Sunday 12 May 2013

Suara keramat batu kawan-tsunami cina dan kemanakah melayu?


Himpunan bantahan terhadap spr berlangsung malam tadi di stadium batu kawan.Rata-rata kita sudah tahu apa keputusan dan siapa menang atau kalah didalam pilihanraya baru-baru ini.Bantahan tidak dapat menerima kenyataan ini telah disambut baik oleh penyokong tegar anwar ibrahim.Dalam himpunan ini berlangsung secara aman dari mula hingga tamatnya himpunan ini.hanya apa yang SN tertanya apabila memerhatikan keadaan sekeliling iaitu kebanyakkan yang menghadiri himpunan ini rata-rata dari golongan cina,Kemanakah bangsa yang lain? Apakah kepercayaan bangsa melayu dan india kepada anwar ibrahim sudah hilang?.Dalam pemerhatian SN anggaran yg datangnya dari bangsa cina sebanyak 80% 15% melayu dan hanya 5% dari kaum india.Penyokong yg hadir kebanyakkan dari luar Pulau Pinang paling kagum adalah dari lembah pantai yg menghantar rombongan untuk menyokong himpunan ini.


Dalam himpunan ini berlaku insiden kecil ketika kutipan derma dilakukan,Didalam himpunan ini Pas telah melancarkan kutipan derma bagi parti mereka ini menyebabkan berlaku ketegangan kecil sesama mereka dan meminta derma yang telah dikutip oleh Pas menyerahkan kepada tabung Pakatan Rakyat bagi kegunaan bersama.Berbisik sesama sendiri dia antara kepimpinan tertinggi PR yang menganggarkan 3minggu dari sekarang himpunan BERSIH 4.0 bakal dianjurkan.Setelah selesai tour himpunan kemarahan rakyat ini pelbagai himpunan bakal dianjurkan oleh PR untuk mendesak supaya BN berundur.Dan peralihan kuasa bakal terjadi itu yg anwar ibrahim janjikan kepada mereka.


No comments:

Post a Comment