Saturday 6 April 2013

Kelantan Untung jika pilih BN-Manifesto BN


Pembangkang hari ini mengumumkan 14 tawaran dalam Cabang Kesejahteraan Rakyat yang juga merupakan sebahagian dari Manifesto Rakyat yang bakal digunakan mereka untuk menipu rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Tipulah sebab banyak sangat dia punya pusing, nak umum Manifesto, umum manifesto sajalah, apa yang nak bercabang-cabang semua? Bukan kita cerita nak tanam pokok, tapi janji kepada rakyat, manifesto!!

Betul biol punya Pakatan. Itupun ada orang percaya, pelik.

Lagipun dalam sejarah dunia pun, inilah kali pertama Manifesto diumumkan mengikut cabang. Mana punya contoh Anwar ceduk pun penulis tak tahulah, Israel ke?

 

Sebab itu jangan hairan kenapa dalam 14 tawaran ini, majoriti besar daripadanya sudah di dengar lama sebelum ia diumumkan di hadapan tak sampai 1,000 orang di Pusat Konvensyen Shah Alam yang boleh memuat lebih 5,000 orang.

Antaranya, minyak murah tol percuma, pendidikan percuma, perubatan percuma, nak buat rumah mampu milik, hapus PTPTN, hapus AES dan sebagainya yang orang dah tau. Semuanya yang hanya berbunyi popular dan cepat glamer. Boleh tak boleh buat belakang kira, sebab itu dinamakan ‘tawaran’, bukan janji!!

Kalau dah Manifesto bukan janji, apa yang boleh jamin perkara tersebut akan dilaksanakan? Itu akal nak kelentonglah tu, nanti rakyat saman, boleh pusing, "Bila yang kami janji? Kami hanya menawarkan".

Satu perkara lagi, kenapa Pakatan harami ini memilih untuk mengulang benda sama yang dah diketahui orang pun penulis tidak tahu. Bukan semua 14 perkara ini dah lama sebut ke? Gebang gebung nak dedah semua (rujuk kenyataan Rafizi), tapi rupanya dedah satu, itupun cerita lama jugak.

Kita dah lama dedah kenapa setiap satu dari 14 tawaran yang diumumkan hari ini mustahil nak dilaksanakan. So, kerja senang, tak payah nak ulas satu persatu dari 14 tawaran ni, buang masa.

Mungkin pembangkang taknak dedah semua, takut BN ambil dan laksanakan terus. Eh, elok kan macam itu, at least kita buat, bukan setakat bercakap. Lagipun apa nak takut BN ceduk pulak, awak, awak punya hal, BN, BN punya hal.

Lagipun janganlah pembangkang serius sangat, macamlah rakyat nak percaya tawaran-tawaran kosong tu. Pakatan Rakyat yang buat tawaran itu bukan ada kredebiliti pun, tak didaftarkan, siapa nak percaya dengan ‘tawaran’ mereka? Manifesto 2008 pun banyak tak laksana lagi.

Kecuali satu (air percuma), itupun tak menyeluruh (tak semua dapat).

Apa pun, rakyat janganlah memperjudikan nasib negara ini ditangan puak-puak yang pandai main tawar-tawar ni ya. Judi tu sendiri benda tak elok, tuhan marah. Lebih baik memilih kerajaan yang sudah tentu akan melaksanakan semua janji-janjinya. Bukti pun dah banyak, siapa pandai buat janji, dan siapa pula yang hanya pandai tawar janji

No comments:

Post a Comment