networkedblogs

Wednesday, 24 April 2013

Nibong Tebal di serang pengganas

Ceramah Perdana anjuran Barisan Nasional 23 April 2013 di cemari dengan niat jahat pihak tidak bertanggungjawab.

Ketika Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap semua yang hadir dikejutkan dengan satu letupan yang dipercayai bom.Bunyi yang kuat itu menggemparkan semua orang namum sikap profesional dan semangat yang kental,semua yang hadir tidak berganjak.

Ianya masih dalam siasatan pihak polis,dan polis juga telah mengesahkan yang letupan itu adalah bom.Hal ini terjadi dipercayai untuk mensabotaj pihak penganjur dan Barisan Nasional.

Seorang pengawal peribadi Dato Zainal Abidin yang juga calon Parlimen Nibong Tebal telah tercedera dan segera dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap.Keadaannya stabil setelah mendapat rawatan.

Sisa bom sedang diusahakan untuk dikeluarkan oleh pihak polis.

Dato Zainal yang mengulas mengenai perkara ini menyerahkan semua kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan.

Ini menunjukkan sikap terdesak pihak berkenaan untuk mensabotaj Barisan Nasional.











Sunday, 21 April 2013

Unit Amal PAS SAMSENG-CHEGUBARD


Insiden yang berlaku semasa penamaan calon semalam amat mendukacitakan dalam Pakatan Rakyat.Penjelasan Chegubard agak mengelirukan apabila sebelum ini JAMINAN dari beliau tidak akan berlaku 3penjuru.Chegubard lagi mendakwa unit amal Pas cuba memukul beliau semalam semasa beliau hadir ke Penamaan calon semalam.Dakwaan itu dikatakan fitnah jahat oleh Chegubard kepada penyokong PAS yang cuba mahu menjatuhkan PAS di Sg Acheh. Kerusi Dun Sungai Acheh Calon Barisan Nasional Datuk Mahmud Zakaria calon pilihan.Ini menampakkan perpecahann dan bukan kepelbagaian yg di war-warkan mereka (PR) diantara kerjasama PAS,PKR dan DAP.Bagaimanakah kerjasama mereka pada masa akan datang? Baru sahaja Penamaan Calon sudah pun berlaku perpecahan dan tiada persefahaman.Apakah Jaminan PR mereka adalah rakan kongsi yang paling serasi bg menerajui Malaysia?

VIDEO-PENGUMUMAN CALON NIBONG TEBAL



Friday, 19 April 2013

PANAS DAP DIHARAMKAN!!!



DAP tidak dibenarkan menggunakan Logo Roket akibat Kongres yang lalu tidak sah akibat keputusan tergantung akibat salah pengiraan seperti yang kita maklum "Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini dalam jawapannya melalui SMS.ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.
Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.DAP tidak boleh menggunakan LOGO mereka pada PRU13 ini tetapi DAP masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung jawatankuasa pusat parti itu.Ini telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

DAP akan menggunakan logo bulan atau lambang parti PAS ini dipersetujui oleh Haji Hadi Awang sendiri.Sedikit demi sedikit PAS sudah menunjukkan taring Hipokrit mereka.Sebelum ini kita sedia maklum PAS meletakkan calon bukan Islam di Terengganu dan sekarang JELAS.Nampaknya ROKET sudah ke BULAN .Belum pilihanraya DAP sudah sampai ke bulan tanpa menggunakan ROKET.


Fatwa yang dikeluarkan oleh PAS

DAHULU...

“Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpaan kerjasama UMNO dan MCA”.

Dan….

“UMNO Kafir kerana bekerjasama dengan MCA yang nyata kafir”

HARI INI...

"Gabungan PAS dan DAP dibolehkan dalam Perjuangan Islam bagi menegakkan Negara Berkebajikan

FIKIR-FIKIRKAN.......







Tuesday, 16 April 2013

KERAHAN DAP/PAP-44 SENARAI SYARIKAT SINGAPORE BANTU PAKATAN


Lihat dibawah senarai syarikat di Singapura yang membantu Rakyat Malaysia untuk balik mengundi.Mereka diberikan kemudahan seperti Tiket,Wang dan Cuti bagi melaksanakan tugas yang dikerahkan bagi DAP untuk membantu Anwar Ibrahim.Senarai syarikat dibawah telah diserah oleh DAP kepada Anwar untuk RUJUKAN bagi memperolehi Kepentingan Pada Masa Hadapan.


