Saturday 30 March 2013

Malang Pulau Pinang



Setelah hampir lima tahun DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di negeri Pulau Mutiara itu di lihat semakin bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, di tambah dengan keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Menurut analisis terkini kedudukan Pulau Pinang pada ketika ini telah merosot jatuh ke tangga ke-6 apabila gagal mengekalkan jumlah kemasukan pelabur yang hilang hampir dari separuh.

Lebih membimbangkan negeri tersebut dikatakan bakal menghadapi masalah pengganguran yang serius menjelang 2-3 tahun lagi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama bagi tahun 2012, ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke-6, manakala jumlah pelaburan domestik dan luar menjunam ke tangga 7.

Malah sebelum ini, negeri tersebut dilaporkan telah mengalami penurunan hampir 73 peratus dalam jumlah pelaburan keseluruhan dari RM 9.11 bilion pada 2011 kepada hanya RM 2.47 bilion tahun lalu. Sedar atau tidak, kerajaan Guan Eng juga telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut yang membuktikan kegagalan mereka dalam mengurus tadbir.

Kerajaan pimpinan Guan Eng juga menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bosch Solar Energy Malaysia Sdn. Bhd. (Bosch Solar) dikatakan telah membatalkan rancangan membina kemudahan solar bernilai RM2.2 bilion di negeri itu.

Ia membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan DAP itu, yang dilihat dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Malah pendekatan Guan Eng yang cuba menyembunyi fakta dan gemar dengan berdiam diri daripada menjawab segala persoalan mengenai perkembangan ekonomi negeri dikatakan antara punca kepada permasalahan ini.

Ini kerana secara tidak langsung telah menyebabkan para pelabur meragui dan was-was dengan ketelusan kerajaan negeri yang kononnya mempraktikkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT).

Malah sebelum ini ramai yang telah terpedaya dengan kenyataan Guan Eng yang kononnya telah berjaya mengurangkan beban hutang negeri sedangkan pada hakikatnya ia dilakukan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber

Demokrasi ala DAP



Demokrasi Ala DAP: 753 Perwakilan Dinafikan Hak Mengundi

DAP merupakan singkatan kepada Democratic Action Party atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Parti Tindakan Demokratik. Seimbas lalu mungkin ada yang beranggapan inilah sebenar-benarny­a parti politik yang memenuhi ciri-ciri demokrasi yang wajar disokong.

Secara teorinya kelihatan begitulah, sementelah lagi pemimpin-pemimp­in DAP juga sering mendabik dada sebagai juara demokrasi serta cukup lantang bila membicarakan perihal kebebasan bersuara, ketelusan dan hak asasi manusia.

Tapi seperti mana biasa, bercakap mengenai teori sememangnya mudah dan kelihatan indah-indah belaka namun bila masuk bab praktikal selalunya hancur tak terdaya diterjemahkan dan langsung tak mampu direalisasikan.­ Itu hakikat yang sering terjadi.

Lihat saja kemelut yang berlaku dalam DAP selepas selesai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang dilangsungkan Disember 2012 lalu, sampai sekarang tak selesai-selesai­ juga ibarat rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.

Ramai ahli dan pemimpin DAP yang terus mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan itu berikutan perubahan mendadak keputusan pemilihan yang kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, malah turut mempertikaikan kenapa seramai 753 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Mustahil hanya 1823 orang perwakilan sahaja yang layak memilih pemimpin pilihan mereka sedangkan jumlah keseluruhan perwakilan ialah 2,576 orang.

Malah beberapa hari sebelum pemilihan CEC, Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Teresa Kok dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah mengesahkan seramai 2,576 perwakilan dari 730 bahagian akan mengundi bagi memilih ahli CEC yang baru.

Jika dikatakan 753 orang perwakilan yang kebanyakannya keturunan India dan beberapa orang lagi perwakilan berbangsa Melayu dan Cina itu tidak layak mengundi, amatlah tidak logik memandangkan nama masing-masing telah disahkan sebagai perwakilan.

Nak dikatakan semua 753 orang perwakilan yang dinafikan hak ini sengaja tidak hadir atas sebab kesihatan atau malas, tentunya mustahil. Kalau sekadar 100 atau 200 orang saja yang ponteng, logiklah juga.

Jelas sekali pasti ada sesuatu yang tak kena dan semestinya wujud penyelewengan di peringkat kepimpinan DAP yang dikuasai dinasti Lim Kit Siang dan anak beranak Karpal Singh itu.

Bila bercakap soal kebebasan, ketelusan dan hak asasi bukan main lagi DAP ke depan nak jadi juara, alih-alih dalam parti sendiri rupanya ramai ahlinya dinafikan hak untuk memilih pemimpin yang disukai. Nampak sangat DAP cumalah parti politik yang cakap banyak buatnya tidak.

Barangkali menyedari penyelewengan dan ketidaktelusan ini semakin disedari ahli-ahlinya, maka sebab itulah beberapa hari lepas Lim Kit Siang dan Karpal Singh sibuk membuat andaian kemungkinan DAP akan diharamkan konon kerana adanya komplot dari BN dan ROS.

Orang yang ketakutan dengan bayang-bayang sendiri, tambahan pula memang wujud keraguan munasabah yang menjadi perhatian umum, biasanya begitulah cepat melatah mencari alasan dan kambing hitam.

No action talk only, itu kesimpulan yang sesuai di cop atas dahi kepimpinan DAP. Dulu dan sekarang sama saja.

Facebook

Timbalan Presiden MBM langgar kawasan

Walaupun telah penat seharian dengan aktiviti kemasyarakatan di Perak,Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia merangkap Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia saudara Mua'amar Ghadafi masih sempat untuk meluangkan masa melawat anak-anak muda kawasan Nibong Tebal dan Belia 4B kawasan.


Lawatan tidak rasmi beliau ke Nibong Tebal adalah untuk luangkan sedikit masa bersantai,bersembang di kedai mamak mendengar dan mengambil pendapat-pendapat anak muda di sini walaupun jam sudah hampir 2 pagi.

Rata-rata semua menyanjung sikap keprihatinan dan usaha yang beliau tunjukkan.Diharap Mua'amar Ghadafi dapat menjadi tokoh pemimpin yang baik.

Turut sama yang hadir Ketua Gerakan Belia 4B Cawangan Sri Taman saudara Mohd Idziady,Ketua Pemuda UMNO bahagian Parit Buntar saudara Suhaimi dan PSU Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar.

