Thursday 15 August 2013

Surat terbuka untuk Perdana Menteri @NajibRazak @Khairykj @ahmadmaslan @tunfaisal


Salam dato seri. Saya ingin mengutarakan satu permasalahan pemimpin umno yang sering berlaku yang boleh menjejaskan kredibiliti umno dan kepimpinan dato seri sendiri..

Baru baru ini di nibong tebal tempat saya bermastautin ada satu isu dimana seorang ajk  pemuda bahagian N. Tebal telah meminta bantuan dato zainal untuk rawatan perubatan anaknya yang berstatus OKU yang berjumlah RM3100. Rawatan ini diperlukan segera kerana ditakuti akan menjejaskan kesihatan anak ajk pemuda tersebut. Walau bagaimanapun dato zainal hanya memandang remeh akan perkara ini dan tidak memberi perhatian yang secukupnya bagi saya sebagai seorang pemimpin tertinggi bahagian harus menampakkan tanggungjawab kerana ini melibatkan nyawa.

Untuk makluman dato seri, seorang hamba Allah yang merupakan seorang ajk pemuda bahagian yang sgt aktif dalam pergerakan pemuda dan bagi saya patut mendapat pembelaan dan perhatian yang sewajarnya. Ini soal kebajikan seorang anak kecil dan bukannya permohonon yang biasa untuk diambil mudah. Sebagai ketua bahagian dato zainal seharusnya lebih peka dan mengambil perhatian yang lebih akan kebajikan dikawasannya tambahan lagi yang memohon adalah orang kuat umno sendiri dan telah banyak membantu dalam memperjuangkan agama bangsa dan umno sendiri..

Untuk makluman dato seri juga, dato Mansor ahli perlimen nibong tebal dan chegu bard daripada pihak pembangkang lebih prihatin akan masalah ini dan bersedia untuk memberikan sumbangan kepada hamba Allah itu untuk menyelesaikan keseluruhan kos rawatan anaknya.. situasi seperti ini amat menyedihkan saya dan membuatkan saya tertanya-tanya adakah ini pembelaan yang sepatutnya diterima untuk pejuang pejuang tegar Umno. Kita sedia maklum tujuan Dato mansur adalah untuk kepentingan nya sendiri tetapi bukankah keadaan seperti ini boleh dielakkan jika pemimpin kita lebih prihatin dan menjaga sebaik baiknya kebajikan ahli Umno sendiri.Untuk pengetahuan dato sebentar lagi wakil dari Pkr akan menghulurkan bantuan kepada ajk pemuda bahagian tersebut beserta 'Press conference' yang mahu menunjukkan penglibatan mereka dalam membela ahli umno sendiri.Mahu membantu tetapi bersyarat dan manfaat kepada mereka kelak.

Saya lihat dato zainal adalah pemimpin yang dipercayai dan mendapat mandat yang banyak dari dato seri untuk memimpin umno khususnya di Pulau Pinang. Pencapaian dan gerak kerja dato zainal juga mencerminkan kredebiliti dato seri yang banyak memberi kepercayaan kepada beliau. Beliau seorang yang  berpendidikan dan berpandangan jauh tetapi bagi saya pemimpin yang lebih disanjung adalah pemimpin yang lebih mesra dan lebih peka dengan kebajikan rakyat seperti yang di laungkan dato seri rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Akhirnya saya amat berharap perkara ini mendapat perhatian dato seri dengan sewajarnya. Ini adalah untuk kelangsungan sokongan keatas umno dan sokongan kepada pemimpin tertinggi umno. Siapa umno kalau tidak memperjuangkan bangsa melayu dan siapa umno kalau tidak memperjuangkan nasib ahli umno sendiri.Untuk pengetahuan didalam 10 ahli umno 9 orang telah menolak dato zainal abidin dari memegang apa apa jawatan didalam umno.Tidak mampu menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberi.Ya sikit pun tidak.Sekian

Hidup umno, hidup melayu.


No comments:

Post a Comment