1) AUTOMOBILE IMPORTER & EXPORTER ASSOCIATION (SINGAPORE)

2) 988 INTERNET BROADCASTING PTE LTD AVOCENT ASIA PACIFIC PTE LTD

3) BIZ CONSULT BOLD ENTERPRISE PTE LTD

4) CG ALLIANCE DART HOLDINGS PTE LTD

5) EILUMINA RESOURCES PTE LTD

6) ENERCON SYSTEMS INTERNATIONAL, LLC HEATEC JIETONG PTE LTD

7) J. HANG INVESTMENT PTE LTD

8) KORDAMENTHA FORENSIC PTE LTD

9) MAZ ENERGY PTE LTD

10) MICROLOGIC SOLUTIONS LLP

11) PRICE CUT PTE LTD

12) S P SETIA INTERNATIONAL (S) PTE LTD

13) SOLAR SHIPPING SINGAPORE PTE LTD

14) TEIAN CONSULTING INTERNATIONAL PTE LTD

15) TMF SINGAPORE H PTE LTD

16) WARTSILA SINGAPORE PTE LTD YANMAR ASIA (SINGAPORE) CORPORATION PTE 

17) LTDSINGAPORE CANVAS, CHAIRS & TABLES HIRE SERVICE ASSOCIATION

18) BBQ BOX PTE LTDBONVO TRAVEL (SINGAPORE) PTE LTD C S PARTNERS PTE LTD

19) CAPITAL GROWTH PTE LTD

20) CHUN CHENG FISHERY ENTERPRISE PTE LTD

21) DISENO ADVERTISING PTE LTD

22) DRILLING FLUIDS AUSTRALIA (SINGAPORE) PTE LTD

23) ENLIGHTEN FURNITURE DECORATION CO PTE LTD

24) FAR EAST GROUP LIMITED

25) GIANA TRADE

26) GOOGLE ASIA PACIFIC PTE LTD

27) HY BUILDING & MAINTENANCE SERVICES PTE LTD

28) JAY-TECH MARINE & PROJECTS PTE LTD

29) JONES LANG LASALLE RESIDENTIAL PTE LTD

30) KENG HUP HIN CO (PTE) LTD

31) KEYSER TECHNOLOGIES PTE LTD

32) KOONG YEE RENOVATION WORKS PTE LTD

33) LIFE IN SINGAPORE PTE LTD

34) LIFESKILLS ENRICHMENT PTE LTD

35) LTS ENGINEERING & MARINE SERVICES PTE LTD

36) MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD

37) MESO RESOURCES INTERNATIONAL PTE LTD

38) ONESTOP CREATIVE ASSOCIATE PTE LTD

39) SENBA FOODS (SINGAPORE) PTE LTD

40) SKYTIME HUPKEE FOODSTUFF PTE LTD

41) SOLIDHEAT INDUSTRIES PTE LTD

42) SQUIREGROUP PTE LTD

43) UNIQULUS FURNISHING DESIGN PTE LTD

44) YUDO WANCO PTE LTD

PERANG SUDAH MULA AYUH TAMATKAN MEREKA DENGAN KEJAYAAN BERGAYA



Kereta Kebal "Adnan And The Gang" berarak di Kampung Jalan Sungai Kechil di sini sebagai menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut Pengerusi Kelab 1Malaysia Jalan Sungai Kechil, Mohd Adnan Hassan, kereta kebal tersebut direka sebagai menghormati para wira-wira negara kita.

Difahamkan juga,Calon bagi kerusi dikawasan itu akan berarak menaiki THE TANKER semasa hari mengundi.

Monday, 15 April 2013

Digital Forensik Mengesahkan Video Mirip MUSTAFA ALI adalah PALSU


Pakar forensik video besi telah mengesahkan bahawa video itu palsu dan menggunakan teknologi yang tinggi seperti teknologi yang digunakan bagi menghasilkan Filem seperti Transformer.Mujurlah didalam Pas atau PR ramai mempunyai kemahiran setanding Digital Forensik atau lebih dikenali sebagai Digital Investigasi.Mereka mengesahkan 100% video itu adalah FITNAH walaupun individu yang difitnah langsung tidak mampu menafikan.Fitnah itu dapat terjawab dengan pantas oleh mereka iaitu blogger berbayar oleh PR.Tidak hairan itu tugas mereka untuk menangkis sebarang Tomahan dari rakyat walau jelas perkara itu sudah berlaku.

