Monday 11 March 2013

Episod Bapa Saiful Penyebab Kecundangnya Pakatan Rakyat PRU 13

Hari ini bapa Saiful Bukhari, En Azlan Mohd Lazim sekali lagi mengadakan sidang akhbar. Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh wakil-wakil pimpinan PKR dan PAS. Muka wakil pimpinan DAP tidak kelihatan.

Laporan yang dibuat oleh laman media menyatakan bahawa sidang media dibuat secara tergesa-gesa dan pemberita yang hadir tidak digalak mengemukakan soalan kepada En Azlan. Namun soalan yang bertubi-tubi terus dikemukakan kepada beliau. Pengamal media yang hadir begitu kecewa kerana soalan-soalan itu tidak di layan sebaliknya En Azlan hanya membacakan kenyataan pendek penyertaannya sebagai ahli PKR.

Seperti yang saya nyatakan dalam posting pertama waktu mengulas kenyataan “U-turn” En Azlan bahawa telahan yang saya buat nampaknya semakin menjadi kenyataan. En Azlan menyertai PKR dan menyatakan sokongan terbuka kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Penyertaan En Azlan ke dalam PKR sudah tentu akan dipergunakan oleh parti tersebut berhabis-habisan. Beliau akan diheret ke tepi dan ke tengah menjelang dan semasa kempen pilihanraya untuk memberitahu rakyat bahawa Anwar Ibrahim bersih daripada segala tuduhan salah laku seks terutamanya liwat yang melibatkan anak beliau, Saiful Bukhari.

Bagi ahli dan penyokong PAS kenyataan Mursyidul Am Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mengalu-alukan kenyataan En Azlan mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim itu tidak banyak memberi kesan kepada penyokong dan ahli parti itu. Walau apapapun, bagi PAS penolakan untuk menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat yang dikatakan telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama tidak mungkin dapat di olah semula termasuk Mursyidul Am sendiri yang mengetuai Majlis Syura Ulama itu. Perlu diketahui bahawa sebarang keputusan Majlis Syura Ulama tidak dibuat atas konsiderasi politik atau kehendak mana-mana individu, tetapi sudah tentu merujuk kepada berbagai sumber hukum termasuk Baca selanjutnya...

No comments:

Post a Comment