Friday 31 May 2013

Biadap Bangsa ini


Biadap itulah yang boleh dikatakan apabila melihat bendera tanahair sendiri di terbalikkan.Bendera Malaysia ini sengaja dipasangkan untuk menunjukkan protes kemenangan BN pada PRU13 baru baru ini.Menurut saksi disitu bendera itu dinaikkan pada malam tadi oleh seorang yang berbangsa cina.Saksi hanya menyangka individu itu hanya menaikkan bendera seperti kebiasaanya namun disebaliknya apabila pagi tadi dan terkejut rupanya bendera itu dipasangkan terbalik.Individu yang bertanggungjawab berbangsa cina itu telah dikenal pasti beliau juga merupakan seorang peniaga di kompleks queensbay.Perbuatan ini harus dikeji dan juga merupakan seorang Pengkhianat Negara namun peliknya kerajaan kita tidak bertegas kepada mereka mereka ini dan hanya membiarkan saja seperti mana yang berlaku pada sebelum ini.



Tuesday 28 May 2013

PEDAS-Ustaz Azhar Idrus di Kritik Hebat Peminat


Ustaz Azhar idrus atau UAI telah di tunjai (tempelak) hebat oleh peminatnya sendiri.Inilah akibatnya apabila pandai cakap dan tidak pula pandai memberi contoh apa yang diucapkan.Kan dah kena.

Dimaklumkan isteri ke 3 beliau bernama Izyan berumur 27tahun berasal dari Johor dan menetap di keramat dan beliau juga merupakan anak saudara kepada Tuan Hj. Omar Bin Taha yang merupakan Ketua Parti PAS Cawangan Keramat Permai AU1.


Monday 27 May 2013

KE LAUT-Himpunan 505 blackout 'Pesta Rakyat'


Himpunan 505 blackout berlangsung semalam di Padang amcorp mall Petaling jaya berjaya menarik 40k penyokong tegar PR hadir dihimpunan tersebut.Lebih mesra dengan 'Pesta Rakyat' oleh chegubard menjadi salah seorang penganjur juga merupakan pengacara pada himpunan itu.Dikatakan lagi sebanyak 60 NGO terlibat dalam aktiviti himpunan itu.

Pada acara bermula pada pukul 5petang kehadiran sangat hambar mujur setelah pengumuman pemimpin-pemimpin tertinggi akan hadir pada sebelah malam penyokong mereka mula datang memberikan sokongan.Pesta itu berlangsung kira-kira 7jam dari 5petang hingga 12tengah malam.Pada waktu bermula dianggarkan hanya seramai 1000 yang datang untuk memberikan sokongan.Apabila 1 pengumuman lengkap yang dibuat oleh chegubard dengan menjanjikan kedatangan Adam adli untuk bersama didalam program tersebut orang ramai datang memberikan sokongan dan mahu mendengar pengalaman katanya Adam adli ini diseksa semasa tempoh penahanannya dilokap tempoh hari.Ternyata mereka dibohongi apabila dikatakan Adam adli tidak dapat hadir kerana ibunya sakit dan apabila dihubungi kenyataan chegubard itu Pembohong.


Pengumuman Rafizi akan bersama bagi menunjukkan bukti SPR menipu dengan menggunakan slideshow juga diantara pengumuman menarik yang bakal dihidangkan kepada yang hadir dan ini sangat menarik pada sebelah waktu malam himpunan itu.Dari semasa ke semasa penyokong mereka mula memenuhi setiap ruang padang di amcorp mall ini.Tetapi hingga ke akhir himpunan tiada sedikit pun bukti yang sahih dipertontonkan dengan jelas bukti penyelewengan yang di war war kan pada awal perhimpunan malah slideshow juga tiada.Hanya ejekan yang dihidangkan dengan menyatakan kewujudan penyelewengan SPR adalah alat Barisan Nasional.Undi Popular Adalah tajuk utama disini dengan menyatakan 51% menyebelahi PR dan hanya 47% mewakili Barisan Nasional.Sebelum ini tiada tentangan dari PR mengenai Sistem Undi Popular harus dilaksanakan.PR bersetuju dengan sistem yang diguna pakai sebelum ini iaitu 'Bilangan Kerusi' lebih relevan untuk mengurus sesebuah negara.Baru sekarang PR menyuarakan undi popular lebih layak diguna pakai oleh negara negara republik.Ini laungan baru sebelum ini sehari sebelum Pru13 tidak dilaungankan walau sehari sebelum.