Contoh lagi :

Lihat ada perbezaan bukan? Seterusnya kita lihat printscreen Fitnah tersebuat lagi :



KANTOI LAGI TRANSPARENT HINGGA MENAMPAKKAN MEJA!!!!

Seterusnya Teknologi yang diguna pakai oleh musuh Mustafa Ali adalah berkuasa sangat tinggi disini kami ingin memberi gambaran jelas bagaimana ulasan Digital Forensik PR adalah benar atau tidak.

KLIK:Teknologi KUASA TINGGI

TERBARU-AMANAT HAJI HADI DIKELUARKAN



Amanat Baru Haji Hadi:

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita backing Haji Stopa kita, bukan kerana dia Setia Usaha Agong PAS. Kita backing Haji Stopa kita bukan kerana kita malu kantoi Isle kesana Isle kemari aurat kehulu aurat kehilir tapi bila nak Inzal cakap omputih. Kita backing dia ialah kerana dia sakit lutut, sembahyang pon atas kerusi, buat style missionary pon tak sampai 2 menit dan lepas tu terpaksa tukar cowgirl style, maklom lah sakit lutut.. Oleh kerana Haji Stopa sakit lutulah lah kita backing dia. Oleh kerana itulah kita salahkan UMNO. Oleh sebab Haji Stopa sakit lututlah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Spender Haji Stopa kita adalah unik, sizenya adalah besar, spender Haji Stopa adalah one of a kind. Bergantunglah kita kepada spender Haji Stopa dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir jika tak percaya Haji Stopa sakit lutut'.




CHEGUBARD PEMBOHONG @dzainalabidin



Dalam pelbagai usaha CheguBard atau Badrul hisham memperjelaskan isu perebutan kerusi di Sungai Acheh diantara PKR dan PAS bukanlah sesuatu isu yang dianggap biasa.Pelbagai cara menerangkan termasuk di laman Blog beliau sendiri.CheguBard sebelum ini menyatakan dalam tulisannya ''CHEGUBARD memberikan jaminan pasti tidak akan berlaku pertembungan 3 penjuru melibatkan sesama Pakatan Rakyat''.Ternyata kenyataan itu BOHONG semata.


PAS di sungai acheh telah merasa lega apabila kata sepakat dari PR telah tercapai apabila kerusi dun Sg Acheh telah diserahkan pada mereka semula dari pinjaman PKR sebelum ini.Pada 13hb april baru-baru ini Parti PAS telah mula melancarkan kempen mempromosikan calon mereka iaitu Ustaz Yusni bagi mewakili N21 Sg Acheh.Pelbagai kempen telah pun dijalankan sama ada disekitar Sg.Acheh,laman facebook,SMS dan sebagainya.

Perebutan kerusi Sungai Acheh antara dua parti pembangkang berkenaan terserlah apabila Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman mengumumkan pencalonan Chegubard sementara Pesuruhjaya Pas iaitu Datuk Mohd. Salleh Man pula mengumumkan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Yusni Md. Piah sebagai calon Pas di kawasan sama.


Berbalik kepada Kenapa kami berkata CheguBard PEMBOHONG? Kerana CheguBard sudah memulakan kempen untuk beliau sendiri pada pagi semalam di Sg Acheh.Jentera PKR yang diketuai CheguBard telah berkempen disekitar Sg Acheh sibuk mempromosikan dan merayu undi kepada penduduk disekitar sini.Setiap ucapan CheguBard berbunyi begini ''Tolong undi saya dan saya calon N21 Sg Acheh mewakili PKR''.Tidak cukup dengan itu Pembesar suara juga digunakan bagi mempromosikan  CheguBard ''Kami merayu undi bagi calon N21 Chegubard Undilah PKR inikalilah''


Inikah Dipanggil Jaminan oleh CheguBard supaya tidak berlakunya perang 3 Penjuru oleh PR?Adakah kita boleh mempercayai kata CheguBard iaitu ''Percaya dan yakinlah PR ialah gabungan kukuh yang lahir dari keputusan gelombang rakyat 2008.''? Adakah benar kata CHEGUBARD ini? Mereka berbalah dan inilah JAMINAN CHEGUBARD TIDAK AKAN BERLAKUNYA 3 PENJURU #LAINKALILAH!!