Tahniah dari kami SuaraNibong.



Friday 29 March 2013

SYAHID TRAGEDI MEMALI HANYA CIPTAAN PAS


Pembangkang hanya menyalahkan kerajaan BN/UMNO segala insiden yang berlaku didalam dengan,Mereka sanggup dan tahu kesalahan mereka tetapi demi kepentingan KUASA untuk memerintah mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun sanggup bekerjasama dengan pengkhianat.Tidak cukup dengan merancang untuk menghuru harakan negara tanpa berfikir panjang demi DENDAM lapok lagi tidak releven.Hari ini kita dapat melihat Hinanya Anggota keselamatan dimata mereka caci maki kritik dan pelbagai tohmahan yang dilempar sedang Pasukan Keselamatan kita gigih mempertahankan negara.Mereka memupuk Politik kebencian terhadap pengikut mereka jadi tidak hairanlah tragedi memali itu mereka mengatakan JIHAD walaupun sudah terang lagi bersuluh kerana AMANAT TAHYUL Hadi Awang

Klik Kertas Putih Peristiwa memali

SALUTE-Lagi kaum cina TOLAK GUAN ENG




Gambar-gambar diatas ini mengambarkan tanda protes terhadap mafia pulau pinang ini iaitu Guan Eng,Kaum cina juga sudah banyak menolak DAP secara terang-terangan tanpa menghiraukan keselamatan diri mereka dari samseng-samseng Lim Guan Eng.Tetapi pada hari ini kita dapat melihat bangsa kita sendiri terutamanya didalam Parti PAS bersungguh-sungguh memartabatkan Parti Rasis (DAP) dan juga Guan Eng.Gambar diatas ini adalah disekitar butterworth Pulau Pinang.

Lagi Gambar di sekitar Pulau Pinang

AGENDA JAHAT DAP dan INFO PATUT TAHU-VIDEO


INFO TAMBAHAN YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG PERANCANGAN JAHAT DAP :


1. Malaysia akan bertukar menjadi negara republic

2. Agama Rasmi kristian

3. Yang DiPertua Agama/ Yang DiPertua Negeri perlu dilantik dari kalangan bukan Melayu

4. Sistem Raja berpelembagaan Akan dihapuskan

5. Laungan azan tidak lagi dibenarkan waktu Suboh ( Di Penang sekarang ada arahan diminta perlahankan) kerana azan menganggu Cina yang sedang tidur dipagi hari.

6. Pertandingan Tilawah Quran juga akan dihapuskan. kerana membazirkan duit rakyat dan negara Arab pun tidak buat pertandingan sebegini.

7. Badan NGO berteraskan perjuangan orang Melayu akan dibubarkan (Pekida/Perkasa)

8. Perkahwinan campuran akan digalakkan.

9. Anak yang baru di lahirkan tidak semestinya agama Islam sehinggalah anak itu 18 tahun baru dia pilih agama mereka secara mutlak.

10. Subjek Inggeris akan dijadikan bahasa rasmi. Bahasa kedua rasmi adalah Mandarin.

11. Mata pelajaran agama Islam akan dimansuhkan disekolah. Nak belajar hanya di masjid/surau. Sekiranya orang Melayu nak juga diajar disekolah subjek Kristian, Hindu,Buddha juga kena diajarkan disekolah.

12. Chin Peng akan dibenarkan balik semula ke Malaysia dan di beri gelaran TUN. Nga Dan Ngeh adalah anak saudara Chin Peng.

13. MARA Akan dibubarkan kerana jabatan RASIS hanya untuk org Melayu semata2.

14. Syarikat GLC akan diterajui oleh orang bukan Melayu. Orang Melayu tidak bijak berniaga hanya orang Cina yang terbaik dalam ekonomi.

15. Lagu negaraku akan diubah suaikan. Di Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu ada dinyanyikan lagu negaraku & bendera baru Malaysia juga sudah ada hanya tunggu menang sahaja mereka akan ke Putrajaya dan tubuhkan negara republik.

16. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana dominasi untuk orang Melayu sahaja

17. Ketua Panglima Angkatan Tentera & Ketua Polis Negara akan dilantik dari kalangan orang Cina.

18. Kakitangan kerajaan dari kalangan Melayu akan dikurangkan terutamanya kementerian pelajaran kerana nak bawa masuk lebih ramai guru Cina & India.

19. Yang pastinya 3 agensi Akan ditutup Biro Tatanegara (BTN), KEMAS Dan Majlis Keselamatan Negara.

20. Good Friday Dan Easter Day akan jadi cuti wajib Malaysia untuk memuliakan hari besar Kristian.

21. Kedutaan Israel akan diwujudkan di Malaysia

22. (DAP dpt 300 juta USD diberikan oleh yahudi & duit diparking di bank Singapura sementara waktu standby utk PRU 13 ini.

23. Base Tentera Israel akan diwujudkan di Port Dickson.

24. Majlis agama Islam akan dibubarkan. Wujudkan Suruhanjaya IFC

25. Wang zakat akan diguna sama oleh orang bukan Islam.

26. Mahkamah Syariah dibubarkan.

27. Dasar Ekonomi Baru akan dimansuhkan.

28. Parti yg berteraskan agama akan dibubarkan (PAS)

29. Ketua Paderi Kristian akan dilantik sbg Menteri seperti Dato’ Jamil Khir.

Saksikan-Bapa Ibrahim Libya Dalang Peristiwa memali



Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Banyak lagi kalau kita nak senaraikan kesesatan-kesesatan yang dilakukan oleh Pas, antaranya sembahyang dua iman, tak boleh pergi kenduri orang Umno, tak boleh makan sembelihan orang Umno dan sebagainya. Semua itu adalah untuk memastikan orang-orang Umno dipulau, dibenci dan sebagainya. Apabila perkara itu berlaku, maka orang-orang Umno yang terasa mereka disisihkan akan menyertai Pas dan akan mengundi Pas.Video diatas hanya akan disangkal oleh mereka-mereka yang sudah taksub kepada PAS yang sudah tersedia kebencian dihati walaupun kebenaran tergolek didepan mata.Mungkin Bapa Ibrahim Libya pula akan dikafirkan oleh PAS jika melihat beliau menentang pejuang anaknya.