Pada akhir ucapan oleh Anwar Ibrahim beliau mengumumkan 1 demotrasi jalanan akan dianjurkan di dataran merdeka dengan 1 syarat iaitu buat laporan Polis terhadap SPR mengenai dakwat kekal yang tidak kekal dakwa Anwar Ibrahim.Selepas program berakhir semua bersurai dengan aman dan kami sempat berbual dengan Amk,Samm dan beberapa blogger PR mengenai laporan polis yang bakal dibuat terhadap SPR itu berkenaan dakwat kekal.Persoalannya adakah semua orang yang mengundi pada 5mei itu mendapati dakwat yang dicalit itu tidak kekal atau luntur? Kebanyakkan mereka berpendapat tidak semua hanya segelintir tetapi mereka menyarankan agar setiap penyokong PR agar melakukan juga apa yang disarankan oleh Anwar Ibrahim dan Chegubard bagi memastikan himpunan seterusnya dapat diadakan.

Isu Politik terlalu banyak disini himpunan ini menyimpang jauh dari tujuan asal.Kesalahan yang didakwa tidak jelas dimata rakyat yang hadir.Dalam perhimpunan terlalu banyak kutipan derma pada sebelah malam sebanyak 2 kali dan pada sebelah siang derma tabung telah dibuat.Jumlah derma pun tidak jelas diistiharkan.Sebanyak 41k kutipan berjaya dibuat tetapi masih belum habis mengira kata chegubard.Hingga hari ini Jumlah keseluruhan kutipan semalam tidak dijelaskan keseluruhannya.





Ramai pengamal media sosial alternatif dari PR tidak bersetuju dengan himpunan malam ini dan mereka melabelkan himpunan ini tiada hala tuju dan propaganda semata.Segalanya tidak jelas.Hasut ke arah propaganda fitnah dan mengajar para penyokong membuat fitnah dengan mendesak rakyat supaya membuat laporan polis terhadap SPR.Ini komen salah seorang blogger Pakatan Rakyat dan komennya dibawah



Pada waktu berlangsungnya himpunan ini ramai yang mendapat pesanan ringkas dalam bahasa chinese yang tidak diketahui apa maksudnya.Ada sesiapa boleh translate?

FAKTA : CHEGUBARD MEMPUNYAI BAKAT SELAIN DARI MEMBUAT PROPAGANDA atau PROVOKASI MURAHAN IAITU MENJADI SEORANG DJ ATAU PENGACARA MAJLIS.DENGAN HARAPAN CHEGUBARD AKAN MENJADI DJ YANG BERJAYA KELAK.HIDUP DJ

Saturday 18 May 2013

Adam Adli hanya KAMBING HITAM-SELAMATKAN ADAM ADLI !!!


ADAM ADLI telah di berkas oleh sekumpulan Pihak Polis di bangsar sebentar tadi,Beliau telah ditahan dibawah akta hasutan (Seksyen 124).Adam Adli sempat menghebahkan penangkapannya di laman twitter Radio Bangsar Utama iaitu sebuah laman radio internet.


Bagi #SN tak perlulah Adam adli ini ditahan kerana anak muda yang bernama Adam Adli ini tidak langsung boleh mengugat keamanan negara tetapi itu dulu.Sekarang ia harus dilakukan,Kenapa sekarang?Bukanlah Adam adli ini dikenali sebagai anak muda yang berani? BENAR benar sekali ia berani TETAPI dengan bantuan Dadah.BENARKAH tuduhan ini atau sekadar fitnah murah? #SN MENGESAHKAH dan beri JAMINAN beliau adalah pengguna dadah tegar jenis GANJA.Sekiranya ujian air kencing dilakukan tiada keraguan untuk menunjukkan beliau adalah POSITIF dadah.