Lagi kupasan klik sini

FAKTA-MUSTAFA ALI



HUBUNGAN YANG INTIM BERSAMA DIDALAM VIDEO SEKS MUSTAFA ALI MENJADI PUNCA BERUBAHNYA HATI ISTERINYA YANG PERNAH HDP BERSAMANYA SELAMA PULUHAN TAHUN.

Kenyataan terkini isteri Mustafa Ali berkenaan dengan paparan video suaminya yang sedang menjalinkan hubungan intim bersama seorang perempuan janda anak dua.

"Suami saya tidak pernah pakai seluar dalam ".Katanya kepada wartawan yang menemubualnya ditalian telefon sebentar tadi.

" Pihak media seharusnya pandai membezakan susuk tubuh milik suami saya yang sebenar dan cara kehidupan suami saya yang sebenar. Bukan menyiarkan berita fitnah dan palsu dan memburukan suami saya."katanya.

Keengganan Mustafa Ali memngulas lanjut isu yang mencalarkan imagenya sebagai Setiausaha Agung Pas Malaysia , hanya mengundang persepsi rakyat yang semakin memandang dirinya adalah pelaku sebenar didalam video tersebut.

P/S: bermakna benar lah video tersebut adalah video Mustafa Ali yang sedang melakukan hubungan seks bersama seorang perempuan yang berstatus janda anak dua di sebuah hotel

Friday, 12 April 2013

VIDEO INSIDE-MUSTAFA ALI VIDEO BESI DURASI 11:27


Kerana terlalu inginkan jawatan setiausaha agung pas, video seks mirip mustafa ali dikhabarkan didalangi kamarudin jaafar yang desas desus dikatakan calon yang sesuai menggantikan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan itu?Ada juga mendakwa bahawa ini adalah kerja-kerja Angkatan Muda Keadilan yang sudah lama tidak berpuas hati dengan sikap Mustafa Ali ini.TREND sabotaj menggunakan video seks untuk mematikan karier Politik dalam PAS semakin parah.Perbalahan merebut jawatan sudah makin membengkak didalam Parti PAS dan PKR.Dimaklumkan ini kisah tikam belakang apabila satu persetujuan yang tidak dapat dicapai.Apabila penyebaran video ini berlaku sudah pastinya lidah rasmi Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO.

NILAI nilai SENDIRI





Wednesday, 10 April 2013

Skandal Khalid Gagap dan Teresa kok



Projek Libatkan Teresa Kok Bernilai RM 1 Bilion Selesai Dalam Masa Lapan Hari

Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim menghalang pusat daripada membina Loji Langat 2, tetapi dalam masa yang sama meluluskan sebuah projek solar yang dinamakan SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.

Umum mengetahui di Selangor hari ini rakyat menghadapi masalah air yang lebih serius berbanding dengan masalah bekalan eletrik. Tetapi kenapa pula beliau menghalang kerajaan pusat menyelesaikan masalah air , tetapi beliau pula meluluskan projek solar ?

Projek ‘direct nego’ yang bernilai RM 1 bilion yang kami akan dedahkan ini melibatkan DAP, dimana Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP,Kok Chee Keong mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Yayasan Selangor memiliki dua keping tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Baru. Tanah yang bernombor PT 39693 di Dengkil telah disewakan kepada kroni Dr Halimah Ali (Adun Pas Selat Klang) untuk dijadikan sekolah persendirian dengan sewa yang cukup murah.

Tanah kedua bernombor PT 521 di Kuala Kubu Baru yang menempatkan Dua Kem Bina Semangat yang disewakan kepada PLKN. Keluasan kedua-dua kawasan tanah berkenaan dianggarkan 40-50 ekar.

Pada 14 Disember 2011 , Yayasan Selangor telah menerima sepucuk surat buat kali pertama dari GOLDSINO INVESTMENT DEVELOPMENT LIMITED yang berpangkalan di Zhuhai, China, untuk menjalankan projek SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT di atas kedua-dua keping tanah tersebut untuk tempoh pajakan 25 tahun.

Apa yang mengejutkan surat yang dihantar itu adalah surat pertama , tetapi dalam surat berkenaan syarikat itu telah menyatakan ayat seperti berikut, “we would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project”.

Syarikat berkenaan menggunakan ayat begitu kerana dalam perbincangan awal antara mereka dengan Teresa Kok mereka telah diajar supaya menulis begitu kerana Teresa akan terselamat jika apa-apa yang boleh menyangkutkannya.