Pada masa itu Pengikut Arwah tanpa rasa berdosa memaki hamun polis dengan kata-kata anjing. Sebelum tragedi, mereka ke sana kemari dengan membawa parang panjang. Mereka dikatakan akan ke rumah setiap penyokong UMNO untuk meyuruh mengucap dua kalimah Syahadah memandangkan penyokong UMNO itu kafir itu yang diceritakan oleh mereka yang mengalami sendiri di tempat kejadian.Sebaliknya selepas tragedi, isteri Ibrahim dalam satu temuramah mengatakan kumpulan mereka tidak bersenjata, "biasalah, di rumah tentu ada parang". Itulah ayat yang di putar belit mereka menyebabkan satu Malaysia menghina pasukan polis


Berdasarkan kenyataan Bapa kepada ustaz Ibrahim Libya arwah adalah orang alim ulama yang berlandaskan jalan yang betul dan mula menyimpang jauh setelah menyertai PAS.Kesilapan Ustaz Ibrahim Libya ini hanyalah bertemu dengan seorang Parti Politik yang kononnya memperjuangkan islam tetapi hanya mahu menentang Parti lawan iaitu UMNO/BN.Sejak Arwah menyertai PAS beliau kerap di brain wash oleh Pemimpin-Pemimpin atasan PAS supaya menentang UMNO/BN pada masa itu.Akibat taksub dengan Pemimpin Politik yang kita sudah sedia mengetahui mereka sudah sesat demi menentang UMNO/BN hingga ke hari ini


kematian Beliau tidakpun disesali oleh keluarga malah Bapa Arwah sendiri.Benar Jihad itu dituntut dalam islam tetapi apabila dipolitikkan inilah hasilnya.Hanya kejadian buruk dan mati sia-sia.Siapakah yang harus bertanggungjawab dalam insiden memali ini?PAS hari ini sudah kematian modal untuk menyalahkan kerajaan dalam insiden itu malah penyelewengan tabung memali pun sudah dibongkar oleh media bagi pengetahuan rakyat dimalaysia.



-Al Fatihah untuk 14 penduduk dan 4 org polis yg terkorban akibat penipuan jahat PAS.-

Kesan AMANAT Hadi masih berlaku Klik untuk melihat

#JomBertindak!! Idea PM @NajibRazak

 
 
 
 


#JomBertindak!! Idea PM @NajibRazak Yang Akan Buat Pembangkang Meracau!!
Dalam senario politik tempatan, PM Najib Razak sudah mendahului zaman bila tampil dengan Kit Tindakan "JOM BERTINDAK" sebagai salah satu medium penerangan kepada rakyat tentang usaha kerajaan/BN membangunkan negara tercinta ini. Jangan pedulikan retorik media pembangkang yang menganggap ini salah satu bahan kempen PRU kerana hakikatnya mereka sendiri cuba untuk membuat hal yang sama dalam pelbagai aspek baik (sikit) & buruk (banyakkkkk) demi merampas Putrajaya.Untuk memohon Kit Tindakan ini boleh mendaftar secara online DI SINI (KLIK!)Jangan biarkan PakatanRiot melakukan lebih banyak onar di bumi bertuah ini...JOM BERTINDAK!!
Inilah Kit Tindakan kita. Jom bertindak demi Malaysia. 

Layari www.1malaysia.com.my untuk dapatkan Kit Tindakan ini. 

Terima kasih atas sokongan semua :) JomBertindak
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday 28 March 2013

KENAPA Scopene yang dibeli oleh Malaysia mahal?



Kenapa Submarine (Kapal Selam) Scopene yang dibeli oleh Malaysia mahal??

Inilah pertanyaan yang kerap ditanya dan dipersoalkan oleh pelbagai pihak.. ada juga yang membuat perbandingan dengan pembelian kapal selam oleh jiran2 serantau... Jadi,, biar saya jelaskan kenapa harga kapal selam itu mahal tapi sebenarnya sangat berbaloi...

Keperluan utk memiliki kapal selam bagi TLDM sebenarnya telah wujud sejak tahun 1997... Tapi disebabkan aset bawah permukaan (submarine) ni lebih mahal dari aset atas permukaan (kapal perang) dan ekonomi merundum,,, maka ia terus ditangguh... Namun penangguhan tersebut ada sebabnya... ini kerana aset permukaan TLDM ketika itu belum sesuai utk memiliki kapal selam.. Sebelum memiliki kapal selam,, TLDM perlukan aset permukaan seperti Frigate, Korvet, MPSS, dan lain2 kapal sokongan yang ampuh terutamanya aset yang berkemampuan menjalankan misi Anti Submarine Warfare (ASW).. Jadi Malaysia tiada pilihan lain dan segala bajet pertahanan ketika itu ditumpukan pada kapal permukaan dahulu..

Program Kapal Selam serantau jiran.

1. Indonesia merupakan negara ASEAN pertama memperolehi kapal selam pada tahun 1960-an dan diikuti pada 1980-an. Dan bagi menggantikan kapal selam yang uzur ini, 3 buah kapal selam dari Korea Selatan , kelas Chang Bogo (sebenarnya model kelas 209 dari German) akan diborong..

2. Singapura sebaliknya memiliki kapal selam terpakai dari Sweden pada 1995 sebanyak 4 buah kelas Challenger dan 2 buah kelas Archer.

3. Vietnam pula bakal memiliki kapal selam pertama buatan Rusia pada 2014. Perancangan pemilikan enam kapal selam jenis Kilo ini dilakukan pada 2009 selepas beberapa peristiwa pertembungan dengan tentera laut China mengenai tuntutan bertindih Kepulauan Spratly.

4. Filipina yang pada ketika ini masih berdepan dengan pertembungan dengan China di perairan Scarborough Shoal membuat perancangan memperkukuhkan tentera laut (PN) melalui program Sail Plan 2020 yang akan merealisasikan kapal selam sebagai sebahagian dari aset PN.

5. Thailand juga membuat perancangan membuat perolehan enam kapal selam milik tentera laut Jerman untuk menjaga perairan Laut Andaman dan Teluk Thailand. Pemilikan kapal selam dari jenis U-206 ini yang akan menelan belanja lebih dari RM770 juta ini walaupun bersaiz kecil tetapi sesuai digunakan di perairan cetek seperti Teluk Thailand.