Salah seorang penyunting semangat si Adam adli ini adalah hishammudin rais yang lebih kita kenal dengan isham rais.Isham rais adalah melayu komunis dan liberal ini telah membuka jalan kepada anak anak muda yang bermasalah untuk memberontak serta membuat kacau.Beliau mendidik anak anak muda ini ke jalan menentang kerajaan agar huru hara serta kacau  bilau dari tidak terarah.Agak kelakar sebenarnya apabila Adam Adli mula mempromosikan "food not bomb" sejak kebelakangan ini.Sejak Adam adli sibuk mempromosikan "food not bomb" kami mula berfikir "kenapa akhir akhir ini dia sibuk mempromosikan produk tu?" Rupanya beliau (Adam adli) sudah bergurukan isham rais dan mula mengangkat isham sebagai idola.(Sejak mereka duduk serumah.)

Adam adli ini tidaklah sejahat yang kita nampak,apa yang kita nampak gelagat Adam adli sekarang bukanlah diri dia sebenar dia hanya dipergunakan oleh Roh jahat yang bernama "GANJA dan ISHAM RAIS".Apapun diucapkan tahniah kepada zahid hamidi kerana tegas menjalankan tugas.Tujuan sokongan kami diatas penangkapan Adam Adli ini adalah bukan menghukum tetapi pelajaran baru kepada pesalah yang memperjuangkan demokrasi bodoh ala hishammudin rais.Adam adli bukanlah pejuangan parti politik ia hanya mempunyai sifat mahu melawan atau membangkang.

DIBAWAH INI KENYATAAN PIHAK POLIS TERHADAP TAHANAN ADAM ADLI :


SERANG!!!-Angkatan TENTERA MAYA attack Boss Sendiri


Selepas mood Pilihanraya ke 13 sudah tamat siapa juara siapa kalah umum sudah ketahui.Ini bukan soal perjuangan mood Pru13 lagi ini soal tentera maya Pakatan Rakyat yang semakin hari bermain "Play safe" yang sudah mula menunjukkan pemberontakkan kepada parti yang pernah dibela sebelum ini.Seperti di kedah sekarang musim "kalih" sudah makin meluas oleh blogger dan facebooker dengan tanpa segan silu mengangkat dan juga mempersetujui apa saja perancangan atau keputusan yang dibawa dari kepimpinan Barisan Nasional.


Seperti gambar diatas ini salah 1 contoh facebooker dan blogger mereka yang melenting dengan 1 isu kecil yang ntah apa apa.Mereka mula mencari pasal.Mungkin sudah tidak dibayar atau peruntukkan sudah tidak ada untuk mereka.Sejak keputusan Pru13 telah berpihak kepada BN.Selepas ini tidak hairan isu "insaf" kerana menyangka PR adalah parti yang benar benar memperjuangkan nasib rakyat adalah tidak benar akan selalu dimainkan oleh mereka.Tidak hairan juga jika beribu testimoni dari mereka akan keluarkan melalui laman facebook/blog mereka tentang menyedarkan pembaca mereka terhadap "kita perlu menyokong kepimpinan Najib razak dan juga menolak kepimpinan yang dibawa oleh kepimpinan Pakatan Rakyat" testemoni ini boleh berlaku dari mereka.Jangan terkejut apabila laman mereka akan menghentam Anwar Ibrahim dengan bersungguh sungguh kerana dengan 1 niat "Aku cari makan"



Friday 17 May 2013

STOP ANWAR-KARPAL SINGH



Baru-baru ini Karpal Singh telah membuat 1 laporan Polis tentang Anwar Ibrahim mahu menggulingkan kerajaan dengan kekerasan dengan mengajak penyokongnya turun ke jalanraya.Petikan dari Berita Harian

Kuala Lumpur: Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan. 

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. 
Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13). 

Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus. 

“Apa yang dinyatakan oleh beliau (Haris Ibrahim) adalah serius, ia bukan satu saluran yang sesuai untuk meluahkan rasa tidak puas hati. 

