networkedblogs

Wednesday, 24 April 2013

Nibong Tebal di serang pengganas

Ceramah Perdana anjuran Barisan Nasional 23 April 2013 di cemari dengan niat jahat pihak tidak bertanggungjawab.

Ketika Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap semua yang hadir dikejutkan dengan satu letupan yang dipercayai bom.Bunyi yang kuat itu menggemparkan semua orang namum sikap profesional dan semangat yang kental,semua yang hadir tidak berganjak.

Ianya masih dalam siasatan pihak polis,dan polis juga telah mengesahkan yang letupan itu adalah bom.Hal ini terjadi dipercayai untuk mensabotaj pihak penganjur dan Barisan Nasional.

Seorang pengawal peribadi Dato Zainal Abidin yang juga calon Parlimen Nibong Tebal telah tercedera dan segera dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap.Keadaannya stabil setelah mendapat rawatan.

Sisa bom sedang diusahakan untuk dikeluarkan oleh pihak polis.

Dato Zainal yang mengulas mengenai perkara ini menyerahkan semua kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan.

Ini menunjukkan sikap terdesak pihak berkenaan untuk mensabotaj Barisan Nasional.











No comments:

Post a Comment