Dalam masa lapan hari sahaja , iaitu pada 22 Disembar 2011 Yayasan selangor telah mengeluarkan ‘letter of intent’ (LOI) kepada syarikat berkenaan yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah. Apa yang mengejutkan, bagaimana projek yang mencecah RM 1 bilion dalam masa 8 hari sahaja boleh dikeluarkan LOI ?

Pada 27 Disember 2011 satu mesyuarat telah diadakan melibatkan Yayasan Selangor dengan Goldsino Investment Development Limited, yang mana dalam mesyuarat itu Yayasan Selangor diwakili lapan orang , manakala syarikat berkenaan hanya diwakili oleh, Kok Chee Keong selaku proksi Teresa Kok.

Pada 28 Disember 2011 satu majlis telah diadakan untuk menyerahkan LOI secara rasmi kepada syarikat berkenaan.

Persoalan yang besar di sini ialah bagaimana sebuah projek yang bernilai RM 1 bilion boleh dikeluarkan surat niat dalam masa 14 hari ? Semuanya kerana campur tangan menteri besar dan Teresa Kok. Mereka semua telah mengeluarkan arahan secara verbal kepada kepada Yayasan Selangor supaya LOI dipercepatkan.

Jelas di sini kita boleh melihat bagaimana Yayasan Selangor yang ditubuhkan untuk membantu anak-anak Selangor dalam pendidikan telah dijadikan ‘vihicle’ oleh DAP untuk mereka mengaut keuntungan. Lima tahun mereka memerintah Selangor kita dapat melihat bagaimana rakusnya DAP dalam menjahanamkan negeri Selangor.Dalam masa 14 hari dua keping tanah Yayasan Selangor melayang kerana kelicikan DAP yang dibantu oleh seorang MB puppet

Lahad Datu-Anjing Pengesan Digunakan



LAHAD DATU: Unit anjing K9 digunakan untuk mengesan kubur penceroboh Kiram yang ditanam oleh ahli kumpulan mereka sendiri.

Timbalan Persuruhjaya Polis Sabah menyatakan demikian ketika melakukan tinjauan di beberapa kawasan berhampiran Kampung Tanduo petang tadi.

“Kami akan memeriksa kawasan ini kerana terdapat kemungkinan masih banyak mayat yang ditanam di kampung ini.”

Isnin lalu, Polis menemui tiga perkuburan dan mengeluarkan 15 mayat termasuk wanita dari kampung tersebut.

“Walaupun kawasan ini telah bebas daripada elemen keganasan, pasukan keselamatan masih dalam keadaan berjaga-jaga dan tidak berhasrat untuk menamatkan operasi buat masa ini

Selepas Video Anwar Video Najib Pula Tersebar




Anwar Papa Kedana dan Wasatiyyah



Bapa Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan seorang rakyat biasa yang bukannya terdiri daripada susur galur bangsawan mahupun orang orang kaya. Bapa Anwar juga bukanlah seorang saudagar intan berlian mahupun permata apatahlagi seorang ahli perniagaan Koporat mahupun keparat.

Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan yang dikutip oleh Tun Dr Mahthir daripada ABIM telah membuatkan Anwar Ibrahim menjadi KAYA dalam sekelip mata. Bukan sahaja Anwar Ibrahi menjadi mewah malah bapanya Ibrahim sendiri secara tiba tiba mempunyai aset yang berbilion bilion apabila Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Keewangan.

Dibawah ini adalah senarai aset milik Datuk Ibrahim Abdul Rahman bapa kepada Anwar Al Juburi.

Datuk Ibrahim Abdul Rahman, mempunyai kepentingan perniagaan yang besar mewakili Anawar dengan menjadi lembaga Pengarah lebih daripada 50 syarikat dan pemegang saham hampir 20 syarikat. Beliau terus menjadi atau telah pada lembaga syarikat awam tersenarai sewaktu Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri seperti:

Pengkalen Holdings Bhd,
Pengkalen Capital Bhd,
OI Corporation Bhd,
Pan Malaysia Industries Bhd,
Nissan Industrial Oxygen Bhd
Zaitun Bhd
Boral Concrete (Malaysia) Sdn. Bhd;
Holdings Sdn Ibrus. Bhd;
MS Pembinaan dan Kejuruteraan (M) Sdn. Bhd;
PPH Pembangunan (M) Sdn. Bhd;
Metromix Sdn. Bhd
Syarikat Bumiputra Sdn. Bhd.
PPH Development (M) Sdn. Bhd.
PPH Resorts Negara (Port Dickson) Sdn. Bhd.
Dan PPH Resorts (Penang) Sdn. Bhd.

