Saturday 30 March 2013

Timbalan Presiden MBM langgar kawasan

Walaupun telah penat seharian dengan aktiviti kemasyarakatan di Perak,Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia merangkap Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia saudara Mua'amar Ghadafi masih sempat untuk meluangkan masa melawat anak-anak muda kawasan Nibong Tebal dan Belia 4B kawasan.


Lawatan tidak rasmi beliau ke Nibong Tebal adalah untuk luangkan sedikit masa bersantai,bersembang di kedai mamak mendengar dan mengambil pendapat-pendapat anak muda di sini walaupun jam sudah hampir 2 pagi.

Rata-rata semua menyanjung sikap keprihatinan dan usaha yang beliau tunjukkan.Diharap Mua'amar Ghadafi dapat menjadi tokoh pemimpin yang baik.

Turut sama yang hadir Ketua Gerakan Belia 4B Cawangan Sri Taman saudara Mohd Idziady,Ketua Pemuda UMNO bahagian Parit Buntar saudara Suhaimi dan PSU Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar.

Tahniah dari kami SuaraNibong.



No comments:

Post a Comment