“Walaupun ada banyak persoalan yang timbul dalam PRU-13... pelbagai perkara terjadi, namun ada jalan sesuai boleh digunakan iaitu membawa perkara dalam pertikaian ke mahkamah,” katanya kepada BH. 

Sebuah portal berita, kelmarin, memetik Haris sebagai berkata mereka akan menggulingkan kerajaan dengan mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran yang dijadualkan seawal Jumaat atau Sabtu ini. 
Karpal berkata, demonstrasi jalanan secara tidak langsung akan mencetuskan kekecohan walaupun ia dianjurkan dengan aman. 

“Macam mana mahu jatuhkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan? DAP menentang sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan,” katanya. 

Terdahulu, Karpal Singh membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee di sini terhadap kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dalam satu forum ‘Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah’ dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini, Ahad lalu.

Sebelum ini Karpal Singh juga pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan menghentam Anwar Ibrahim seperti mengesahkan kejadian luar tabie Anwar adalah benar berlaku.Karpal Juga pernah memberi kenyataan berbaur nasihat kepada Anwar seperti ''Anwar mesti bertaubat'' dan sebagainya.Melihat kebelakangan itu Karpal Singh terus diam dengan tindak tanduk Anwar ibrahim kurang mengkritik Anwar.Kenapa?Mungkin Karpal Singh yakin dengan kebolehan Anwar Ibrahim untuk mengambil alih pemerintahan negara dan menjatuhkan Barisan Nasional didalam PRU13.

Mengikut sumber sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada kali ini Karpal dan sekutunya akan mula mendakwa Anwar diatas kesalahan lalu bagi tujuan menghumban Anwar dari memegang jawatan Perdana Menteri kerana Perdana Menteri tidak boleh mempunyai rekod jenayah,itu alasan Karpal kelak.Kali ini Karpal Singh sudah muak dengan kebolehan Anwar Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan sekarang lantas Karpal sudah mula menukar plan ''Play Safe'' kononnya beliau seorang neutral dalam hal politik negara.Selesai sudah Anwar Ibrahim di kambing hitam kan sudah tiba masanya Karpal Singh menunjukkan ''Broker kuasa'' yang ada padanya.Selepas kejatuhan teruk Anwar Ibrahim yang tidak henti-henti dihantam oleh ke 2 parti iaitu BN dan DAP selepas itu Anwar Ibrahim akan membuang baju ''melayu liberal'' dan mula menyarungkan baju ''kuasa melayu'' ini akan terjadi.

Karpal Singh juga telah merujuk kepada AKTA PERHIMPUNAN seperti dibawah ini untuk menghentikan Anwar Ibrahim terus mengila di jalanraya dan ia suatu pembaziran yang besar yang bakal di tanggung oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.



UNDANG-UNDANG DAN ANDA: 

Seksyen 9 - Pemberitahuan perhimpunan
(1) Seseorang hendaklah, sepuluh (10) hari sebelum tarikh perhimpunan, memberitahu Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi -
(a) suatu perhimpunan yang diadakan di suatu tempat perhimpunan yang ditetapkan; dan
(b) mana-aman perhimpunan lain yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(3) Jika perhimpunan itu ialah suatu perhimpunan keagamaan atau perarakan pengebumian, penganjur boleh memaklumkan Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan atau perarakan itu hendak diadakan; dan boleh, jika bantuan diperlukan untuk menyenggarakan kawalan trafik atau orang ramai, meminta bantuan sedemikian.

(4) Pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan secara pos berdaftar Akuan Terima atau kiriman cepat atau dengan serahan tangan.

(5) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM 10,000).

JADUAL KETIGA

[Perenggan 9(2)(b)]

PERHIMPUNAN YANG BAGINYA PEMBERITAHUAN TIDAK DIKEHENDAKI

Perhimpunan keagamaan
Perarakan pengebumian
Majlis perkahwinan
Rumah terbuka semasa perayaan
Pertemuan keluarga
Hari keluraga yang diadakan oleh majikan bagi manfaat pekerjanya dan keluarga mereka
Mesyuarat tahuan pertubuhan atau persatuan

Wednesday 15 May 2013

ISU PERKAUMAN SEJAK 1969 BUKAN BUNYI BARU



Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

PERARAKAN KEMATIAN CINA


Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

REJIMEN RENJER


Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

PANGGUNG ODEON

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

PERSEPSI

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.
Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.

Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu cerita yang diputarbelitkan oleh pembangkang sahaja.


ANGKA KORBAN

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.[perlu rujukan]
[sunting]Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.


MAGERAN

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS

Monday 13 May 2013

Pengusung bendera Pas hitam putih sila baca-Kedah


catitan sanusi setpol mantan MB dan mantan PJ kedah sewaktu pru13 sehingga lepas pru 13...org pas sudah tidak ada aklaq bila sudah mabok kuasa...seolah2 mereka berkuasa dlm pas kedah...ketepikan nasihat PJ kedah waktu itu...
beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."


Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"?


Asfanizam abdullah

#Sn respect dengan Ustaz azizan ni itu sebab kisah ni perlu ada sebaran untuk totok pas tegar yang masih mengusung bend6era pas berwarna hitam.Apapum mari kita bersama doakan kesihatan yang baik kepada ustaz azizan ni.

Sunday 12 May 2013

Suara keramat batu kawan-tsunami cina dan kemanakah melayu?


Himpunan bantahan terhadap spr berlangsung malam tadi di stadium batu kawan.Rata-rata kita sudah tahu apa keputusan dan siapa menang atau kalah didalam pilihanraya baru-baru ini.Bantahan tidak dapat menerima kenyataan ini telah disambut baik oleh penyokong tegar anwar ibrahim.Dalam himpunan ini berlangsung secara aman dari mula hingga tamatnya himpunan ini.hanya apa yang SN tertanya apabila memerhatikan keadaan sekeliling iaitu kebanyakkan yang menghadiri himpunan ini rata-rata dari golongan cina,Kemanakah bangsa yang lain? Apakah kepercayaan bangsa melayu dan india kepada anwar ibrahim sudah hilang?.Dalam pemerhatian SN anggaran yg datangnya dari bangsa cina sebanyak 80% 15% melayu dan hanya 5% dari kaum india.Penyokong yg hadir kebanyakkan dari luar Pulau Pinang paling kagum adalah dari lembah pantai yg menghantar rombongan untuk menyokong himpunan ini.


Dalam himpunan ini berlaku insiden kecil ketika kutipan derma dilakukan,Didalam himpunan ini Pas telah melancarkan kutipan derma bagi parti mereka ini menyebabkan berlaku ketegangan kecil sesama mereka dan meminta derma yang telah dikutip oleh Pas menyerahkan kepada tabung Pakatan Rakyat bagi kegunaan bersama.Berbisik sesama sendiri dia antara kepimpinan tertinggi PR yang menganggarkan 3minggu dari sekarang himpunan BERSIH 4.0 bakal dianjurkan.Setelah selesai tour himpunan kemarahan rakyat ini pelbagai himpunan bakal dianjurkan oleh PR untuk mendesak supaya BN berundur.Dan peralihan kuasa bakal terjadi itu yg anwar ibrahim janjikan kepada mereka.


Friday 10 May 2013

Cybertrooper detect!!! Menyamar Penyokong BN


Lagi Cybertrooper upahan PR dikesan.Untuk makluman Laman Facebook ini adalah Palsu dan bukanlah seperti gambar si pemilik laman Fb itu.Menyamar seperti penyokong kepada BN kemudian membuat provokasi berbaur perkauman,menghina agama dan sebagainya.Sebagai Peringatan jangan sesekali terpengaruh atau percaya kerana ia kerja Cybertrooper yang di upah oleh PR 



Contoh :

Ini Hasil kerja Cybertrooper DAP yang menyamar dan menggunakan NAMA/GAMBAR Bangsa melayu bagi membuat kerja provokasi dan kekacauan.Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada BN.


Thursday 9 May 2013

VIDEO-MAKCIK ''SAYA SOKONG DAP SEBAB.....''