Malaysia secara amnya tidak mempunyai pengalaman yang luas mengenai kapal selam. Jadi, untuk memilih calon kapal selam terbaik, pengeluar kapal selam tersebut perlulah mempunyai rekod pengoperasian kapal selam yang terbaik mengikut teknologi semasa. Jerman dan Rusia ketika sudah pun mempunyai rekod insiden yang buruk. Korea sedang membangunkan kapal selam yang diciplak dari German. Manakala Perancis ketika itu sedang membangunkan generasi terkini kapal selam.. Di samping itu, 2 buah kapal selam Kelas Zwardwiss dari Belanda telahpun berada di Lumut untuk dijual kepada TLDM melalui syarikat PSC dari Malaysia.

Jadi, kapal selam mana yang Malaysia patut pilih??
Ok, saya berikan satu situasi yang lain pada anda..

Pengguna A sedang membuat pilihan untuk membeli sebuah laptop baru, tetapi dia tidak mempunyai pengalaman dalam memilih laptop. Dia cuma tahu serba sedikit spesifikasi tentang laptop terbaru. Oleh kerana dia bukan orang berada, jadi laptop tersebut akan digunakan untuk jangka masa yang lama. Dan selagi laptop tersebut berdaya, dia akan guna sampai rosak, baru la nak ganti yang baru.

Dalam pasaran ketika itu, ada beberapa model terbaru laptop dan ia dibahagikan mengikut tingkat upaya processor laptop tersebut. Antara yang ada ketika itu ialah i3, i5 dan i7... Jadi antara 3 kategori laptop ini, mana yang lebih bagus?

Laptop i3 memg murah, tapi yang terbaru masa tu ialah dari i5 yang sedikit mahal. i7 masih belum keluar. Kalau beli i3, nanti laptop i7 keluar, harga, spare part, teknologi yang ada pada laptop i3 tadi dah tentu semakin jauh tertinggal di belakang. Laptop i5 pula agak mahal tetapi kemampuan lebih baik dari laptop i3. Dan jurang spesifikasi antara i5 dan i7 yang akan keluar nanti tidaklah begitu jauh.. Jadi , mana 1 nak pilih?? Laptop kena beli skrang, tak sempat nak tunggu i7 keluar sbb nak kena pakai. So, kalau korang, nak pilih yang mana?

Sama juga situasi dengan Malaysia. Memg banyak alternatif murah dengan kapal selam sedia ada dari German dan Rusia, tetapi perancang TLDM mahukan kapal selam yang boleh kekal relevan untuk jangka masa lama dan mampu menandingi kesemua ancaman maritim. Jadi oleh kerana Scopene adalah kapal generasi terkini, maka pemilihan closed tender dilakukan dan Perancis dan Sepanyol diberikan tanggungjawab menghasilkan 2 buah kapal selam baru dan terkini pada TLDM dan ia mengenetepikan smua tawaran calon lain yang cuba menawarkan kapal selam pada TLDM.. Termasuklah 2 kapal Belanda yang tersadai di Lumut yang akhirnya dipotong menjadi besi buruk. Akan tetapi, kos untuk membeli kapal selam generasi terbaru ini dah tentu bukanya murah. Malah kos lain turut menyumbang peningkatan yang lebih mahal.

Memandangkan ia Kapal Selam pertama TLDM, Malaysia tidak mempunyai sebarang fasiliti untuk menempatkan Scopene, dan perlu melatih krew baru kapal selam. Untuk melatih krew kapal selam, similator yang bakal dibeli tidak cukup untuk melatih krew baru menimba pengalaman,, dan sukar untuk Perancis memimjamkan kapal selam milik mereka utk tujuan latihan. Atas sebab itu, Perancis bersedia menjual sebuah kapal selam terpakai Agosta kepada Malaysia untuk melatih krew kapal selam. Dan fasiliti latihan dan logistik juga dibina di Lumut dan Teluk Sepanggar. Dan semua kos tersebut berjumlah kira-kira RM6.7 bilion untuk harga sub baru+sub terpakai+fasiliti+peluru+latihan. Tetapi sistem AIP untuk menjadikan kapal selam dapat menyelam lebih lama tidak dipasang.

Tetapi kenapa kapal selam yang dibeli oleh Thailand untuk 6 buah cuma bernilai RM770 juta ??? Vietnam pula beli 6 kapal selam dengan harga RM6.4billion..??? Tapi Malaysia beli 2 kapal selam dengan harga RM6.7 billion??. Sebelum admin jelaskan, korang tgok dulu rupa kapal selam ni
Thailand beli Type U-206 terpakai dari Jerman (penah ditawarkan pada Malaysia.)
Vietnam beli Kilo-636 KMV baru dari Rusia.
Malaysia beli Scopene SSK baru dari Perancis.


Dan ini penjelasanya.. Adakah berbaloi nak samakan kemampuan dan teknologi Type U-206 dengan Scopene??? Dah tentu tak patut la, umpama nak bandingkan kereta Proton Saga lama dengan Proton Preve terbaru,,, dh tentu banyak bezanya. Tapi kenapa Thailand beli jugak??? Takkan la Thailand nak tengok jiranya Singapore, Malaysia, Vietnam dan Indonesia borong kapal selam, jadi untuk mengimbangi kekuatan tersebut, Thailand yang dilanda krisis kewangan terpaksa membeli alternatif murah dan singkat dalam menghadapi peperangan dengan kapal selam. Lagipun, saiz kapal selam tersebut sesuai untuk laut Thailand yang lebih cetek.

Kilo-636 dibeli agak murah utk 6 unit kapal selam berbanding hanya 2 Scopene sahaja di Malaysia. Dari segi teknologi, tidak jauh beza jurang tersebut, tetapi anda kena tahu, yang Vietnam bukanya kali pertama mengoperasikan kapal selam. Mereka telahpun mengoperasikan kapal selam Salmon Class dari Korea Utara, dan ini bermakna Vietnam sudahpun mempunyai fasiliti latihan, logistik, dan pelbagai perkhidmatan sokongan termasuk krew terlatih. Bukanya situasi yang sama dengan Malaysia sebagai pengguna pertama kapal selam.

Dan paling penting, Scopene antara kapal selam tercanggih di rantau ini dan dibuktikan apabila Singapura juga merancang untuk membeli kapal selam tambahan dari kelas Scopene biarpun telah mempunyai 2 buah kapal selam yang telah dinaiktaraf dan canggih. Dan spesifikasi Scopene juga tidak sama seperti Scopene yang dibeli oleh Chile dan India. Kalau ia spesifikasi yang sama dengan Malaysia, jadi untuk apa Singapura membeli Scopene kalau mereka boleh membeli maklumat spesifikasi dn dokrin tersebut melalui Chile dan India??? Jadi, adalah sangat penting sistem Scopene dirahsiakan kerana kalau beli mahal-mahal tapi rahsia tersebut disebarkan pada pengetahuan umum, maka tidak berbaloi dengan harga yang perlu dibayar dalam memastikan TLDM mempunyai elemen kejutan dan cegah rintang jika ada kuasa luar cuba mengancam keselamatan negara. Dan harga keamanan jauh lebih mahal, dan mungkin tidak dapat dibeli dengan duit, tetapi dengan harga darah.

