Monday 18 March 2013

KETUA PENCEROBOH #LahadDatu SABAH TERIMA PANGGILAN TELEFON



Di antaranya ialah Abraham J. Idjirani, jurucakap Jamalul Kiram III yang mendakwa telah menelefon Azzumudie@Agbimuddin Kiram pada hari Sabtu lepas jam 10:30 malam.

Bagaimana pun, beliau mengatakan bahawa panggilan berlangsung hanya beberapa saat untuk mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa Malaysia

Idjirani juga mendedahkan bahawa serangan besar-besaran di Malaysia yang bermula pada 5 Mac hampir mengalahkan  penceroboh-penceroboh di Sabah. Idjirani berkata ia berlaku pada hari kedua serangan udara. Serangan itu telah menyebabkan penceroboh-penceroboh berpecah menjadi beberapa kumpulan yang lebih kecil.

Apabila MiM merujuk Inquirer.net pula, portal Filipina itu mengatakan bahawa 35 orang penceroboh yang berjaya ditangkap oleh Tentera Laut Filipina pula akan dihadapkan ke mahkamah.

Leila de Lima berkata mereka akan dibawa ke mahkamah untuk inkues ke atas beberapa kesalahan termasuk pemilikan senjata api secara haram.

"Lelaki bersenjata melanggar undang-undang dan beberapa caj yang proper akan difailkan terhadap mereka," kata sumber dalam pasukan fact-finding Jabatan Keadilan.

MiM sedang menunggu berita tentang penyiasatan yang sedang dijalankan oleh kedua-dua negara untuk menentukan dalang-dalang yang terlibat di dalam pencerobohan negeri Sabah. Dan beberapa perkara yang perlu MiM recall tentang kronologi isu besar ini.

Media perdana menyenaraikan 12 perkara: Baca selanjutnya

No comments:

Post a Comment