''Kenapa Melayu sokong Dap?'' Itu topik hangat yang #SN bincangkan bersama rakan Melayu DAP malam tadi.Pelbagai jawapan dijelaskan kepada #SN malah Video diatas juga telah ditunjukkan didalam Handphone beliau.Dalam Hati terfikir ''Siapa Makcik ni''? Adakah benar mesej yang disampaikan oleh rakan #SN dan Makcik ini? Gambar dibawah boleh mengambarkan makcik ini hanya Agen DAP untuk berbohong kepada bangsa melayu.Bertudung litup sehingga menutup dagu adalah sekadar pembawa mesej yang dia adalah realiti makcik Melayu.Namanya Fawzia Ariff. Fawzia ini adalah anak kepada Allahyarham Munshi Ariff yang dikatakan terlibat di dalam kes Bank Bumiputera Malaysia Berhad suatu ketika dulu. Nama ibunya Dato Zubaidah Ariff.Dibawah disertakan juga gambar-gambar Siapakah Makcik Agen Dap ini sebenar.#SN harap makcik ini insaf dari menipu.Sekiranya merasakan Dap betul teruskan tetapi hentikan penipuan kepada bangsa yang mudah kena tipu ini iaitu ''Melayu''.

                                              Gambar kempen bersama nurul izzah di bangsar
SAMA?
                            
                                                                           SAMA?

                                                             ''SELAMAT TERTIPU''

Wednesday 8 May 2013

Tok Ali kecewa Rakyat lebih Kecewa




Bukit Katil: Jasa, bakti tidak jamin kemenangan.

MELAKA - Kekalahan Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Bukit Katil pada pilihan raya Ahad lepas menghasilkan satu kesimpulan yang mengejutkan bahawa jasa dan bakti serta kerja keras yang dicurah selama ini tidak semestinya menjamin kemenangan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendapat 46,167 undi di Parlimen Bukit Katil.

Seperti banyak penganalisis politik, Mohd Ali sendiri sukar memahami keputusan pengundian yang tidak berpihak kepadanya walaupun beliau telah 13 tahun berbakti di Melaka.

"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat," katanya selepas menerima keputusan itu.

Pada PRU13, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di kawasan Parlimen itu iaitu Ayer Keroh dan Bachang dimenangi DAP manakala Bukit Baru jatuh ke tangan Pas. Hanya Dun Ayer Molek dimenangi BN.

Mohd Ali yang merupakan anak jati Bukit Katil itu sememangnya terkenal sebagai seorang kuat bekerja malah ada menggelarnya 'workaholic' kerana tugasnya yang bermula seawal pagi hingga awal pagi keesokannya.

Sejak memegang jawatan Ketua Menteri pada 2 Dis 1999, Mohd Ali telah merangka serta merancang pembangunan negeri khususnya dalam sektor pelancongan melalui Pelan Induk Pelancongan Negeri Melaka yang berjaya mempelbagaikan produk pelancongan di negeri itu.

Projek pengindahan dan pembersihan Sungai Melaka merupakan contoh kejayaan pelan itu apabila lebih satu juta orang mengunjungi sungai berkenaan pada 2012.

Malah, Melaka yang diiktiraf sebagai negeri maju pada 2010 turut dinobat sebagai antara destinasi pelancongan terbaik dunia yang mesti dilawati oleh akhbar berpengaruh The New Times.

Daripada segi kebajikan rakyat, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan kepada rakyat tanpa mengira kaum termasuk pembinaan 6,111 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sehingga 2011 dengan kos lebih RM60 juta selain RM84 juta diagih kerajaan negeri untuk membantu golongan kurang bernasib baik di negeri itu pada tahun lepas.

Penganalisis Politik Prof Datuk Dr Ramlah Adam turut melahirkan rasa terkejut dengan keputusan PRU13 itu kerana Mohd Ali disifatkan seorang pemimpin yang kuat bekerja, komited dan tiada protokol dalam bertemu rakyat.

"Rakyat memilih bukan calon yang bekerja kuat tetapi mereka memilih sebaliknya...biasanya kita akan kalahkan calon sekiranya dia tidak bagus, tetapi bagi kes (Mohd Ali), ia berlainan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata Mohd Ali telah berjaya membangunkan Melaka khususnya kawasan Bukit Katil daripada sebuah kampung biasa ke arah yang lebih moden dan maju dengan segala kemudahan yang membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Beliau merpendapat pengundi-pengundi baharu terutama golongan muda yang kurang mengenali atau mengetahui pengorbanan ketua menteri itu merupakan antara faktor kekalahan itu.