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." Surah An-Anfal ayat 60... -

Sumber


Dr Sidek Baba : Tiga Sebab Tinggalkan Anwar



KUALA LUMPUR 27 Mac – Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.

Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.

Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.

Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup,” katanya.

Sidek berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.

Selain Sidek, wacana itu turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Rahmat Ghazali selaku moderator.

Yang turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri Datuk FD Mansor serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan selaku penulis buku Cuit: Dilema Melayu Moden.

Kira-kira 1,000 kakitangan Mara hadir di majlis itu.

Dalam pada itu, Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.

“Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal,” katanya.

Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara

13 kejutan Anwar bagi PRU13
















Chegu Bard adalah SaMMpah???



CHEGUBARD dan kuncu-kuncunya mula gelisah bila cadangan untuk mengharamkan UMNO melalui penubuhan sebuah NGO, terdedah kepada umum sebelum NGO tersebut dilancarkan pun.  NGO tersebut bakal dikenali sebagai Gabungan Haramkan UMNO. 
Yang penulis katakan terdedah ialah pendekatan yang bakal digunakan untuk menjayakan matlamat tersebut (mengharamkan UMNO). Ironinya, perkara itu didedahkan sendiri oleh sebuah portal pembangkang, cari sajalah di Internet, penulis tak mahu nak beri publisiti percuma.
Ringkasnya, si badak air ini sedang berangan nak mengulangi semula peristiwa pengharaman UMNO pada 1988, tapi dia terlupa bahawa situasi pada ketika itu dan sekarang adalah jauh berbeza.  Selain dia tu sendiri tidak ada locus standi untuk bawa perkara ini ke mahkamah, pasal dia bukan ahli UMNO.Baca lagi

BONGKAR-PLAN ARAB SPRING



Kekecohan yang dirancang akan bermula sejak awal pagi lagi. Beberapa orang peguam muda sudah dikenalpasti untuk bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA, tetapi sebenarnya mereka akan melakukan protes awal kepada SPR sejak pusat pengundian dibuka. Seramai 50 orang peguam muda sudah diberikan tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama tersebut.
Kawasan nukleus panas PRU13:-

1) Gombak
2) Lembah Pantai
3) Permatang Pauh
4) Setiawangsa
5) Wangsa Maju
6) Bagan Serai
7) Bukit Katil
8) Muar
9) Pandan
10) Sabak Bernam

Kekecohan akan bermula cukup awal. Di Gombak, sususan telahpun dibuat untuk mengupah beberapa orang bouncer yang akan turut mencetuskan kemarahan rakyat. Khabarnya, tidak semua PDM yang dibenarkan kecoh. PKR HQ akan menetapkan beberapa PDM strategik sahaja untuk menimbulkan kekecohan.
Pendekatan media baru juga tidak dilupakan. Semua twitter sudahpun diarahkan untuk memainkan #hashtag tertentu untuk membangkitkan kemarahan pengundi muda. Sepertimana kejayaan Bersih 1.0, 2.0 dan sebagainya – twitter akan dijadikan aplikasi penting pada hari mengundi. Cubaan juga sedang dirancang untuk aplikasi Zello juga dipakai secara ekstensif.
Online media build up akan turut disertai oleh kumpulan RED BEAN ARMY (yang ditaja oleh DAP). Sejumlah 600 cybertroopers DAP akan turut membantu. Di kerusi-kerusi ‘mixed seats’, insiden dan isu perkauman akan turut digunapakai.
Kalau begini persediaanya, kena hati-hati.

Sumber

Monday 25 March 2013

BONGKAR-Fitnah video Taib Mahmud terjawab

.
Suami Kepada Sepupu Taib Mahmud Orang Anwar

Setelah terdedah pendalangan pembangkang dalam insiden Lahad Datu, tentulah pelik sekali jika masih ada rakyat Sabah yang memilih pembangkang dalam Pilihanraya kali ini. Di tambah lagi apabila semua orang boleh melihat sendiri bagaimana pembangkang, terutamanya Anwar Ibrahim langsung tidak mengecam pihak Sulu setiap kali merujuk kepada insiden tersebut, tetapi hanya mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan negara. Nampak jelas, yang Anwar cuba menjaga hati pihak Sulu dan juga MNLF.

Tetapi, di masa yang sama, pembangkang langsung tidak menjaga hati anggota-anggota keselamatan negara mahupun keluarga mereka-mereka yang terkorban. Malah, pembangkang menuduh semuanya sebagai sandiwara, mempertikai kedudukan syahid mereka, malah tidak kurang juga penyokong pembangkang yang mentertawa dan menghina wira-wira negara itu.

Sikap tidak sensitif, tidak patriotik dan pengkhianatan pembangkang terhadap Sabah, dan Malaysia khasnya, menyebabkan peluang mereka untuk bertapak di negeri itu hancur sama sekali.

Maka, tumpuan pembangkang pantas beralih kepada Sarawak pula.

Justeru, terbitlah sebuah ‘filem pendek’ baru di Youtube, lakonan sepupu Taib Mahmud, Norlia dan Fatimah Rahman yang telah lama menyimpan dendam terhadap Ketua Menteri itu.

Video tersebut berkisar perbincangan antara kedua mereka dengan ‘pelabur’ dan ‘peguam’ mengenai cadangan pelaburan melalui ‘jalan belakang’ iaitu secara tidak telus, tanpa mengikut prosedur tetapi hanya melalui ahli keluarga Taib Mahmud terus kepada Taib Mahmud. Kononnya untuk memperlihatkan kepada dunia, betapa korupnya Taib Mahmud.

Melihat dari gerak laku, skrip, tempat dan watak-watak terbabit, kesahehan video tersebut yang kononnya diambil secara ‘candid’ atau tidak disedari, amatlah meragukan. Malah, jelas sekali bahawa ianya telah dirakam dengan sengaja dan semua pihak yang terbabit di dalamnya sedia maklum mengenai rakaman tersebut.

