networkedblogs

Friday, 29 March 2013

Saksikan-Bapa Ibrahim Libya Dalang Peristiwa memali



Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Banyak lagi kalau kita nak senaraikan kesesatan-kesesatan yang dilakukan oleh Pas, antaranya sembahyang dua iman, tak boleh pergi kenduri orang Umno, tak boleh makan sembelihan orang Umno dan sebagainya. Semua itu adalah untuk memastikan orang-orang Umno dipulau, dibenci dan sebagainya. Apabila perkara itu berlaku, maka orang-orang Umno yang terasa mereka disisihkan akan menyertai Pas dan akan mengundi Pas.Video diatas hanya akan disangkal oleh mereka-mereka yang sudah taksub kepada PAS yang sudah tersedia kebencian dihati walaupun kebenaran tergolek didepan mata.Mungkin Bapa Ibrahim Libya pula akan dikafirkan oleh PAS jika melihat beliau menentang pejuang anaknya.


Pada masa itu Pengikut Arwah tanpa rasa berdosa memaki hamun polis dengan kata-kata anjing. Sebelum tragedi, mereka ke sana kemari dengan membawa parang panjang. Mereka dikatakan akan ke rumah setiap penyokong UMNO untuk meyuruh mengucap dua kalimah Syahadah memandangkan penyokong UMNO itu kafir itu yang diceritakan oleh mereka yang mengalami sendiri di tempat kejadian.Sebaliknya selepas tragedi, isteri Ibrahim dalam satu temuramah mengatakan kumpulan mereka tidak bersenjata, "biasalah, di rumah tentu ada parang". Itulah ayat yang di putar belit mereka menyebabkan satu Malaysia menghina pasukan polis


Berdasarkan kenyataan Bapa kepada ustaz Ibrahim Libya arwah adalah orang alim ulama yang berlandaskan jalan yang betul dan mula menyimpang jauh setelah menyertai PAS.Kesilapan Ustaz Ibrahim Libya ini hanyalah bertemu dengan seorang Parti Politik yang kononnya memperjuangkan islam tetapi hanya mahu menentang Parti lawan iaitu UMNO/BN.Sejak Arwah menyertai PAS beliau kerap di brain wash oleh Pemimpin-Pemimpin atasan PAS supaya menentang UMNO/BN pada masa itu.Akibat taksub dengan Pemimpin Politik yang kita sudah sedia mengetahui mereka sudah sesat demi menentang UMNO/BN hingga ke hari ini


kematian Beliau tidakpun disesali oleh keluarga malah Bapa Arwah sendiri.Benar Jihad itu dituntut dalam islam tetapi apabila dipolitikkan inilah hasilnya.Hanya kejadian buruk dan mati sia-sia.Siapakah yang harus bertanggungjawab dalam insiden memali ini?PAS hari ini sudah kematian modal untuk menyalahkan kerajaan dalam insiden itu malah penyelewengan tabung memali pun sudah dibongkar oleh media bagi pengetahuan rakyat dimalaysia.



-Al Fatihah untuk 14 penduduk dan 4 org polis yg terkorban akibat penipuan jahat PAS.-

Kesan AMANAT Hadi masih berlaku Klik untuk melihat

No comments:

Post a Comment