Saturday 6 April 2013

Panas Manifesto BN bakal sapu Manifesto Pakatan


Malam ini sudah pasti menjadi tumpuan rakyat jelata seantero Malaysia. Sebab Apa #PBR cakap sebegitu. Ini kerana seluruh rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. Malam ini malam untuk rakyat semua......

Jam 8 malam ini bertempat di Stadium tertutup Bukit Jalil Barisan Nasional akan mengumumkan MANIFESTO "Janji Ditepati" khas buat seluruh rakyat Malaysia. Pengumuman yang akan memberikan banyak manfaat dan faedah buat rakyat Malaysia dan yang paling penting adalah "Janji DItepati" yang Barisan Nasional tunaikan.

Pembangkang menjanjikan bermacam macam pekara pada PRU 13 ini, mereka memang pandai berjanji tetapi untuk melaksanakan janji tersebut pastinya tidak akan berlaku. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negeri Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang yang berada dibawah pentadbiran mereka selama sepenggal ini. Janji yang ditabur 2008 sampai ke hari ini tidak ditunaikan.

Apa sekalipun #PBR harapkan malam ini kita akan dapat sama sama mendengar apa yang akan di JANJIKAN oleh YAB Perdana Menteri Malaysia khas buat seluruh rakyat Malaysia.

Kepada yang tidak dapat hari ke Stadium Tertutup Bukit Jalil malam ini diharapkan dapat mengikutinya melalui RTM 1 yang akan membawa secara langsung ucapan YAB Perdana Menteri malam ini.

Manifesto terbaik untuk rakyat Malaysia dari Kerajaan Barisan Nasional

No comments:

Post a Comment