networkedblogs

Wednesday, 8 May 2013

Tok Ali kecewa Rakyat lebih Kecewa




Bukit Katil: Jasa, bakti tidak jamin kemenangan.

MELAKA - Kekalahan Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Bukit Katil pada pilihan raya Ahad lepas menghasilkan satu kesimpulan yang mengejutkan bahawa jasa dan bakti serta kerja keras yang dicurah selama ini tidak semestinya menjamin kemenangan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendapat 46,167 undi di Parlimen Bukit Katil.

Seperti banyak penganalisis politik, Mohd Ali sendiri sukar memahami keputusan pengundian yang tidak berpihak kepadanya walaupun beliau telah 13 tahun berbakti di Melaka.

"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat," katanya selepas menerima keputusan itu.

Pada PRU13, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di kawasan Parlimen itu iaitu Ayer Keroh dan Bachang dimenangi DAP manakala Bukit Baru jatuh ke tangan Pas. Hanya Dun Ayer Molek dimenangi BN.

Mohd Ali yang merupakan anak jati Bukit Katil itu sememangnya terkenal sebagai seorang kuat bekerja malah ada menggelarnya 'workaholic' kerana tugasnya yang bermula seawal pagi hingga awal pagi keesokannya.

Sejak memegang jawatan Ketua Menteri pada 2 Dis 1999, Mohd Ali telah merangka serta merancang pembangunan negeri khususnya dalam sektor pelancongan melalui Pelan Induk Pelancongan Negeri Melaka yang berjaya mempelbagaikan produk pelancongan di negeri itu.

Projek pengindahan dan pembersihan Sungai Melaka merupakan contoh kejayaan pelan itu apabila lebih satu juta orang mengunjungi sungai berkenaan pada 2012.

Malah, Melaka yang diiktiraf sebagai negeri maju pada 2010 turut dinobat sebagai antara destinasi pelancongan terbaik dunia yang mesti dilawati oleh akhbar berpengaruh The New Times.

Daripada segi kebajikan rakyat, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan kepada rakyat tanpa mengira kaum termasuk pembinaan 6,111 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sehingga 2011 dengan kos lebih RM60 juta selain RM84 juta diagih kerajaan negeri untuk membantu golongan kurang bernasib baik di negeri itu pada tahun lepas.

Penganalisis Politik Prof Datuk Dr Ramlah Adam turut melahirkan rasa terkejut dengan keputusan PRU13 itu kerana Mohd Ali disifatkan seorang pemimpin yang kuat bekerja, komited dan tiada protokol dalam bertemu rakyat.

"Rakyat memilih bukan calon yang bekerja kuat tetapi mereka memilih sebaliknya...biasanya kita akan kalahkan calon sekiranya dia tidak bagus, tetapi bagi kes (Mohd Ali), ia berlainan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata Mohd Ali telah berjaya membangunkan Melaka khususnya kawasan Bukit Katil daripada sebuah kampung biasa ke arah yang lebih moden dan maju dengan segala kemudahan yang membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Beliau merpendapat pengundi-pengundi baharu terutama golongan muda yang kurang mengenali atau mengetahui pengorbanan ketua menteri itu merupakan antara faktor kekalahan itu.

"Perbezaan 5,447 undi adalah terlalu besar kerana Shamsul Iskandar adalah orang baharu yang tiada sumbangan dan tidak ramai mengenalinya jika dibandingkan dengan Mohd Ali," katanya.- Bernama

1 comment:

  1. pernah buat appoinment utk jumpa DAR.....beliau suruh tgu sampai dia tiba,jam 2 pagi beliau tiba setelah gerakerja sebagai presiden silat msia,kami dijemput masuk jln seiringan kekediaman rasminya,kami dipersilakan santai diruang tamunya sambil beliau kata 'izinkan saya lelapkan mata seketika.penat sgt ni....' dan DAR terlelap di sofa dgn pakaian x berganti, jam 3.30 am dia terjaga,solat, dan dtg jumpa kami semula,sambil menanti tu ,ada makanan,dan minuman disediakan, dan berbuallah kami sehingga subuh .... beliau minta diri utk solat dan kami pulang dgn kenangan yg x mgkin kami rasai dgn mana2 VVIP lain.antara isi perbualan kami DAR menyatakan wawasannya terhadap melaka tp dia x cukup pendekar yg sanggup menempuh onak dan gelombang..... air matanya bergenang

    ReplyDelete