lombong di Jalan Rantau Panjang Bestari Jaya pada 30 Ogos lepas disyaki dibunuh kerana seekor cicak tokek yang dianggarkan bernilai RM1 juta di pasaran gelap.


Namun, apa yang diharapkan untuk menjadi kenyataan, tidak berlaku seperti apa yang diidam-idamkan semenjak masyarakat memulakan pemburuan terhadap reptilia tersebut.

Lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an dan hanya ingin dikenali sebagai Yus berkata, beliau mula mencari tokek pada awal tahun 2010 selepas diberitahu oleh rakan-rakan bahawa nilai komersialnya yang tinggi.


Permintaan untuk cicak Tokek ini dikatakan adalah amat tinggi kerana ia digunakan di dalam perubatan tradisi. Lidah tokek ini dikatakan boleh menyembuhkan penyakit AIDS dan darah serta hempedunya boleh menyembuhkan barah. Daging tokek ini juga diura-ura menaikkan nafsu syawat.

“Saya pun tertarik untuk mendapatkannya. Mulai daripada itu, saya mula mencari sumber-sumber maklumat tentangnya,” kata Yus.


Walaubagaimanapun, beliau tidak terlibat secara langsung dalam penangkapan Tokek tetapi hanya memberikan upah kepada sesiapa yang menangkapnya, atau membelinya dengan harga murah daripada harga pasaran.


Sudah banyak Tokek yang dilihatnya tetapi semuanya tidak kena kerana saiznya yang kecil dan ringan membuatkannya belum sesuai untuk dijual.

Pembeli-pembeli pada umumnya hanya membeli tokek yang beratnya sudah melebihi 300 gram. Seekor tokek dikatakan boleh mencecah harga di antara RM25,000 hingga RM35,000.

Walaubagaimanapun setelah sekian lama mencari, Yus dan rakan-rakan sedar bahawa mereka telah ditipu ribuan ringgit.


No comments:

Post a Comment