Monday 11 March 2013

Hishammuddin bidas tian chua



 "Saya nak tanya Tian Chua...apakah gambar-gambar yang saya lihat sendiri dengan mata saya, puluhan yang bergelimpangan mati katak di tengah-tengah hutan juga satu sandiwara?

"Sakitnya kita tengok keluarga,anak tercinta, isteri tercinta yang ditinggalkan. Jadi ini merupakan sesuatu kesedaran bagi kita,nak berpolitik ada tempat dan masanya, dan saya tengok ini budaya kebencian yang sanggup menggadaikan segala-galanya gara-gara kerana jawatan dan rakus serta angkuh, mengenepikan sentimen," katanya..

"Tuhan tidak akan mengizinkan manusia-manusia sebegini berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia yang mencintai keamanan, sayang sahabat sesama agama, sama bangsa," katanya sambil menyatakan ada hikmah di sebalik insiden itu.

"Kita seharusnya melihat ke hadapan, bukan untuk diri kita tetapi anak cucu cicit kita yang kita tinggalkan selepas ini,"

Bernama

No comments:

Post a Comment