networkedblogs

Wednesday, 10 April 2013

Anwar Papa Kedana dan Wasatiyyah



Bapa Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan seorang rakyat biasa yang bukannya terdiri daripada susur galur bangsawan mahupun orang orang kaya. Bapa Anwar juga bukanlah seorang saudagar intan berlian mahupun permata apatahlagi seorang ahli perniagaan Koporat mahupun keparat.

Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan yang dikutip oleh Tun Dr Mahthir daripada ABIM telah membuatkan Anwar Ibrahim menjadi KAYA dalam sekelip mata. Bukan sahaja Anwar Ibrahi menjadi mewah malah bapanya Ibrahim sendiri secara tiba tiba mempunyai aset yang berbilion bilion apabila Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Keewangan.

Dibawah ini adalah senarai aset milik Datuk Ibrahim Abdul Rahman bapa kepada Anwar Al Juburi.

Datuk Ibrahim Abdul Rahman, mempunyai kepentingan perniagaan yang besar mewakili Anawar dengan menjadi lembaga Pengarah lebih daripada 50 syarikat dan pemegang saham hampir 20 syarikat. Beliau terus menjadi atau telah pada lembaga syarikat awam tersenarai sewaktu Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri seperti:

Pengkalen Holdings Bhd,
Pengkalen Capital Bhd,
OI Corporation Bhd,
Pan Malaysia Industries Bhd,
Nissan Industrial Oxygen Bhd
Zaitun Bhd
Boral Concrete (Malaysia) Sdn. Bhd;
Holdings Sdn Ibrus. Bhd;
MS Pembinaan dan Kejuruteraan (M) Sdn. Bhd;
PPH Pembangunan (M) Sdn. Bhd;
Metromix Sdn. Bhd
Syarikat Bumiputra Sdn. Bhd.
PPH Development (M) Sdn. Bhd.
PPH Resorts Negara (Port Dickson) Sdn. Bhd.
Dan PPH Resorts (Penang) Sdn. Bhd.

Dibawah ini pula merupakan senarai Syarikat syarikat yang mana Bapa Anwar Ibrahim merupakan pemegang saham yang besar dalam sesebuah syraikat:

Nissan Oksigen Perindustrian Diperbadankan Berhad (3032500 saham);
Par Con Corporation (900,000 saham);
Perumahan Muhibah Sdn. Bhd (510,000 saham);
Sri Kibar Sdn. Bhd. (285,000 saham);
Westaflex Sdn. Bhd (200,000 saham)
Seribudi Services (M) Sdn. Bhd. (200,000 saham).

2)Dari mana pula aset Kekayaan adik beradiknya Farizan, Rani dan Marzuki? Dari langit kah?

Adik beradik Anwar Ibrahim juga merupakan rakyat biasa yang bukannya belajar tinggi mahupun jenis yang kaya Raya. Namun apabila abang beliau menjadi Menteri Keewangan adik beradik Anwar ini berubah menjadi golongan kaya yang melampau lampau.

Adiknya Rani sebagai pengarah Azam intensif Sdn. Bhd, Manakala Marzuki dinyatakan sebagai pengarah lapan syarikat. :

Teraju Dinamik Sdn. Bhd;
Knight H & D Sdn. Bhd;
Ganjaran Jaya (M) Sdn. Bhd;
Rodatra Sdn. Bhd;
Sanjungan Niaga Sdn. Bhd;
CSPM Resources Sdn. Bhd;
Wrand Tank Industries (M) Sdn. Bhd;
Lityan Holdings Bhd dan Bumijet Industries Sdn. Bhd.

Ini adalah senarai senarai aset aset yang dimiliki oleh Bapa dan adik beradik Anwar Bin Ibrahim. Aset aset yang mempunyai nilai berbillion billion ringgit yang mana ianya berlaku apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Keewangan pada waktu lalu.

Apakah Anwar Ibrahim BERSIH? Jika beliau bersih mengapa tidak menyatakan kepada rakyat Malaysia darimana kekayaan yang ada membuatkan keluarga beliau mampu memiliki aset yang berbillion billion ini dalam sekelip mata?

Apakah Anwar dan Keluarga nya MENABUNG SEJAK KECIL sehingga mampu memiliki memiliki aset yang berbilion billion ini?

No comments:

Post a Comment