Ini tentulah tidak mengejutkan kerana seperti yang dikatakan tadi, sepupu Taib Mahmud itu mempunyai dendam lama yang belum berbalas terhadap Taib Mahmud. Dendam bermula apabila 30% dari konsesi balak bapa mereka, Rahman Yakub, telah dibatalkan sejurus selepas Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri pada 1981. Alasan Taib Mahmud, bapa mereka telah mengamalkan nepotisme secara kronik di mana lesen pembalakan telah dianugerahkan kepada diri sendiri dan sanak keluarga terdekatnya sahaja.

Perbalahan dalam keluarga ini menjadi parah apabila Rahman Yaakub disingkirkan dari jawatan Yang diPertua Negeri pada tahun 1985. Beliau kemudian melancarkan serangan balas terhadap Taib Mahmud pada tahun 1987 melalui apa yang dipanggil ‘Ming Court Affair 1987’ dengan mengumpul tandatangan bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap anak saudaranya. Namun, beliau gagal apabila Taib Mahmud mengadakan pilihanraya secara tiba-tiba dan menang. Walaupun kerusi yang dimenangi Taib Mahmud adalah tipis iaitu 28 daripada 48, tetapi ia bertambah kemudiannya apabila 8 lagi ADUN menyertainya.

Justeru, dendam keluarga Rahman terhadap Taib Mahmud terus membara dan diwarisi oleh anak-anaknya.

Jika ini belum cukup untuk membuktikan bahawa video tersebut merupakan lakonan semata-mata, maka suami Norlia iaitu, Justin Jinggut mungkin mampu menjelaskan segala-galanya. Ini kerana Justin Jinggut adalah seorang yang akrab dengan Anwar Ibrahim dan sedang melobi sakan untuk tempat yang tinggi di dalam PKR sempena PRU ini.

Justin Jinggut adalah bekas Timbalan Presiden SNAP dan pernah bertanding atas tiket BN pada tahun 1990 tetapi tewas kepada Billy Abbit dari Bebas. Ditubuhkan pada 1961, SNAP pernah menjadi parti komponen Barisan Nasional Sarawak. Pendaftaran parti tersebut bagaimanapun, telah dibatalkan pada 2002 berikutan gagal mematuhi notis ROS.

Sebagai Timbalan Presiden, Justin Jinggut telah bertindak memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS, bagaimanapun ia ditolak Mahkamah Tinggi pada 15 September 2006. Pada 23 Jun 2010, Mahkamah Rayuan mengekalkan pendaftaran parti itu selepas membenarkan rayuan Justin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 21 Februari 2012 Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran ROS untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Bagaimanapun, keputusan kekal bahawa pendaftaran SNAP terbatal.

Maka, tidak hairan jika Justin sanggup melakukan apa saja untuk bertapak kembali di dalam politik dan isterinya pula sudah tentu lebih dari bersedia untuk membantu apatah lagi dengan peluang untuk membalas dendam yang telah lama membara terhadap sepupunya, Taib Mahmud.

Walaubagaimanapun, nampaknya dendam tetap tidak terbalas kerana video berkenaan ternyata terlalu dangkal dan lemah lakonannya.

Sumber

Lidah bercabang GUAN ENG


 PULAU PINANG, 25 Mac – Alasan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenakan bayaran tol bagi terowong dasar laut yang mahu dibinanya adalah tidak masuk akal, ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Jelas beliau, sejak dahulu Guan Eng sering bertindak dahulu dan berfikir kemudian dengan tidak memikirkan impak daripada percakapan atau kenyataan yang dibuatnya, maka jika sudah terperangkap akan menyalahkan Kerajaan Pusat dan UMNO sebagai solusinya keluar daripada masalah.

“Dari dahulu kerja Guan Eng hanya salahkan kerajaan dan UMNO. Dia sendiri sebenarnya yang suka cakap berbelit-belit. Dulu sebelum dapat memerintah di Pulau Pinang janji akan hapuskan tol Sungai Nyior tapi sampai sekarang kita masih bayar lagi di tol ini.

“Bila ditanya jawapannya tol terbabit di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kini, bila nak bina terowong dasar laut dan dikenakan tol maka bagi alasan takut dituduh sabotaj projek kerjaan Pusat. Walaupun ramai yang membantah projek ini namun Guan Eng tetap teruskan juga.

“Sebenarnya, alasan utama mengapa Guang Eng tetap mahu teruskan projek ini adalah kerana agenda utamanya ialah menjual tanah. Dulu tanah di Bayan Mutiara sehinggakan tapak masjid dan sekolah turut menjadi mangsa.

“Kemudian tanah di Taman Manggis pula dijual pada harga lebih RM1 billion sedangkan tanah ini adalah kawasan perancangan untuk pembinaan rumah mampu milik dan terkini dasar laut pula menjadi mangsa,” ujar Zainal Abidin.

Tambah beliau, walaupun projek ini merupakan pembaziran wang rakyat paling besar dan akan mengakibatkan nelayan bakal hilang mata pencarian namun kerana tamak maka ia tetap diteruskan.

“Tidak hairanlah mengapa 10,000 orang pelbagai bangsa boleh berhimpun dan membantah pentadbiran DAP kerana selama lima tahun mentadbir negeri ini, DAP gagal melaksanakan tanggungjawab dan menyebabkan kehidupan rakyat semakin terhimpit.

“Daripada membazir wang berbillion ringgit untuk membina terowong ini adalah lebih baik Guan Eng bina rumah mampu milik untuk rakyat.

“Seperkara lagi yang boleh dipertikaikan adalah mengapa umumkan projek ini secara tergesa-gesa ketika pilihan raya sudah terlalu hampir. Ini semua adalah agenda politik kotor DAP yang hanya mementingkan diri mereka dan menjadikan rakyat sebagai korban,” terangnya lagi.

Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion itu menghubungkan Gurney Drive di pulau ini dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar atas alasan bertujuan mengurangkan kesesakan serta menambah pendapatan negeri. – MediaUMNO.

Kempen-Ulang Ulang


Video kempen Mari Mengundi Pilihanraya Pertama Tanah Melayu tahun 1955.
Penyanyi : Zainal Alam
Kredit: Muzium Mini SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Sunday 24 March 2013

291 keluar PKR sertai BN



Seramai 291 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Hulu Selangor hari ini bertindak menyertai Barisan Nasional (BN) selepas kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu.

Mereka meluah kekesalan apabila termakan pelbagai janji manis PKR sehingga sanggup memilih parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.