Dibawah ini pula merupakan senarai Syarikat syarikat yang mana Bapa Anwar Ibrahim merupakan pemegang saham yang besar dalam sesebuah syraikat:

Nissan Oksigen Perindustrian Diperbadankan Berhad (3032500 saham);
Par Con Corporation (900,000 saham);
Perumahan Muhibah Sdn. Bhd (510,000 saham);
Sri Kibar Sdn. Bhd. (285,000 saham);
Westaflex Sdn. Bhd (200,000 saham)
Seribudi Services (M) Sdn. Bhd. (200,000 saham).

2)Dari mana pula aset Kekayaan adik beradiknya Farizan, Rani dan Marzuki? Dari langit kah?

Adik beradik Anwar Ibrahim juga merupakan rakyat biasa yang bukannya belajar tinggi mahupun jenis yang kaya Raya. Namun apabila abang beliau menjadi Menteri Keewangan adik beradik Anwar ini berubah menjadi golongan kaya yang melampau lampau.

Adiknya Rani sebagai pengarah Azam intensif Sdn. Bhd, Manakala Marzuki dinyatakan sebagai pengarah lapan syarikat. :

Teraju Dinamik Sdn. Bhd;
Knight H & D Sdn. Bhd;
Ganjaran Jaya (M) Sdn. Bhd;
Rodatra Sdn. Bhd;
Sanjungan Niaga Sdn. Bhd;
CSPM Resources Sdn. Bhd;
Wrand Tank Industries (M) Sdn. Bhd;
Lityan Holdings Bhd dan Bumijet Industries Sdn. Bhd.

Ini adalah senarai senarai aset aset yang dimiliki oleh Bapa dan adik beradik Anwar Bin Ibrahim. Aset aset yang mempunyai nilai berbillion billion ringgit yang mana ianya berlaku apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Keewangan pada waktu lalu.

Apakah Anwar Ibrahim BERSIH? Jika beliau bersih mengapa tidak menyatakan kepada rakyat Malaysia darimana kekayaan yang ada membuatkan keluarga beliau mampu memiliki aset yang berbillion billion ini dalam sekelip mata?

Apakah Anwar dan Keluarga nya MENABUNG SEJAK KECIL sehingga mampu memiliki memiliki aset yang berbilion billion ini?

Polis Pantau media sosial Fitnah



Polis yang memantau media sosial bermula semalam mengesan 26 sentimen hasutan dan fitnah berkaitan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
 
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata sentimen terbabit disebar menerusi blog dan juga media sosial seperti Facebook dan Twitter.
 
Polis akan terus memantau blog serta laman sosial terbabit dan jika didapati mereka masih meneruskan dengan penyebaran sentimen berkenaan polis akan bertindak, katanya pada sidang media PRU13, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
 
Beliau juga meminta orang ramai yang menerima ugutan atau ancaman daripada pihak tertentu berkaitan PRU13 agar membuat laporan polis bagi memudahkan tindakan.
 
Ugutan ini termasuk juga usaha menakut-nakutkan orang ramai, katanya.
 
Sementara itu, beliau berkata sejumlah 32 laporan polis telah diterima di seluruh negara semalam membabitkan beberapa kesalahan seperti fitnah, hasutan, ugutan dan pergaduhan kecil.
 
Ramli berkata sejumlah 338 aktiviti politik berhubung PRU13 turut dilaporkan semalam di seluruh negara membabitkan ceramah umum, perjumpaan parti politik, kempen serta kegiatan pilihan raya yang lain.
 
"Kami minta mana-mana parti politik yang hendak berkempen mahupun menjalankan aktiviti politik, lakukanlah dengan berhemah dan bertanggungjawab, jangan timbulkan sebarang masalah yang boleh menggugat kestabilan negara," katanya.
 
Beliau turut mengingatkan parti-parti politik yang ingin menganjurkan aktiviti kempen seperti ceramah umum, supaya mengemukakan notis pemberitahuan kepada ketua polis daerah masing-masing seperti termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Tuesday, 9 April 2013

4TAHUN PENCAPAIAN NAJIB



Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:

1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

* 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum 11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

* 7 Januari 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

* 31 Januari 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M)dengan peruntukan RM37.6 juta.

