Monday 15 April 2013

CHEGUBARD PEMBOHONG @dzainalabidin



Dalam pelbagai usaha CheguBard atau Badrul hisham memperjelaskan isu perebutan kerusi di Sungai Acheh diantara PKR dan PAS bukanlah sesuatu isu yang dianggap biasa.Pelbagai cara menerangkan termasuk di laman Blog beliau sendiri.CheguBard sebelum ini menyatakan dalam tulisannya ''CHEGUBARD memberikan jaminan pasti tidak akan berlaku pertembungan 3 penjuru melibatkan sesama Pakatan Rakyat''.Ternyata kenyataan itu BOHONG semata.


PAS di sungai acheh telah merasa lega apabila kata sepakat dari PR telah tercapai apabila kerusi dun Sg Acheh telah diserahkan pada mereka semula dari pinjaman PKR sebelum ini.Pada 13hb april baru-baru ini Parti PAS telah mula melancarkan kempen mempromosikan calon mereka iaitu Ustaz Yusni bagi mewakili N21 Sg Acheh.Pelbagai kempen telah pun dijalankan sama ada disekitar Sg.Acheh,laman facebook,SMS dan sebagainya.

Perebutan kerusi Sungai Acheh antara dua parti pembangkang berkenaan terserlah apabila Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman mengumumkan pencalonan Chegubard sementara Pesuruhjaya Pas iaitu Datuk Mohd. Salleh Man pula mengumumkan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Yusni Md. Piah sebagai calon Pas di kawasan sama.


Berbalik kepada Kenapa kami berkata CheguBard PEMBOHONG? Kerana CheguBard sudah memulakan kempen untuk beliau sendiri pada pagi semalam di Sg Acheh.Jentera PKR yang diketuai CheguBard telah berkempen disekitar Sg Acheh sibuk mempromosikan dan merayu undi kepada penduduk disekitar sini.Setiap ucapan CheguBard berbunyi begini ''Tolong undi saya dan saya calon N21 Sg Acheh mewakili PKR''.Tidak cukup dengan itu Pembesar suara juga digunakan bagi mempromosikan  CheguBard ''Kami merayu undi bagi calon N21 Chegubard Undilah PKR inikalilah''


Inikah Dipanggil Jaminan oleh CheguBard supaya tidak berlakunya perang 3 Penjuru oleh PR?Adakah kita boleh mempercayai kata CheguBard iaitu ''Percaya dan yakinlah PR ialah gabungan kukuh yang lahir dari keputusan gelombang rakyat 2008.''? Adakah benar kata CHEGUBARD ini? Mereka berbalah dan inilah JAMINAN CHEGUBARD TIDAK AKAN BERLAKUNYA 3 PENJURU #LAINKALILAH!!

Lagi kupasan klik sini

No comments:

Post a Comment