Friday 17 May 2013

STOP ANWAR-KARPAL SINGH



Baru-baru ini Karpal Singh telah membuat 1 laporan Polis tentang Anwar Ibrahim mahu menggulingkan kerajaan dengan kekerasan dengan mengajak penyokongnya turun ke jalanraya.Petikan dari Berita Harian

Kuala Lumpur: Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan. 

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. 
Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13). 

Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus. 

“Apa yang dinyatakan oleh beliau (Haris Ibrahim) adalah serius, ia bukan satu saluran yang sesuai untuk meluahkan rasa tidak puas hati. 

“Walaupun ada banyak persoalan yang timbul dalam PRU-13... pelbagai perkara terjadi, namun ada jalan sesuai boleh digunakan iaitu membawa perkara dalam pertikaian ke mahkamah,” katanya kepada BH. 

Sebuah portal berita, kelmarin, memetik Haris sebagai berkata mereka akan menggulingkan kerajaan dengan mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran yang dijadualkan seawal Jumaat atau Sabtu ini. 
Karpal berkata, demonstrasi jalanan secara tidak langsung akan mencetuskan kekecohan walaupun ia dianjurkan dengan aman. 

“Macam mana mahu jatuhkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan? DAP menentang sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan,” katanya. 

Terdahulu, Karpal Singh membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee di sini terhadap kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dalam satu forum ‘Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah’ dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini, Ahad lalu.

Sebelum ini Karpal Singh juga pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan menghentam Anwar Ibrahim seperti mengesahkan kejadian luar tabie Anwar adalah benar berlaku.Karpal Juga pernah memberi kenyataan berbaur nasihat kepada Anwar seperti ''Anwar mesti bertaubat'' dan sebagainya.Melihat kebelakangan itu Karpal Singh terus diam dengan tindak tanduk Anwar ibrahim kurang mengkritik Anwar.Kenapa?Mungkin Karpal Singh yakin dengan kebolehan Anwar Ibrahim untuk mengambil alih pemerintahan negara dan menjatuhkan Barisan Nasional didalam PRU13.

Mengikut sumber sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada kali ini Karpal dan sekutunya akan mula mendakwa Anwar diatas kesalahan lalu bagi tujuan menghumban Anwar dari memegang jawatan Perdana Menteri kerana Perdana Menteri tidak boleh mempunyai rekod jenayah,itu alasan Karpal kelak.Kali ini Karpal Singh sudah muak dengan kebolehan Anwar Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan sekarang lantas Karpal sudah mula menukar plan ''Play Safe'' kononnya beliau seorang neutral dalam hal politik negara.Selesai sudah Anwar Ibrahim di kambing hitam kan sudah tiba masanya Karpal Singh menunjukkan ''Broker kuasa'' yang ada padanya.Selepas kejatuhan teruk Anwar Ibrahim yang tidak henti-henti dihantam oleh ke 2 parti iaitu BN dan DAP selepas itu Anwar Ibrahim akan membuang baju ''melayu liberal'' dan mula menyarungkan baju ''kuasa melayu'' ini akan terjadi.

Karpal Singh juga telah merujuk kepada AKTA PERHIMPUNAN seperti dibawah ini untuk menghentikan Anwar Ibrahim terus mengila di jalanraya dan ia suatu pembaziran yang besar yang bakal di tanggung oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.



UNDANG-UNDANG DAN ANDA: 

Seksyen 9 - Pemberitahuan perhimpunan
(1) Seseorang hendaklah, sepuluh (10) hari sebelum tarikh perhimpunan, memberitahu Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi -
(a) suatu perhimpunan yang diadakan di suatu tempat perhimpunan yang ditetapkan; dan
(b) mana-aman perhimpunan lain yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(3) Jika perhimpunan itu ialah suatu perhimpunan keagamaan atau perarakan pengebumian, penganjur boleh memaklumkan Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan atau perarakan itu hendak diadakan; dan boleh, jika bantuan diperlukan untuk menyenggarakan kawalan trafik atau orang ramai, meminta bantuan sedemikian.

(4) Pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan secara pos berdaftar Akuan Terima atau kiriman cepat atau dengan serahan tangan.

(5) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM 10,000).

JADUAL KETIGA

[Perenggan 9(2)(b)]

PERHIMPUNAN YANG BAGINYA PEMBERITAHUAN TIDAK DIKEHENDAKI

Perhimpunan keagamaan
Perarakan pengebumian
Majlis perkahwinan
Rumah terbuka semasa perayaan
Pertemuan keluarga
Hari keluraga yang diadakan oleh majikan bagi manfaat pekerjanya dan keluarga mereka
Mesyuarat tahuan pertubuhan atau persatuan

No comments:

Post a Comment