* 28 Januari 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

* 19 Februari 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar)sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

* 4 Julai 2011 - Lancar fasa pertama Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)yang melibatkan pembinaan 42,000 unit rumah di 20 tapak strategik di seluruh negara.

PR1MA ditujukan khusus kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak melebihi daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau pun bekerja sendiri.

Najib pada 10 Mac 2013 mengumumkan pembinaan 80,000 unit Rumah Mampu Milik untuk golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan.

* 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini)

* 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

* 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

* 7 Oktober 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.

* 19 Disember 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

* 18 Februari 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

* 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama, sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

* 24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

* 7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

* 14 Julai 2012 : Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawandalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia. * 7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

* 28 September 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

* 12 November 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

* 15 Februari 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

* 20 Februari 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.

PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB

* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.

* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.

* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing.

* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

PENDIDIKAN

* 25 Januari 2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

* 7 Oktober 2011 - Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti.

* 11 September 2011 - Lancar Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kemudian, pada 30 Januari 2013, kabinet meluluskan laporan akhir pelan tersebut.

Panas!!! Tan Beng Huat di BOIKOT ketika Berucap




Malam tadi satu Ceramah Anjuran DAP disungai Daun Nibong Tebal bukanlah sesuatu ceramah yang menarik kerana penggunaan bahasa pun dalam bahasa cina.Rata-rata dalam ceramah ini Tan menyuarakan kebimbangan Masyarakat Cina yang sudah Memilih BN pada PRU13 ini.Apa yang menarik apabila tiba giliran Tan Beng Huat berucap hadirin yang berada didepan mula mengejek memaki Tan.#SN tidak faham apakah cacian yang diberi oleh mereka kerana dalam bahasa cina.Hanya melihat Tan Beng Huat yang berubah muka dan hanya berucap dalam sekitar 5 minit..Masyarakat cina yang hadir meninggalkan tempat ceramah menunjukkan tanda protes kepada Tan.Pada masa yang sama Loh Joo Huat yang terlibat dalam sesi ceramah itu mula meninggalkan tempat ceramah apabila Tan mula berucap.Apakah ini protes sesama atau dihasut oleh Ahli majlis mpsp tersebut kepada masyarakat cina yang hadir?Kesan protes tersebut juga turut di rasa oleh Ramasamy apabila terpaksa meneruskan ceramah walau sudah tiada orang yang mahu mendengar.Ramasamy berucap hanya dihadapan 40 orang itu pun kebanyakkan kaum india yang dipanggil dari tepi bagi memenuhi ruang kosong dihadapan

                                                               Ramasamy ketika berucap

Insiden Tolak Calon di Pinang Tunggal Angkara Siapa?



Banner sabotaj oleh Pihak Lawan yang mahukan gambaran negatif terhadap Barisan Nasional.Kami dimaklumkan Banner tersebut bukanlah dari Barisan Nasional ia hanya Fitnah Jahat dari parti Pas yang amat marah akan Parti BN dikawasan Pinang Tunggal.Sebelum ini mereka pernah mencuba nasib disitu seperti ceramah mengedar risalah tetapi tidak mendapat sambutan.Pelbagai jenis sabotaj yang perlu mereka lakukan bagi usaha melawan Barisan Nasional di kawasan itu.Pemuda atau masyarakat dikawasan itu menerima baik sesiapa yang tercalon asalkan Barisan Nasional.

Mereka meletakkan Taib Azzamudin iaitu afnan sebagai calon disitu tetapi sudah terang lagi bersuluh penduduk dikawasan Pinang Tunggal sudah mengetahui latar belakang pemimpin PAS tersebut yang malas turun padang dan sering melakukan tuduhan fitnah kepada parti lawan.Sebelum ini cubaan sabotaj membuang bendera/banner Barisan Nasional telah dapat dikesan dan telah diberikan amaran dari penduduk Pinang Tunggal dan selepas ini mereka (PAS) terpaksa memikirkan idea-idea baru bagi kerja-kerja sabotaj Barisan Nasional kerana taktik yang mereka gunakan sudah lapok dan sering terkantoi.