"Perbezaan 5,447 undi adalah terlalu besar kerana Shamsul Iskandar adalah orang baharu yang tiada sumbangan dan tidak ramai mengenalinya jika dibandingkan dengan Mohd Ali," katanya.- Bernama

IC DIBERI PURA-PURA GARI-PR KANTOI



ADAKAH KITA MASIH BELUM CELIK MATA LAGI DGN PERMAINAN POLITIK PAKATAN INI? SEDARLAH, SIAPA YG SEBENARNYA AKAN BERKUASA SEKIRANYA PAKATAN MEMERINTAH.. YAA.. PASTINYA BERITA INI AKAN DILABEL SBG 'FITNAH'. DI AKHIR ZAMAN INI, KEBENARAN BOLEH DIJUAL BELI, SESUAI DGN PESANAN RASULULLAH KEPADA KITA, UMAT AKHIR ZAMAN. INILAH TANDA2 KITA BERADA DI PENGHUJUNG MASA.

RAHSIA BOCOR: PENGUNDI HANTU BANGLA MYNMAR INDON DISEDIAKAN OLEH PKR SENDIRI. SEBARKAN !!

PKR UPAH BANGLA INI KEMUDIAN DIA JUGA PURA-PURA TANGKAP BANGLA INI SEMULA, KEMUDIAN TUDUH BN,

Sana-sini media trooper Pakatan terutama PKR memomokkan kononnya BN memberikan IC palsu untuk mengundi hari ini. Pihak kami berjaya mengesan modus operandi PKR di Kota Kemuning Shah Alam dan Pantai Dalam sebentar tadi.

PKR UPAH BANGLA INI DAN BERI IC PALSU KEMUDIAN HANTAR KE PUSAT MENGUNDI KEMUDIAN PURA-PURA TANGKAP
Rupa-rupanya Anwar telah mengarahkan jentera PKR supaya mencari seramai mungkin orang-orang Bangla, Mynmar dan Indonesia yang baru sampai di Malaysia. Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya telah mencetak beribu-ribu Kad Pengenalan Palsu dan menyerahkan kepada mereka dan wang sejumlah RM500 seorang.

Mereka yang diupah PKR akan pergi ke Pusat-Pusat Daerah Mengundi hari ini, berbaris dan kemudian orang-orang PKR tadi pura-pura menangkap mereka kononnya mereka berjaya menangkap pengundi hantu. Padahal mereka yang sediakan pelakon-pelakon pengundi hantu itu. Rakyat Malaysia ditipu dan tertipu!

PROPAGANDA JAHAT= DIA UPAH BANGLA, DIA KASI IC PALSU, DIA BAWA KE PDM, KEMUDIAN DEPAN ORANG RAMAI DIA PURA-PURA TANGKAP

Puak pembangkang ini ingat Rakyat Malaysia bodohkah nak percaya modus operandi mereka. Bangla-bangla ini yang baru sampai 2-3 hari atau 2-3 minggu lalu, bagaimana mereka hendak mengundi jika nama tiada dalam pendaftaran? Propaganda Anwar dan Pakatan ini betul-betul Third Class punya propaganda!

Mereka semua desperate dan tak dapat menerima hakikat bakal kalah besar, maka Anwar mengarahkan cipta propaganda murahan ini.

SPR kena alert di PDM kerana PKR sedang menghantar Bangla, Mynmar dan Indon dengan memberikan IC Palsu dan wang RM500. Mereka akan salahkan SPR!

*** Bangla-Bangla, Mynmar dan Indon yang terpedaya dengan tipu helah PKR kini berada di Balai Polis Briecfield, Ibu Pejabat Polis Shah Alam dan dua orang di Ibu Pejabat Polis, Putrajaya.

*** Pihak SPR telah dimaklumkan hal ini dan Press Conference akan diadakan tidak lama lagi.