Bekas Ketua Cawangan PKR Kampung Asa, Hulu Bernam, Peter Muniandy, 40, berkata, beliau kecewa dengan kepimpinan PKR yang didakwa langsung tidak turun menjenguk penduduk di kawasan itu dan permintaan mereka yang memerlukan bantuan juga tidak diendah.

"Saya kerja dengan PKR, saya lihat sangat susah orang sakit, minta bantuan pemimpin PKR pun tidak dapat, mereka tidak peduli langsung.

"Tidak seperti pemimpin BN yang selalu datang tengok penduduk dan beri bantuan yang diperlukan," katanya kepada pemberita.

Seorang lagi bekas anggota PKR, M.Devi, 35, dari Estet Changkat Asa berkata, beliau benar-benar sedih kerana memberi kepercayaan kepada PKR yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya.

"Saya hidup susah, suami isteri kerja sebagai penoreh getah, anak kecil tetapi mujur BN banyak tolong beri bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, kemasukan anggota PKR ke dalam BN memberi satu suntikan semangat kepada BN Hulu Selangor untuk mencurah lebih banyak khidmat kepada rakyat.

"Dalam perbualan kami tadi, mereka kata antara sebab yang membuatkan mereka menyertai BN ialah kerana menaruh kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, satu-satunya pemimpin yang dapat membantu mereka tidak kira apa masalah pun.

"Datuk Seri Najib berjaya mengotakan janji dan sentiasa membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik. Ini yang mereka nampak," katanya.

Beliau optimis lebih ramai anggota pakatan pembangkang akan menyertai BN kerana semakin sedar akan kesungguhan parti komponen itu membantu rakyat. - BERNAMA

Kronologi Kes Pencerobohan Lahad Datu



16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Militery Inteligent.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013.

- Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.

- Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.

- Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.

- Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence!

- Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul.

- Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF.

- Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).


*Nota : SEBARKAN MAKLUMAT INI!!

Sumber

Dalang lahad datu akan didedahkan hari ini



Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dalang insiden pencerobohan di Sabah akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Isnin ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perkara tersebut pada sidang media sempena sambutan Hari Polis.

"Pada ketika ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah pun "menjalankan kerja" bagi mengenal pasti dalang insiden itu yang sehingga kini telah mengorbankan 10 anggota keselamatan dan 63 pengganas," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas majlis perasmian Pusat Giat Semberong di Dewan Taman Sri Lambak, di sini.

Sementara itu, beliau berkata KDN telah bekerjasama dengan agensi perisikan serantau bagi menyiasat dan mengenal pasti dalang insiden pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di Sabah.

Menurutnya, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menjalin kerjasama rapat dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina.

"National Intelligence Coordinating Agency, Filipina memang mempunyai kerjasama yang rapat dengan Cawangan Khas kita. Kita mendapatkan maklumat (perisikan) terkini berhubung kait dengan pembabitan pihak ketiga selain daripada maklumat tentang kumpulan (Jamalul) Kiram (pemimpin pengganas Sulu).

"Ia juga (maklumat perisikan) sama ada membabitkan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) ke, kumpulan Nur Misuari (bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)), kepada pihak-pihak politikus atau pengganas-pengganas tertentu," katanya

Jelasnya, kerjasama baik di antara Kuala Lumpur dan Manila terbukti baru-baru ini apabila kapal pengawal pantai Filipina menahan 38 penceroboh di perairan Tawi-Tawi apabila mereka cuba balik ke republik tersebut.

KDN, katanya, telah mewujudkan rangkaian kerjasama yang baik dengan agensi perisikan serantau sejak daripada dahulu, bertujuan memastikan rantau ini terus kekal aman dan stabil.

Hishammuddin berkata, hubungan perisikan baik bukan sahaja terjalin di antara Malaysia dengan Filipina tetapi juga dengan Aseanapol dan secara kerjasama dua hala seperti dengan Indonesia.

mStar

Friday 22 March 2013

Dinasti Anwar Anugerah Tuhan?

Sejak 2011 secara tiba-tiba nama nurul nuha melonjak naik.Anak kepada raja goyang ini diperkatakan akan bertanding di kerusi Nibong Tebal pada awalnya.Tetapi ianya hampir pasti bertanding di dulunya 'kubu' kuat Anuwar,Parlimen Permatang Pauh (P44)

Berikutan disebabkan ketakutan yang menyelubungi Anuwar untuk bertanding di kawasan sendiri yang berkemungkinan akan membuatkannya berputih mata apabila satu persatu kemungkaran Anuwar didedahkan.

Jadi dengan meletakkan Nurul Nuha di kerusi itu baginya memungkinkan menyelamatkan kerusi yang disandangnya.

Mengapa Nurul Nuha?

Walaupun mendapat tentangan daripada isterinya,Kak Wan,Anuwar dilihat tidak mengendahkan teguran sekelilingnya.Baginya dengan meletakkkan Nurul Nuha,undi simpati dapat diberikan kepada anaknya itu ekoran masih 'suci' kononnya.

Apa yang pelik di sini selepas Wan Azizah,Nurul Izzah kini datang seorang lagi,Nurul Nuha.apakah ini suatu dinasti yang diwarisi turun temurun.
Ternyata Anwar mengamalkan sikap kronisme yang sangat tinggi dalam kepimpinannya.


Bakal meranalah rakyat,penduduk setempat jika Nurul Nuha yang langsung tidak tahu membela dan masih mentah untuk diangkat sebagai seorang wakil rakyat.



Sekilas Pandang:

Nik Aziz. - Nik Abduh
Karpal Singh - Gobind Singh
Lim Kit Siang - Lim Guan Eng
Anwar Ibrahim - Wan Azizah,Nurul Izzah


Patut la pun semua pemimpin tertinggi Pakatan Rosak diam belako,masing-masing ada panggu...

PERSEPSI-Kita Rakyat Harus Tahu



Game Plan Opposition Malaysia. Rakyat Harus Tahu.

Damage control
Memenangi persepsi rakyat adalah rukun politik paling penting. Menyedari hakikat ini, antara langkah-langkah yang wajib dilakukan ialah;

Step 1."Apa nak jadi pun jangan mengaku". Mesti beritahu rakyat bahawa "Semua ini fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi" kerana mereka begitu takut dengan prinsip saya yang tidak berkompromi dengan segala bentuk rasuah, kronisma mahupun nepotisma yang sudah menjadi makan penguasa rakus dan zalim".

step 2. Dalam keadaan "rakyat sedang keliru", hukum Marchiavelli menyebut, "ambil peluang untuk menambah kekeliruan sediada". Inilah yang dilakukan oleh Anwar dan kemahirannya memang terserlah.

step 3. Dalam kebingungan inilah, Anwar melambakkan segala "maklumat ilusi palsunya" di saat rakyat begitu dahagakan kisah sebenar di sebalik pemecatan ini.