Petanda Dato Mansor Othman Bakal Rebah


Semalam sempat berborak dengan Anak muda yang menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat mereka masih tidak berpuashati dengan Calon Nibong Tebal iaitu Dato Mansor Othman Berulang-ulang menyatakan perkara yang sama contoh Dato Mansor bukan seorang pejuang di mata Anak Muda,Beliau tidak turun padang mengambil tahu permasalahan rakyat tempatan,Perkauman sering mengutuk belakang pemimpin PR yang lain.Tidak pernah menyertai Demo dan sebagainya.Mereka SAMM sudah tentu mahukan CheguBard itu tugas mereka melakukan provokasi apabila ditugaskan.Ada yang berpendapat CheguBard bukanlah calon yang sesuai bagi melawan Dato Zainal Abidin Osman yang pengaruhnya besar di Nibong Tebal.Dato Mansor ibarat al-quran buruk itu status beliau dimata mereka.Malah mereka berpendapat itu tujuan Anwar untuk mematikan karier politik Dato Mansor disitu berikutan suasana di Nibong Tebal sudah ramai penyokong PKR sudah beralih ke BARISAN NASIONAL.

Hutang budi dan Pelbagai andaian dan spekulasi terhadap Dato Mansor ini.Pada masa yang sama kami bersantai di kedai mamak Naseer di Taman pekaka sesi umpatan Dato Mansor tidak berhenti disitu sambil mengetawakan papan tanda Dato Mansor yang telah rebah ke bumi di selekoh simpang taman pekaka ini bahawa mereka meluat lihat wajah Dato Mansor ia sebagai petanda masyarakat di Nibong Tebal tetap tidak mahukan beliau.Apabila ditanya bagaimana papan tanda itu boleh jatuh? Mereka hanya senyum nakal dan menafikan sambil ketawa.Apakah protes ini sudah ke tahap serius hingga mereka tidak lagi mampu menyembunyikan perasaan benci mereka terhadap Dato Mansor Othaman selaku Calon untuk Nibong Tebal ini?

Monday, 8 April 2013

Guan Eng Cukup-cukuplah menipu.


Bulan lepas, DAP Pulau Pinang dengan bangganya mengisytiharkan Perak Road di Pulau Pinang bebas sepenuhnya dari masalah banjir yang melanda kawasan tersebut selama lebih 40 tahun lalu, hasil dari projek tebatan banjir yang dijalankan oleh kerajaan negeri di kawasan itu.

Setiausaha Politik Guan Eng, Ng Wei Aik dengan bangganya pada ketika itu menaikkan banner yang tertulis “40 years flood problem solved in 9 months” (40 tahun masalah banjir selesai dalam masa 9 bulan) untuk menunjukkan betapa berkesannya kerajaan DAP ini dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Tapi Guan Eng lupa dengan kuasa tuhan dan minggu sudah, akibat hujan yang begitu lebat, kawasan Perak Road dilanda banjir buruk – seperti biasa.

Penduduk Pulau Pinang berpusu-pusu masuk ke dalam laman Facebook Wei Aik dan memuat turun gambar-gambar banjir di kawasan tersebut, tapi cina yang sombong dan angkuh ini tidak mempedulikan perkara tersebut, sebaliknya cuba mengalih perhatian kepada isu lain.

Inilah masalah dengan DAP dan Pakatan Rakyat. Kurang matang dan tidak mahir mengurus, tapi nak tunjuk pandai. Tidak ada sesiapa dalam dunia yang berani menjanjikan banjir atau bencana alam yang lain tidak akan berlaku langsung, tak kiralah sebesar manapun projek yang dijalankan.

Tun Dr. Mahathir semasa meluluskan pembinaan terowong SMART pun tidak pernah berjanji masalah banjir di Kuala Lumpur akan hilang sepenuhnya kerana sebagai orang Islam, beliau tahu ada kuasa yang lebih tinggi di atas. Apa yang dijanjikan ialah, SMART akan mengurangkan masalah banjir, dan memang itulah pun yang dilakukan system tersebut sekarang, selain mengurangkan kesesakan lalu lintas.

DAP dan Guan Eng pula sebaliknya lain. Pada dia dengan wang, semua benda boleh jalan dan akhirnya tuhan menghukum kebiadapan dan kesombongan Guan Eng dengan menurunkan hujan lebat sehingga projek tebatan banjir di Perak Road gagal dan banjir pun berlaku.

Dalam masa yang sama, penulis menggesa rakyat Pulau Pinang dan penduduk Perak Road agar membuat laporan kepada SPRM, mempersoalkan bagaimana projek ini boleh gagal, tidak sampai sebulan selepas ia disebut dengan bangganya akan menyelesaikan masalah banjir disitu yang berlanjutan sejak 40 tahun lepas!!

Cukup-cukuplah menipu.

Sumber