Step 4. Musnahkan kepercayaan rakyat secara total terhadap media perdana, khususnya Utusan dan TV3 yang sudah terlepas dari kawalannya selama dia berada dimercu kuasa. Tujuannya tak lain tak bukan agar rakyat akan menolak apa saja maklumat dan penjelasan yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Step 5. Sebarkan maklumat tentang kononnya pengakuan dari pegawai tinggi Bukit Aman yang begitu simpati dengan penganiayaan yang dilakukan terhadap Anwar, "bahawa saya telah diarahkan oleh Mahathir Mohammad untuk menyuntik Anwar dengan kuman HIV".

Step 6. Sebarkan Mahathir dan Ketua Polis Negara sudah menerima balasan Allah. Rahim Noor lumpuh sebelah tangan. Mahathir mengidap penyakit koma. Inilah balasan Allah terhadap penzalim. Bila ada yang menjawab "Mahathir dan Rahim Noor baru sebentar tadi keluar TV", mereka kata, "Itu video klip lama yang diulang tayang bagi menutup cerita sebenar".

Step 7. Mengambil peluang kelemahan utama IGP yang panas baran dengan melakukan pelbagai provokasi terhadap pasukan polis dengan hinaan "Anjing kerajaan", polis gestapo dsb.

Step 8. Provokasi yang berkesan. Bila ditangkap Rahim Noor "bagi penumbuk, sepak dan terajang pada Anwar. Kesakitan sebegini adalah terlalu kecil bagi Anwar jika dibandingkan dengan "pulangan" yang bakal diperolehi dari kesan lebam tumbukan di mata. "Modal Lebam mata ditumbuk IGP" terlalu sedikit berbanding dengan "tuduhan liwat dan main perempuan" yang mahu dicover.

Pendekatan damage control, provokasi, pemusnahan kredibiliti media perdana dan penyebaran maklumat palsu yang membangkitkan simpati kepada Anwar dan menimbul perasaan benci terhadap kerajaan, telah memberikan hasil yang sangat memberansangkan.

Lebam mata inilah yang dijadikan bahan bukti bahawa "kerajaan memang zalim".

Lebam mata inilah yang membangkitkan simpati rakyat.

Kezaliman dan penganiayaan serta ketakutan Mahathir terhadap Anwar amat keterlaluan. Tak cukup sekadar pecat, malah sampai hati pula memberi arahan mencucuk Anwar dengan kuman HIV.

Simpati datang mencurah terhadap Anwar hasil dari gambaran persepsi yang dibina melalui kaedah paling kotor di dalam situasi yang mengelirukan. Pendekatan ini amat berjaya. Golongan rakyat yang "baru terjaga tentang isu politik negara" hasil dari kegemparan pemecatan Anwar adalah "mangsa terbesar" yang "bersimpati"dengan Anwar. Simpati yang terbit dari propaganda maklumat palsu dan fitnah.

Rakyat perlu tahu kerana rakyat tidak boleh dibiarkan terus-terusan dipermainkan minda dan perasaannya oleh Anwar. Inilah permainan mereka sejak dulu lagi, Anwar Ibrahim - menfitnah Mahathir.

Skrip yang sama berulang selepas beliau keluar penjara.


Sumber

39 Bukti PR Bersih ke Putrajaya



1-PENDEDAHAN WIKILEAKS Link

2-PENDEDAHAN MANILA TIMES
Link

3-KAITAN ANWAR DGN ICG Link

4-PENDEDAHAN REUTERS Link


5-SOALAN2 DN FAKTA DI DEDAHKAN TTG ANWAR DN YAHUDI Link

6-KAITAN ANWAR DN FFF Link

7-HUBUNGAN ANWAR DN ORGANISASI ZIONST Link

8-ANWAR DALAM ICG Link

9-AMERIKA DI BELAKANG ANWAR Link

10-ANWAR PERTAHAN GAY Link

11-TENTANG ANWAR Link

12-KAITAN ANWAR DN YAHUDI Link

13-ILLUMINATI Link

14-ANWAR DALAM ORGANISASI SOROS Link

15-ANWAR MENYOKONG SEKSUALITI MERDEKA Link

16-DAP ANTI ISLAM Link

 
17-ANWAR MENYOKONG PLURALISME AGAMA
Link
 

18-ANWAR MENDAPAT SOKONGAN DR MEDIA ISRAEL Link
 

19-MALAYSIA KINI AKUI ANWAR ADLH AHLI ICG Link
 

20-KUMPULAN2 GAY MENYOKONG ANWAR Link

21-PAS SEDIA TERIMA TIM PRESIDENT BKN ORG ISLAM Link

22-ISRAEL SOKONG DEMO BERSIH
Link

23-HWO PERTAHANKAN ANWAR DALAM KES LIWAT
Link

24-HUDUD TIADA TEMPAT DALAM DASAR PAKATAN-ANWAR Link

25-MEDIA2 BARAT DN YAHUDI YG MENYOKONG ANWAR Link

26-ANWAR IBRAHIM AGEN YAHUDI??
Link
 

27-MAT SABU SYIAH!! Link
 

28-NED TAJA BERSIH Link
 

29-KAITAN BERSIH DGN YAHUDI Link
 

30-ANWAR MENIPU PENDIRIAN HAMAS YG MENOLAK TWO STATE SOLUTION Link

31-KRONOLOGI SOKONGAN ANWAR DALAM PEMBENTUKAN NEGARA ISRAEL Link

32-BLOG JERUSALEM POS GEMBIRA DGN SOKONGAN ANWAR Link

33-KAITAN ANWAR DN IMF Link

34-ANWAR AGEN YAHUDI Link

35-ANWAR DAN YAHUDI Link

36-SURAT ANWAR KPD WORLD BANK THN 1992 !!! Link
 

37-SOKONGAN GERAJA PD ANWAR Link
 

38-ANWAR MENANDATANGANI ANNAPOLIS SUMMIT LETTER Link
 

39-ANWAR AGEN BUSH Link





                                                                                       FIKIR FIKIRKAN LAH